Corak usus setiap kanak-kanak adalah berbeza seperti juga orang dewasa. Ini bermakna suatu kebiasaan pada anak anda boleh menjadi suatu yang berbeza bagi kanak-kanak yang lain. Perkara lazim yang ibu bapa sering berdepan dalam membesarkan anak adalah masalah sembelit dalam kalangan kanak-kanak.

Terlalu Banyak Makan Pisang, Punca Anak Sembelit. Usus Mereka Belum Matang!

Kebanyakan kanak-kanak mempunyai pergerakan usus sebanyak 1 atau 2 kali sehari. Sementara kanak-kanak lain 2 atau 3 kali sehari sebelum melepaskan najis yang normal.

Kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit mungkin mempunyai najis yang keras, kering, dan sukar atau menyakitkan. Keadaan ini mungkin berlaku setiap hari atau kurang kerap.

Walaupun sembelit boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan, ia biasanya satu keadaan yang bersifat sementara dan boleh dirawat.

Simptom masalah sembelit

Bayi yang secara eksklusif menyusu susu ibunya sahaja, tidak akan mempunyai masalah seperti ini, kerana hampir semua nutrien daripada susu ibu akan diserap. Namun berbeza kepada bayi yang diberi susu formula, mereka mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk diserang masalah sembelit.

Malah, masalah sembelit dalam kalangan bayi dan kanak-kanak turut berlaku disebabkan makanan tertentu yang dimakan selepas makanan pepejal diperkenalkan.

Berikut simptom-simptom masalah sembelit yang anda perlu perhatikan:

#1 Buang air besar

Kekerapan bayi membuang air besar pada setiap hari akan ada turun naik, terutama apabila anda memperkenalkannya makanan baru.Jika bayi anda tidak membuang air besar selama beberapa hari dan kemudian mempunyai najis yang keras, ia kemungkinan petanda mereka mengalami sembelit. Masalah sembelit bukan sahaja bergantung kepada jumlah kekerapan membuang air besar, tetapi juga kepada keadaan najis itu juga.

Terlalu Banyak Makan Pisang, Punca Anak Sembelit. Usus Mereka Belum Matang!

#2 Menahan

Sekiranya berlaku perubahan wajah bayi anda ketika sedang membuang air besar, seperti kelihatan tegang atau berkerut, ia mungkin tanda sembelit. Bayi yang berdepan masalah ini biasanya akan menghasilkan najis seperti tanah liat yang sangat keras. Najis keras boleh menyukarkan proses membuang air besar, bayi anda berkemungkinan akan menangis atau menjadi tegang.

#3 Darah

Sekiranya anda terlihat garis-garis darah merah di atas najis bayi anda, ia adalah kerana bayi mengalami kesukaran ketika proses membuang najis dan menyebabkan luka di sekeliling dinding dubur.

#4 Perut keras

IKLAN

Perut keras boleh menjadi tanda sembelit. Kembung dan tekanan yang disebabkan sembelit boleh menyebabkan bayi anda cepat berasa kenyang. Selain itu, mereka juga mengalami sakit pada bahagian abdomen seperti sakit perut, kekejangan atau loya.

#5 Tidak mahu makan

Kehilangan selera pada bayi anda mungkin disebabkan ketidakselesaan yang dihadapinya. Malah perut yang kembung juga boleh menyebabkannya tidak mahu makan.

Selain daripada simptom-simptom di atas, anda juga dapat melihat bahawa anak anda menyilang kakinya, riak wajah tidak menyenangkan, meregang, menepuk punggungnya, atau memusingkan tubuhnya di atas lantai.

Punca masalah sembelit

Sembelit paling biasa berlaku apabila bahan buangan atau najis bergerak terlalu perlahan melalui saluran penghadaman, menyebabkan najis menjadi keras dan kering.

Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada masalah sembelit dalam kanak-kanak, termasuk:

Tahan air besar. Anak anda mengabaikan keinginan untuk membuang air besar kerana dia takut akan tandas atau tidak mahu berhenti daripada bermain. Sesetengah kanak-kanak akan menahan buang air besar apabila mereka jauh dari rumah kerana mereka tidak selesa menggunakan tandas awam

Perubahan diet. Kurang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan serat boleh menyebabkan sembelit. Salah satu sebab biasa menyebabkan kanak-kanak sembelit apabila mereka bertukar daripada diet cecair semua kepada diet yang mengandungi makanan pepejal

Perubahan rutin. Sebarang perubahan pada rutin anak anda – seperti melancong, cuaca panas atau stres – boleh mengganggu fungsi usus. Kanak-kanak juga lebih cenderung untuk mengalami sembelit apabila mereka mula bersekolah luar dari rumah

Ubat-ubat. Ubat antidepresan dan pelbagai ubat yang lain boleh menyumbang kepada sembelit

Pemakanan punca menyebabkan masalah sembelit

IKLAN

Selain daripada punca-punca di atas, pemakanan memainkan fungsi yang penting dalam kesihatan anak anda, terutama semasa tahun-tahun terawal kehidupannya. Sesetengah jenis makanan tertentu boleh menyebabkan sembelit dalam kalangan bayi.

Makanan manis

Gula-gula, biskut, dan snek adalah antara makanan manis yang digemari oleh kanak-kanak. Jenis-jenis makanan sebegini selalunya mengandungi amaun gula yang banyak dan juga kurang fiber (serat). Tambahan pula, gula-gula juga dianggap menjadi penyebab anoreksia dan obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Jadi, anda perlu (dan mesti) mengehadkan makanan manis dalam diet anak anda.

Terlalu Banyak Makan Pisang, Punca Anak Sembelit. Usus Mereka Belum Matang!

Produk susu dan tenusu

Mentega, keju, krim, dan produk tenusu lain menyediakan amaun kalsium dan vitamin D yang banyak untuk perkembangan tulang kanak-kanak. Akan tetapi, jenis makanan ini juga boleh menyebabkan sembelit jika kanak-kanak mengambilnya secara berlebihan.

Ini kerana susu dan produk tenusu selalunya mengandungi amaun gula yang tinggi dan serat yang amat sedikit. Bagi mendapatkan kesan yang elok dengan pengambilan produk tenusu, ambilnya dalam kuantiti yang sederhana.

Pisang

Pisang ialah salah satu buah-buahan yang berkhasiat dan banyak manfaat. Pisang mengandungi banyak vitamin serta nutrien. Namun, kanak-kanak yang masih belum matang sistem penghadamannya, akan mengalami sembelit jika mengambil terlalu banyak pisang.

Terlalu Banyak Makan Pisang, Punca Anak Sembelit. Usus Mereka Belum Matang!

Anda boleh memberikan anak anda sebiji pisang pada selang 2-3 hari sekali.

IKLAN

Rawatan masalah sembelit

Bergantung kepada keadaan, doktor anak anda akan menyarankan:

Makanan tambahan serat tanpa preskripsi atau pelembut najis. Jika anak anda tidak mendapat serat yang cukup di dalam diet, tambahkan makanan tambahan serat tanpa preskripsi seperti Metamucil atau Citrucel. Walau bagaimanapun, anak anda perlu minum sekurang-kurangnya 32 auns (lebih kurang 1 liter) air setiap hari bagi membolehkan produk ini berfungsi dengan baik. Periksa dengan doktor bagi mengetahui dos yang tepat untuk umur dan berat anak anda

Supositori gliserin boleh digunakan untuk melembutkan najis bagi kanak-kanak yang tidak boleh menelan pil. Tanya doktor kanak-kanak mengenai cara yang betul untuk menggunakan produk ini

Laksatif atau enema. Jika bahan najis yang terkumpul menyebabkan sekatan, doktor akan menyarankan supaya menggunakan laksatif atau enema bagi membantu menghilangkan sekatan tersebut. Contohnya termasuklah polyethylene glycol (Glycolax, MiraLax, lain-lain) dan minyak mineral

Terlalu Banyak Makan Pisang, Punca Anak Sembelit. Usus Mereka Belum Matang!

WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK

Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.

Webinar PERCUMA ini membariskan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱

Jom jadi peserta terawal!

✍🏻 Daftar sebagai peserta di:
https://bit.ly/3yT61Ex

Jom daftar sekarang untuk berpeluang menang hadiah cabutan bertuah!_

__________

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI