Terjatuh dari tingkat 16 pangsapuri, remaja perempuan 15 tahun maut. Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Farlim,George Town, Pulau Pinang pada awal pagi Ahad.
Terjatuh Dari Tingkat 16 Pangsapuri, Remaja Perempuan 15 Tahun Maut
Mayat remaja berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 1 pagi sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. Difahamkan, terdapat kesan kelar pada tangan kiri remaja terbabit.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, hasil siasatan polis mendapati sebelum kejadian berlaku pertengkaran antara remaja itu dengan kekasihnya.
Menurutnya, siasatan lanjut pihak polis di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah.
“Semakan juga mendapati mangsa merupakan anak tunggal manakala ibu bapanya sudah bercerai dan ketika kejadian ibu keluar membeli barang.
“Siasatan lanjut masih dijalankan, kita minta orang ramai jangan buat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis serta sensitiviti keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Ahad.
Swee Sake berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Anak memandu dan menunggang tanpa lesen, jangan normalisasikan budaya begini. Di jalan raya Malaysia, bukan sesuatu yang luar biasa melihat remaja bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen atau memandu kereta tanpa kelayakan yang sah.
Ia seakan menjadi satu budaya yang semakin diterima oleh masyarakat, terutamanya di kawasan luar bandar. Malah, ada ibu bapa yang dengan rela hati membenarkan anak-anak mereka memandu sebelum umur yang dibenarkan, seolah-olah ia perkara biasa.
Tapi sampai bila kita nak terus tutup mata? Sampai bila kita nak biarkan mentaliti “tak apa, semua orang buat” ini berleluasa?
Statistik kemalangan jalan raya sudah cukup membuktikan bahawa anak-anak bawah umur yang memandu atau menunggang tanpa lesen bukan sekadar isu remeh, tetapi ancaman nyawa yang serius.
MENURUT LAPORAN INSTITUT PENYELIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA (MIROS), GOLONGAN REMAJA ANTARA YANG PALING RAMAI TERLIBAT DALAM KEMALANGAN MAUT, TERUTAMANYA MEREKA YANG MENUNGGANG MOTOSIKAL.
Mereka tidak cukup matang untuk memahami risiko di jalan raya. Kemahiran mereka masih belum cukup untuk mengawal kenderaan dalam situasi kecemasan. Ini bukan soal kecekapan sahaja, tetapi juga soal kebertanggungjawaban. Lesen memandu bukan sekadar sekeping kad, ia simbol latihan, pemahaman undang-undang, dan disiplin di jalan raya.
Tidak dinafikan, sesetengah ibu bapa memberikan kebenaran kerana keperluan. Mungkin kerana anak perlu ke sekolah, ke kedai, atau membantu keluarga. Namun, keperluan bukan alasan untuk mengabaikan keselamatan mereka.
Bila ibu bapa membiarkan anak-anak memandu atau menunggang tanpa lesen, mereka sebenarnya sedang mengajar anak-anak bahawa melanggar undang-undang itu boleh diterima. Jika hari ini mereka dibiasakan dengan kesalahan kecil, esok lusa mereka tidak akan takut untuk melanggar kesalahan yang lebih besar.
Jangan tunggu sehingga ada kemalangan berlaku di depan mata baru kita mahu bersuara. Jika nampak anak jiran atau saudara mara yang masih bersekolah menunggang motosikal tanpa lesen, tegurlah. Jika nampak ibu bapa dengan bangga membenarkan anak mereka membawa kereta sebelum cukup umur, nasihatkan mereka.
Ini bukan soal menjaga tepi kain orang, tetapi soal tanggungjawab bersama. Keselamatan di jalan raya bukan hanya melibatkan individu, tetapi semua pengguna jalan raya.
Undang-undang sudah ada, tetapi penguatkuasaan perlu lebih tegas. Hukuman terhadap ibu bapa yang membiarkan anak mereka memandu tanpa lesen harus dipertingkatkan. Pihak berkuasa juga perlu lebih agresif dalam menangani isu ini, bukan sekadar menunggu operasi atau sekatan jalan raya semata-mata.
Selain hukuman, pendidikan juga perlu diperkuatkan. Kempen kesedaran harus digiatkan di sekolah dan dalam komuniti supaya semua pihak memahami risiko serta tanggungjawab mereka.
Normalisasi anak-anak memandu dan menunggang tanpa lesen harus dihentikan segera. Jangan biarkan ia menjadi satu warisan yang kita turunkan kepada generasi seterusnya. Kita mahu anak-anak membesar dengan selamat, bertanggungjawab, dan menghormati undang-undang.
Nyawa bukan perkara yang boleh diuji atau dipandang ringan. Jangan tunggu sehingga terlambat untuk berubah.
Pelakon Adam Corrie meminta para suami berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk berkahwin lagi demi mendapatkan zuriat.
Adam yang menempuh pengalaman selama 10 tahun tanpa kehadiran zuriat dalam perkahwinannya itu turut berkongsi nasihat dan pesanan melalui Instagramnya.
Menimang cahaya mata sulungnya selepas 10 tahun berkahwin kata Adam perlu disusuli dengan doa dan usaha malah berikhtiar semampu yang boleh untuk memiliki zuriat.
“Nak kahwin lagi sebab tak ada anak? Ini pengalaman saya. Usaha dulu, cari jalan sama-sama. Usaha itu kena sungguh-sungguh. Ia bukan esok lusa boleh dapat anak. Makan masa, ada cepat dan ada yang makan tahun,” katanya berkongsi.
Menurut Adam lagi, ditambah dengan kemajuan dalam dunia perubatan kini, bermacam-macam cara boleh dilakukan untuk mendapatkan zuriat dengan mengikut syariat.
“Dalam dunia perubatan sekarang dah canggih. Macam-macam cara boleh buat dengan mengikut syariat. Jika dah usaha semuanya dan gagal, cuba lagi gagal juga, berdoalah kepada Allah SWT sekali lagi.
“Minta pertunjuk, adakah dengan adanya zuriat itu membuatkan aku, isteri aku bahagia bahagia berikanlah pertunjuk.
“Boleh ambil anak angkat jika berkemampuan tapi jika nak ada zuriat sendiri dengan berkahwin lain adakah perkahwinan itu akan membahagiakan isteri kita sekarang dengan harapan perkahwinan lagi boleh dapat zuriat?.
“Pengalaman sendiri, tiada zuriat selama 10 tahun. Sekarang dah 15 tahun usia perkahwinan kami. Dapat zuriat ketika saya 50 tahun. Isteri 40 tahun. Sekarang Fateh dah 5 tahun. Alhamdullilah,” tulisnya.
Terdahulu, Adam Corrie memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan Fazema Mohd Fuad, 40, pada 2008. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki, Adam Fateh Lee pada 11 Julai 2018 selepas 10 tahun menanti.
Sepanjang bulan-bulan terakhir bagi tahun 2024 ini, pastinya ibubapa berusaha untuk membekalkan ilmu buat anak-anak bagi persediaan peperiksaan akhir tahun.
Ujian akhir sesi akademik (UASA) iaitu ujian peringkat sekolah dan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PBD sumatif di akhir kalendar akademik.
Gred markah UASA ini biasanya dibahagikan kepada beberapa gred dan ini panduan untuk ibubapa.
Ujian akhir sesi akademik bertujuan mengumpul dan mendapatkan maklumat mengenai tahap pencapaian akademik murid atau kandungan yang dipelajari murid sepanjang sesi akademik.
Pelajar yang terlibat dalam UASA adalah seperti di bawah:
Tahap 2 Sekolah Rendah : Tahun 4, 5 dan 6
Tahap 1 Sekolah Menengah : Tingkatan 1, 2 dan 3
Senarai mata pelajaran untuk sekolah rendah tahap dua adalah:
* Bahasa Melayu
* Bahasa Inggeris
* Matematik
* Sains
* Sejarah
Bagi sekolah menengah tahap satu, terdapat 20 mata pelajaran iaitu:
* Bahasa Melayu
* Bahasa Inggeris
* Matematik
* Pendidikan Islam/Moral
* Sejarah
* Sains
* Geografi
* Asas Sains Komputer
* Reka Bentuk dan Teknologi
* Bahasa Arab
* Maharat al-Quran
* Al-Lughah/al-‘Arabiah, al-Mu’asirah
* Al-Syariah
* Usul Al-Din
* Bahasa Cina
* Bahasa Tambil
* Bahasa Punjabi
* Bahasa Kadazandusun
* Bahasa Iban
* Bahasa Semai
Pelaporan prestasi murid bagi PBD berterusan dan pencapaian ujian dijana dalam satu pelaporan.
Berikut adalah gred markah UASA:
82% – 100% = Gred A = Cemerlang 66% – 81% = Gred B = Kepujian 50% – 65% = Gred C = Baik 35% – 49% = Gred D = Memuaskan 20% – 34% = Gred E = Mencapai tahap minimum 0% – 19% = Gred F = Belum mencapai tahap minimum