Kita rasa berkeras adalah satu ketegasan dengan anak-anak. Boleh bertegas namun bukan berkeras dengan anak kecil kita. Ada caranya nak bertegas dengan anak dengan cara berkhemah.

Menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, berkeras dengan anak akan hanya meninggalkan impak dalam diri mereka. Silap-silap anak akan mewarisi sikap itu hanya daripada pemerhatiannya. Kalau sayang anak kita, elakkan.

Kisah yang dikongsikan oleh doktor ini sememangnya berlaku dalam masyarakat kita. Jadi bila anak marah tu beringat, jangan lepaskan baran dan kemarahan melampau pada anak kita.

Terlampau Berkasar Atau Berkeras Dengan Anak, Anak Jadi Bengis, Ada Kesannya Bila Besar Kelak!

Kesan Dari Ayah Panas Baran

Dah ke? Doktor tak check pun!”

Budak 5 tahun ni, dari mula masuk bilik konsultasi doktor tadi, dah buat hati aku berdebar. Ada sahaja benda dia nak sentuh dan usik dengan kasar. Risau aku dibuatnya.

Buka sahaja perilaku dia kasar, bahasanya pun boleh tahan juga. Bila mak dia tegur, dia menjawab dengan nada dan cara yang agak kasar. Jika tak tahu kesnya, mungkin timbul bibit marah.

Ayah budak ni seorang yang panas baran. Si ibu ada sebut perkataan “pukul” “cekik” “baling” serta perkataan lain yang menggambarkan betapa panasnya baran ayahnya itu.

Terlampau Berkasar Atau Berkeras Dengan Anak, Anak Jadi Bengis, Ada Kesannya Bila Besar Kelak!

Selain budak ni, emaknya juga jadi mangsa keganasan berkenaan. Si ibu cuba bertahan, cuba optimis, cuba mengharap, tapi akhirnya terpaksa juga memilih jalan untuk berpisah.

IKLAN

Dah tak sanggup menyorok bengkak dan lebam, menahan sakit, namun paling tak sanggup adalah lihat anak sendiri menjadi punching bag.

Namun, damage is done. Perpisahan itu sudah agak terlambat, kerana apa yang berlaku sebelum perpisahan itu telah meninggalkan kesan.

Setelah berpisah dengan suami, si ibu ingat hidupnya akan jadi aman. Jadi normal. Rupanya tidak!

Terlampau Berkasar Atau Berkeras Dengan Anak, Anak Jadi Bengis, Ada Kesannya Bila Besar Kelak!

 

Anak Warisi Sifat Kasar

Si anak telah mewarisi sifat kasar itu daripada si bapa. Cenderung untuk merosakkan barang, atau mencederakan diri jika tidak dilayan atau kemahuannya tidak dituruti.

IKLAN

Dulu, ada ayahnya, si anak mungkin takut nak tunjuk perangai. Bila ayahnya tiada, dia jadi sifat negatif itu menyerlah. Tak salah anak tu juga, dia membesar melihat kekasaran dan keganasan. Dia anggap itu perilaku normal.

Bila jadi begitu, si ibu menjadi terguris hati. Perangai anaknya itu mengingatkan dia kembali pada apa yang dilakukan bekas suami pada dirinya. Dia jadi geram. Jadi marah!

Terlampau Berkasar Atau Berkeras Dengan Anak, Anak Jadi Bengis, Ada Kesannya Bila Besar Kelak!

Lama-lama tak dapat bendung marah tu lagi. Akhirnya dia lepaskan geram dan marah terhadap suami, pada si anak. Habis diherdik dan dipukul anaknya. Seteruk mana? Entah.

Nampaknya, kes ini kembali ke petak pertama. Back to square one.

Bezanya, dulu ayah pukul, sekarang ibu pukul, anak pula pukul diri sendiri dan rosakkan barang. Jadi satu rantaian yang entah mana akhirnya. Jadi vicious cycle.

IKLAN

Nasib baik si ibu masih punya kewarasan. Dia datang jumpa saya(doktor) dan memohon si anak dan dirinya untuk dirujuk kepada kaunselor dan pakar psikiatri. Dia mahu kesengsaraan ni dihentikan.

Saya rasa dia wanita yang cekal dan bijak. Dia tahu apa masalahnya, dia tak berdolak dalik, dia sendiri datang serah diri. Mungkin demi masa depan anaknya.

Sekarang kalian faham kan, bagaimana keganasan boleh diwarisi. Bukan dari genetik sangat, tetapi daripada pendedahan. Pendedahan yang berpanjangan terhadap keganasan.

Mangsa mungkin jadi pemangsa jika cukup pendedahan. Jika cukup dendam. Paling menakutkan mangsa tak balas pada pemangsanya, tapi orang lain.

Sebab itu, jika anda dibesarkan dengan kekasaran, jika boleh jangan anggap ia sesuatu yang “Alah biasalah, masa kecil pun aku kena macam ni. OK je!”

Kita mungkin OK, mungkin orang yang kita kasari tu tak OK. Ada yang jadi trauma, dan ada yang mungkin jadi lebih ganas dari kita. Tak rasa bersalah ke kerana kita membentuk perilaku ganas pada orang lain?

Terlampau Berkasar Atau Berkeras Dengan Anak, Anak Jadi Bengis, Ada Kesannya Bila Besar Kelak!

OKlah. Berbalik kepada kisah anak beranak tadi. Aku harap mereka berdua tadi akan dapat rawatan, dan dapat ubah hidup mereka. Aku doakan mereka boleh hidup tenang selepas ini.

Baran ni perlu dirawat. Perlu ditangani. Perlu dihentikan. Tak ada istilah “aku memang baran” atau “dia memang baran”. Jika ada baran, maka hulurlah tangan, mintalah bantuan.

Ada yang sudi membantu!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI