Alahai anak.. Tiba-tiba tengok warna merah penuh muka ingatkan darah rupanya inai dalam botol yang disapu pada muka. Bertuah sungguh anak! Patutlah orang kata sementara anak-anak nak membesar, pantang leka sikit, adalah apa-apa yang dilakukannya.
Pengalaman seorang ibu ini yang terkejut ingatkan anaknya cedera bermain apa-apa benar-benar buatkannya urut dada dan tarik nafas panjang. Mana taknya diam-diam bermain, sekali tengok dah habis seluruh muka cecair inai botol ‘dikerjakan’ anak.
“Terkejut umi..”
Seperti perkongsian seorang ibu dikenali sebagai Siti Norehan di laman TikTok, dia menceritakan detik-detik cemas apabila melihat wajah anak dan tapak tangan yang berlumuran dengan pewarna inai.
Menerusi video pendek tersebut, kanak-kanak ini hanya mendiamkan diri dan seolah-olah faham kesalahannya.
Ads
Tanpa menangis dan mata hanya berkelip-kelip itu membuatkan umi pun tak sampai hati nak marah.
Jelas ibu ini, pada mulanya dia turut terkejut melihat keadaan anaknya ketika itu. Difahamkan anaknya bermain dengan pewarna inai celup milik kakaknya.
Apa yang buatkan si ibu pening bila memikirkan bagaimana nak menghilangkan warna merah inai di dahi kerana apabila dah siap mandi pun memang kesan inai tu masih lagi tak tanggal.
Tak tahu berapa lama ambil masa untuk hilangkan. Bertabahlah anak! Umi pun tak boleh nak buat apa dah. Nak tak nak bertanda merahlah dulu buat sementara waktu ini.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan telatah kanak-kanak ini dan sempat membuat jenaka.
“Berapa lama nak hilang tu dik…”
Ads
“Ya Allah terperanjat aunty dik, tengok hang macam tu..”
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jodoh, ajal, rezeki semuanya rahsia Allah. Jika sampai masanya tak cepat atau lambat pun. Begitulah ujian yang dilalui oleh seorang isteri apabila perkahwinan yang dibina hanya dapat dinikmati dalam tempoh 11 bulan sahaja selepas suami dijemput Allah.
Walaupun ujian ini sangat besar tambah lagi baru dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, kehidupan perlu diteruskan untuk menjaga amanah yang ditinggalkan arwah suami.
Galas tanggungjawab sebagai ibu dan ayah
Melalui perkongsian seorang wanita di TikTok atas akaun _cikpuanmanis, kehilangan suami tersayang kerana terlibat dalam kemalangan benar-benar satu tamparan hebat buatnya. Apatah lagi ketika kejadian tersebut, masih dalam tempoh berpantang melahirkan anak sulung, Aisyah Humaira.
Berkongsi lebih lanjut, allahyarham suami tidak sempat masuk rumah baru mereka yang mengambil masa begitu lama untuk diubah suai berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.
Pada tarikh 28/10/2020 alhamdulillah kita selamat diijab kabulkan. Tak lama lepas nikah ummi mengandung. 4/8/2021 ummi selamat melahirkan Aisyah Humaira. 14/9/2021 abi (Mohamad Firdaus bin Ishak) terlibat dalam kemalangan dan pada tarikh 25/9/2021 abi telah pergi selamanya.
Hari-hari tengok dekorasi rumah. Hari-hari cakap tak sabar duduk rumah baru bertiga. Tapi bila rumah dah siap renovate Abi kemalangan dan sekarang abi duduk rumah baru yang memang kami tak boleh tumpang sekali.
“Susah macam mana pun, ummi akan buat yang terbaik..”
Wanita cekal ini turut akui bukan mudah bergelar ibu tunggal dan membesarkan cahaya mata seorang diri tanpa kehadiran suami di sisi. Dia pada masa yang sama, menceritakan tempoh berkenalan bersama Allahyarham suaminya begitu singkat sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
28/10/2021 genap setahun perkahwinan abi dengan ummi. Tapi demi amanah arwah ummi akan besarkan Aisyah. Aisyah segalanya bagi ummi. Susah macam mana pun ummi akan buat yang terbaik untuk anak ummi.
Perkenalan yang singkat, 3 bulan kawan, 3 bulan tunang dan 11 bulan cinta halal. Orang yang dulu paling meluat dan sekarang paling sayang hingga akhir hayat.
Allah tahu awak kuat
Insyaallah, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Setiap ujian ini, akan ada manis di penghujungnya nanti. Harap terus kuat demi amanah yang ditinggalkan arwah dan Aisyah Humaira akan membesar menjadi anak solehah. Amin.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cucu Tun Mahathir dalam video klip Saya Sayang Atuk. Si petah ini rupanya baru 6 tahun! Si cilik ini bernama Tengku Zara Eryna atau lebih mesra disapa dengan nama Zara.
Zara membawa watak sebagai Aisyah di dalam video yang tersebut. Dilahirkan pada 4 Mac 2012, Zara banyak terlibat dengan penerbitan drama-drama Papa Ricky dan pelakon tambahan untuk Tribute P. Ramlee berjudul ‘Kalau Jodoh Tidak Ke Mana’.
Zara pernah muncul dalam ruangan personaliti Genius PA&MA bagi edisi Mei 2017 ketikanya berusia 5 tahun. Berikut ialah petikannya;
ZARA PELAKON CILIK PETAH BERKATA-KATA
BIODATA
Nama: Tengku Zara Eryna Tengku Ahmad Saifuddin
Tarikh lahir: 4 Mac 2012
Hobi: Menyanyi, menari, suka berlakon
Kecil-kecil cili padi. Berani dan petah bercakap membuatkan adik cilik ini kelihatan hebat pada usia hanya lima tahun! Apabila disuruh berdialog, tanpa kekok mengucapkan dengan intonasi suara yang mencuit hati. Itulah Adik Tengku Zara Eryna yang kini semakin dikenali ramai melalui lakonannya dalam drama Papa Ricky.
Biarpun baru sahaja berusia lima tahun, Zara tampil dengan perwatakan yang matang. Apabila diajak berbual, seakan akan sudah kenal lama. Petah berkata-kata anak kecil ini. Namun kelincahan dan kenakalan sebagai seorang kanak-kanak tetap ada. Namun semua itu mampu dikawal dengan mudah oleh ibu Zara yang sentiasa menemaninya setiap masa.
Menurut ibunya, penglibatan Zara dalam lakonan bermula setelah mengikuti sesi uji bakat dengan syarikat penerbitan, Global Station Sdn Bhd, Datin Zaiton Mohd Jiwa yang sedang mencari watak kanak-kanak untuk drama Papa Ricky. Dalam drama berkenaan, Zara memegang watak sebagai Cici iaitu anak bongsu kepada Puan Aini (pelakon Adila Ahmad) dan Encik Latif (pelakon Mahmood Ali Bashah).
“Saya bersyukur dan tidak menyangka Zara terpilih untuk terlibat dalam drama bersiri 80 episod. Bagaimanapun sebelum ini Zara pernah terlibat sebagai pelakon tambahan untuk Tribute P. Ramlee iaitu ‘Kalau Jodoh Tidak Ke Mana’. Sejak itu, saya lihat bakat Zara terserlah,” cerita ibu Zara yang begitu ramah.
HAFAL SKRIP
Zara mula penggambaran drama Papa Ricky sejak umur empat tahun pada tahun lepas dan habis pada bulan April. Setakat ini , menurut ibu Zara pembabitannya dalam lakonan tidak mengganggu waktu belajarnya. Ini kerana ibu Zara sentiasa mengambil inisiatif untuk pastikan Zara tidak ketinggalan semasa belajar. Sebagai contoh ‘tugasan’ sebagai Cici membuatkan Zara tidak dapat menghadiri kelas di tadika. Jadi Ibu Zara telah mengupah guru sambilan untuk mengajarnya di rumah untuk sementara waktu.
“Oleh kerana Zara masih belum boleh membaca dengan lancar, skrip-skrip lakonannya saya bacakan untuk Zara. Biasanya Zara akan cepat faham dan belajar. Memang tidak ada masalah skrip bagi Zara kerana boleh menghafal sepenuhnya. Daya ingatan Zara agak kuat. Zara boleh menghafal dengan mudah. Sambil makan atau bermain pun Zara boleh hafal skrip,” tambahnya lagi.
KARAKTER PERIBADI
Memiliki wajah yang comel, bertubuh kecil dan berambut ikal serta pandai bergaya membuatkan anak cilik ini begitu istimewa. Melihat kepada lakonannya bersahaja dalam drama berkenaan, begitulah Zara apabila berada di luar set penggambaran.
“Zara memang mudah mesra dengan orang. Dia ramah dan memang suka membuatkan orang suka kepadanya. Ke mana sahaja Zara pergi, pasti ada yang suka kepada perwatakannya. Jadi senanglah saya hendak ke mana-mana. Setakat ini Zara tidak pernah buat hal sejak bayi lagi,” kongsi ibu Zara tentang sikap anaknya.
IMPAK BERLAKON
Zara yang telah didedahkan seawal usia dua tahun dengan pelbagai sesi uji bakat, menunjukkan perubahan dalam diri daripada masa ke semasa. Antaranya Zara menjadi lebih berani dan kelihatan lebih yakin.
“Pernah Zara dijemput menghadiri majlis hari raya pada tahun lepas dan diminta untuk berduet dengan Dato Siti Nurhaliza. Saya sendiri terkejut kerana tidak menyangka Zara berani untuk naik ke pentas. Saya lihat Zara seperti sudah biasa sedangkan itulah adalah pengalaman pertamanya,” akhiri ibu Zara sambil melirik ke arah anak manja nya itu.
Di saat anak-anak orang lain sedang bermain dan bergembira menikmati makanan yang sedap-sedap, masih ada keluarga yang diuji dengan kesusahan. Hidup dalam serba kekurangan bukanlah penghalang untuk merasai kebahagiaan.
Seperti kisah keluarga ini dimana kakak sulung yang masih lagi kecil mengambil alih tanggungjawab menjaga adik-adik selepas ibu meninggal dunia kerana keguguran. Walaupun tidak seperti keluarga lain, seolah-olah si kakak ni cukup matang dan memahami keadaan yang berlaku.
Senyuman di bibir kakak sulung ini benar-benar buatkan hati rasa sebak. Adakah suatu hari nanti anak kita pun mampu memikul tanggungjawab seperti ini?
Suap adik-adik makan
Menerusi video yang dimuat naik oleh Salwa Naidin di akaun TikTok, memaparkan kanak-kanak berkenaan kelihatan teruja selepas mendapat agihan pek daging Qurban di Sabah.
Dalam perkongsian video itu memaparkan, kakak sulung itu terus membuka pek daging itu untuk memanaskannya lauk. Setelah masak, kanak-kanak perempuan itu menyuapkan adik-adiknya dahulu dengan penuh kasih sayang.
Alhamdulillah, dapat juga mereka daging qurban
Lebih menyedihkan lagi apabila mereka baru sahaja kehilangan ibu tersayang akibat keguguran. Menurut Salwa, mereka masih mempunyai ayah yang bekerja sebagai seorang nelayan dan ibu saudara yang menjaga mereka.
Video berdurasi 44 saat itu meraih lebih 23 ribu tontonan dan mendapat lebih 3 ribu tanda suka.
Di ruangan komen, rata-ratanya sebak melihat kasih sayang antara adik beradik ini dan seorang kakak yang dianggap sebagai ‘ibu’ oleh adik-adiknya.
“Ya Allah nangis tengok adik beradik ni”
Biasanya yang sulung sanggup berkorban demi adik-adik
Ramai yang mendoakan mereka sekeluarga dirahmati dan sentiasa dalam lindungan Allah dan ada rezeki lebih baik selepas ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!