Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan zuriat sebagai penyeri hidup dalam rumah tangga. Namun tak semua terus dikurniakan rezeki zuriat. Ada yang terpaksa menunggu lamanya, menggunakan pelbagai kaedah hanya untuk cahaya mata impian.
Sama seperti puan Nourfi yang sudah menunggu hampir 10 tahun untuk mendapatkan zuriat.
Puan Nourfi meminta kepakaran ramai dalam group:Edit Apa Hari Ni? untuk menyuting gambarnya dengan meletakkan gambar bayi disebelah kerana dia benar-benar inginkan cahaya mata.
Namun hasilnya sangat mengejutkan kerana rata-rata warga maya menunaikan permintaanya malah diselitkan doa agar Puan Nourfi dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.
Sikap warga maya di dalam group tersebut boleh dipuji malah ada yang sanggup meminjamkan gambar anak-anak sendiri untuk di ‘edit’ di sebelah Puan Nourfi.
Ads
Ads
Rata-rata warga maya sebak dan terus mendoakan rezeki zuriat buat Puan Nourfi.
Ads
Pihak Pa&Ma turut mendoakan agar Puan Nourfi dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah secepat mungkin. Amin
Ramai ibu hamil sibuk cari makanan berkhasiat sepanjang kehamilan, tapi kadang-kadang terlupa buah paling simple dan murah pun boleh jadi superfruit, contohnya jambu batu.
Loya dan mual waktu hamil memang boleh buat mood swing naik turun. Tapi tahu tak, salah satu buah yang dapat membantu rasa mual dan loya ini adalah buah jambu batu.
Buah jambu ini bukan sahaja rangup dan sedap, tapi kaya dengan pelbagai nutrient. Apa yang penting ia sangat membantu ibu dan bayi dalam kandungan. Jom tengok apa yang buat buah ini tak patut dipandang sebelah mata!
Buah jambu ini kaya dengan vitamin C yang berperanan penting dalam menguatkan sistem imun. Ia membantu meningkatkan metabolisme dan imuniti badan, serta melindungi daripada pelbagai penyakit dan jangkitan.
Wanita hamil terdedah kepada tekanan darah tinggi semasa mengandung. Tetapi pemakanan buah jambu batu yang tinggi kandungan kalium dapat membantu mengekalkan tahap tekanan darah dan mengelakkan risiko keguguran dan kelahiran pramatang.
Diabetes gestasi adalah masalah biasa dialami ketika mengandung, terutamanya pada minggu ke-24 kehamilan.
Buah jambu berpotensi untuk mengawal kadar gula darah kerana kandungan serat yang tinggi serta kehadiran karbohidrat kompleks. Ini sekali gus dapat mencegah masalah diabetes semasa hamil.
Sembelit dan buasir juga antara keadaan yang kerap dihadapi wanita hamil, tetapi pengambilan buah jambu dapat mencegahnya. Anda perlu berterima kasih kepada kandungan serat tinggi dalam jambu yang memastikan perjalanan pergerakan usus baik dan tepat pada masanya.
Diabetes gestasi kerap berlaku pada trimester kedua. Jambu batu mempunyai indek glisemik yang rendah.
* Rendah indeks glisemik
* Kaya serat & karbohidrat kompleks malah membantu stabilkan paras gula darah dengan lebih semulajadi.
Selain kebaikan pada ibu, buah jambu yang mengandungi asid folik dan vitamin B9 bermanfaat dalam membantu perkembangan otak dan sistem saraf bayi. Asid folik adalah vitamin penting untuk wanita hamil kerana membantu mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida.
Keperluan zat besi semasa mengandung akan meningkat. Buah jambu mempunyai kandungan zat besi yang mencukupi bagi menjaga kadar hemoglobin sekali gus mengurangkan kecenderungan mengalami anemia.
Dikatakan kandungan vitamin C dalam jambu adalah baik untuk mengawal mabuk pagi (morning sickness). Apa kata jika anda berasa mual, cuba untuk makan jambu batu. Mungkin ia membantu mengatasinya.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semua wanita pasti pernah mendengar petua berkenaan buah punca keguguran. Yang paling popular sudah tentu buah nanas. Orang tua-tua cakap, jangan makan nanas semasa hamil, nanti kandungan gugur.
Ada juga beberapa buah lain yang dilarang makan sewaktu fasa kehamilan kerana dikatakan boleh menyebabkan keguguran.Ini termasuklah durian, kelapa, betik muda, pic, dan epal masam.
Sifat buah-buah ini dikatakan tajam dan masam, yang menjadi punca keguguran sewaktu hamil.
Benarkah dakwaan ini?
Nanas jadi buah punca keguguran?
Nanas adalah selamat untuk dimakan walaupun anda adalah seorang wanita yang sedang dalam fasa kehamilan.
Buah nanas bukanlah buah punca keguguran seperti yang sering digembar-gemburkan.
Sebenarnya, buah nanas kaya dengan pelbagai jenis vitamin yang sepatutnya menjadi salah satu pilihan sihat untuk wanita yang sedang dalam fasa kehamilan.
Walaupun orang tua-tua mungkin kerap menyebutkan naratif keburukan makan nanas sewaktu hamil, tapi ia sebenarnya adalah satu mitos sahaja.
Tidak terdapat sebarang bukti saintifik yang menunjukkan buah nanas berbahaya kepada wanita dalam fasa kehamilan.
Bagaimana dengan kandungan bromelain dalam nanas yang dikatakan boleh sebabkan keguguran?
fasa kehamilan
Buah nanas mengandungi kandungan bromelain yang merupakan sejenis enzim. Enzim bromelain berfungsi memecahkan protein dalam tubuh manusia.
Memandangkan janin dalam kandungan terdiri daripada sel protein sederhana, jadi pengambilan bromelain mungkin boleh menyebabkan pendarahan tidak normal dan seterusnya menyebabkan keguguran.
Bromelain dalam bentuk tablet sememangnya tidak disarankan untuk diambil oleh wanita hamil.
Ini kerana ia boleh menguraikan protein dalam tubuh yang memungkinkan kejadian seperti di atas untuk berlaku.
Namun kandungan bromelain yang terdapat dalam buah nanas adalah sangat sedikit.
Ia tidak akan memberikan kesan terhadap kandungan wanita yang sedang hamil seperti menyebabkan keguguran mahupun pendarahan.
Sebagai perbandingan, anda mungkin perlu memakan antara 7 hingga 10 biji buah nanas untuk bromelain benar-benar berkemampuan memberikan kesan ke atas janin anda!
Tiada siapa pun yang mampu untuk makan buah nanas sebanyak itu dalam satu hidangan.
Tambahan lagi, ada satu kajian yang menunjukkan sebahagian besar kandungan bromelain dalam buah nanas akan hilang apabila nanas diproses menjadi nanas dalam tin atau diproses menjadi jus.
Jadi wanita dalam fasa kehamilan boleh makan nanas?
Ya, wanita yang sedang hamil tidak mempunyai masalah sekiranya mahu memakan buah nanas dan ia sebenarnya amat digalakkan.
Bagi wanita yang sedang dalam fasa kehamilan, satu cawan nanas boleh membekalkan 100% keperluan vitamin C harian untuk anda.
Buah nanas juga mempunyai kandungan folat, zat besi, magnesium, mangan, tembaga dan juga vitamin B-6.
Kesemua zat-zat ini amat menyokong perkembangan janin yang sihat selain kesihatan tubuh ibu yang sedang hamil.
Namun jika dimakan terlalu banyak, ia akan menyebabkan sedikit kesan yang tidak selesa kepada perut anda, khususnya bagi golongan perut sensitif.
Ini kerana kandungan asid yang terdapat dalam buah nanas boleh menyebabkan pedih ulu hati dan juga refluks.
Cara terbaik untuk mengambil buah ini adalah dengan cara sederhana sahaja.
Tidak kira anda seorang wanita yang sedang dalam fasa kehamilan atau tidak, anda disarankan untuk memakannya dengan kadar yang sederhana sahaja.
Bagaimana pula dengan buah punca keguguran yang lain?
Sama juga dengan mitos buah nanas, buah-buahan lain juga bukanlah buah punca keguguran seperti yang didakwa.
Anda mungkin pernah mendengar larangan memakan buah nanas sahaja.
Tetapi ada juga petua-petua lain yang melarang wanita hamil daripada makan buah-buahan seperti buah betik, buah limau, cincau, pisang hijau bahkan kangkung.
Kesemua buah punca keguguran seperti yang didakwa ini ternyata adalah mitos yang mengarut.
Ini kerana setiap jenis buah-buahan ini mempunyai manfaat dan khasiatnya yang tersendiri terhadap kesihatan ibu hamil dan juga kandungannya.
Bagi mereka yang sedang hamil, anda digalakkan untuk banyak mengambil buah-buahan dalam hidangan harian anda.
Antara jenis sayuran dan buah-buahan yang disarankan untuk dimakan oleh wanita hamil ialah:
Buah nanas sememangnya bukanlah buah punca keguguran. Sebaliknya, buah nanas mempunyai pelbagai khasiat yang bukan sahaja bermanfaat untuk ibu yang sedang hamil tetapi juga kepada janin yang sedang dikandungnya. Oleh itu, makanlah buah nanas walaupun anda sedang hamil.
Hanya pastikan anda tidak memakannya dengan kuantiti yang banyak dalam sehari untuk mengelakkan ketidakselesaan pada perut anda.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki terindah! Inilah yang boleh dikatakan mengenai perjalanan kisah seorang ibu yang tular videonya satu ketika dahulu diketika pasangan ini mengumumkan kehamilan jantina kembar tiga mereka bersama kedua orang tuanya.
Kini ketiga-tiga bayi comel yang dinantikan atuk dan nenek itu sudah pun selamat dilahirkan semalam.
Menerusi perkongsian ibunya, Pn Nur Hanis Hairani, ungkapan penuh syukur diluahkan selepas selamat melahirkan ketiga-tiga bayinya dengan lancar.
Dua bayi perempuan dan seorang bayi lelaki yang dinantikan ini masing-masing meliki berat 2.5kg, 1.9kg, 2.05kg.
Yang first baby girl Yang second baby girl Yang bongsu baby boy
“Semua sihat alhamdulillah. Cuma mommy tak dapat tengok ketiga-tiga serentak lagi. Tadi dapat kiss depa one by one ja dulu. Rinduuuu ❤️,” kongsinya lagi.
Paling menarik pastinya anugerah dua cahaya mata perempuan yang dinantikan sekian lama oleh pasangan suami isteri ini.
Malah kongsi Pn Hanis lagi, lebih mengejutkan bila mana bayi perempuan mereka adalah pasangan kembar seiras yang berkongsi uri yang sama.
Pun begitu kongsi ibu kepada lima cahaya mata ini lagi, sehingga kini dia masih belum lagi bertemu dengan tripletsnya.
“Mommy belum jumpa triplets lagi sebab depa masih on oxygen untuk pantauan dan depa buat suprise rupanya. Baby A & B girls tu kembar seiras depa share 1 uri.
Berat depa masing-masing:
Baby A 2.5kg Baby B 1.9kg Baby C 2.05kg
“Tak berat sangat tapi depa nampak bambam macam abang-abang depa. Abang Aydan Nayl lahir 3.27kg ja tapi bambam ketui-ketui.
“Adik-adik triplets pun jenis badan montok-montok. Muka depa banyak follow muka abang Aydan ni juga setakat yang duk tengok,” katanya lagi.
Biarpun sudah punya dua cahaya mata sebelum ini, namun kehadiran si kembar tiga yang keluarga ini benar-benar membuatkan seluruh keluarga teruja.
Dalam pada itu, kedua-duanya turut berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan pasangan ini dan mendoakan kelancaran kelahiran baby triplets.
“Mommy dedy cakap terima kasih doakan baby triplets dan ucap tahniah. Semoga yang menanti zuriat dikurniakan zuriat tahun depan inshaAllah.
“Aunty uncle doakan baby triplets cepat-cepat dapat off oxygen dan boleh room in dengan mommy ❤️,” kongsinya lagi.
Terdahulu, pasangan ini pernah tular menerusi video perkongsian gender reveal yang digantikan oleh kedua orang tua mereka bersama anak-anak. Memang lain dari yang lain namun suasana gamat menarik perhatian ramai.
Bukan itu sahaja, malah kandungan sarat dengan perut ibu ini yang agak besar turut sama menarik perhatian ramai sehinggalah detik melahirkan. Tahniah!
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Isu guru sekolah rendah didakwa janji kahwin murid Tahun 6 ketika umur 18 tahun buat ramai ibu ayah takut dan marah. Dakwaan tular ini cetus kebimbangan tentang keselamatan anak di sekolah.