Terjumpa Backpack Budak Berisi Toys, Teddy Bear Tak Jauh Dari Jasad Budak Semasa Misi Mencari Mangsa Banjir Buat Ramai Sebak

Share

Sebak hingga mengalirkan air mata, itulah perasaan rata-rata yang menonton berita malam semalam ketika misi mencari dan menyelamat mangsa banjir dilakukan apabila anggota penyelamat menjumpai sebuah beg yang berisi mainan serta anak patung.

Terdahulu, seorang kanak-kanak berusia 6 tahun dikenali sebagai Emmanuel Chang serta pasangan suami isteri dilaporkan gagal dijumpai selepas kejadian banjir lumpur menimpa sebuah inap desa di Bentong, Panhang pada Sabtu lepas.

Setakat ini hanya 2 jasad ditemukan iaitu jasad seorang wanita serta jasad kanak-kanak lelaki. Pihak berkuasa masih giat mencari seorang lagi individu yang dikhuatiri telah dibawa arus kepala air.

Wartawan yang berkesempatan menyertai pasukan penyelamat menunjukkan lokasi 2 jasad sebelumnya yang dihanyutkan sejauh 200m dan 800m dari inap desa berkenaan. Kedua-dua jasa ditemui dalam keadaan di bawah timbunan kayu akibat banjir berkenaan.

Sewaktu proses penggalian sisa kayu di tepi lebuh raya, kesemua mereka dikejutkan dengan penemuan sebuah bag dipercayai milik seorang kanak-kanak. Walau bagaimanapun, ia masih belum dipastikan sama ada kepunyaan budak lelaki yang jasadnya ditemui pagi semalam.

Rata-rata sebak melihat beg yang berisi mainan kanak-kanak tersebut dan ada yang tidak sanggup melihat berita tersebut.

SEBAK

Kredit: TV3, HOTFM

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

IKLAN