
Penyanyi dan pelakon, Adira Suhaimi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen penuh bermakna bersama pembantu rumahnya.
Dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram, Adira dilihat membawa pembantu rumahnya ke sebuah hotel mewah untuk menikmati makan malam istimewa.
Momen ini bukan sekadar sambutan ulang tahun biasa. Adira mengambil kesempatan untuk menghargai kesetiaan dan jasa pembantu rumahnya yang telah lama bersamanya malah membantu dalam banyak hal.
Lebih menyentuh hati, Adira turut memberikan kebenaran penuh kepada pembantunya untuk memilih dan mengenakan pakaian miliknya bagi menjadikan malam tersebut lebih bermakna.
“Selamat ulang tahun buat bibik sayang. Semoga yang baik baik untukmu, terima kasih sudah selalu ada.
“Semoga usaha kecil saya ni buat kamu gembira, semoga kamu Bahagia,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, pelantun lagu Pujaan Hati itu turut menghadiahkan seutas cincin emas kepada pembantu kesayangannya itu sebagai tanda menghargai segala sokongan yang diberikan buat Adira dan anak-anaknya.
Tindakan Adira itu menerima pujian ramai warganet yang tersentuh dengan keprihatinan, sikap menghargai dan layanan baik Adira terhadap pembantu rumahnya itu.