Awang Putih Clan Lengkap dengan kehadiran Aadya penyeri keluarga kepada pelakon veteran, Fatimah Abu Bakar. Aadya Ali merupakan anak kepada adik pelakon Sharifah Amani. Dimaklumkan bahawa Aadya sebelum ini pernah dimasukan ke dalam hospital beberapa bulan selepas kelahirannya ats sebab-sebab komplikasi. Digelar sebagai “little warrior” oleh keluarga, Aadya kini semakin membesar dengan sihat memberikan rasa syukur buat keluarganya.  Termasuklah, Sharifah Amani yang menggelarkan dirinya sebagai gelaran “Ani” itu.

 

Sharifah Amani kerap memuatnaik video dan gambar bersama anak buah yang diberi nama panggilan manja #PhatiaAlia 

IKLAN

Sharifah Aleysha juga sebelum ini pernah aktif dalam dunia lakonan selepas membintangi filem Muallaf arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad itu sering berkongsi ‘journey’ sebagai seorang ibu dan perkembangan Aadya Ali di Instagram miliknya.

 

IKLAN


Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

IKLAN


“My adventurous little girl. If ever I needed to see all the beauty present in this world, I would only need to look to you. Aadya anak Mak, I have no regrets. I would never want a life without you.” 
-Tulis Aleysha di ruangan kapsyen.

 

Untuk rekod, Sharifah Aleysha telah selamat dinikahkan bersama Ali Al Asri Adenan pada 6 Ogos 2017 di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI