Terpaksa Kerah Tentera Jika Rakyat Terus Ingkar, Untuk Elak Wabak Covid-19

Share
Sumber google

Khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mungkin akan digunakan sekiranya kerajaan melihat pematuhan terhadap arahan kawalan pergerakan masih tidak dipatuhi rakyat.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu terpaksa diambil bagi memastikan penularan wabak Covid-19 ini dapat dikawal sebaik mungkin.

Menurutnya, kerajaan akui agak sukar untuk melaksanakan arahan kawalan pergerakan di kawasan kampung kerana kekurangan pemantauan daripada pihak berkuasa kecuali bantuan daripada anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

“Jika pematuhan masih di peringkat 60 peratus, kerajaan mungkin akan gunakan khidmat anggota tentera untuk melakukan kawalan khususnya di kawasan luar bandar.

“Namun, saya yakin kita tidak perlu sampai ke tahap itu kerana rakyat perlu sedar kepentingan untuk mereka terus berada di rumah sehingga wabak ini

dapat dikawal. Kerajaan yakin polis dapat laksanakan (pemantauan larangan kawalan pergerakan),” katanya dalam sidang media khas, hari ini.

Sementara itu, katanya, kafe dan kantin institusi pengajian tinggi diarah untuk dibuka bagi memudahkan penuntut yang perlu tinggal di asrama sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini mendapatkan bekalan makanan.

“Menteri Pengajian Tinggi meminta universiti dan insititusi pendidikan yang ditutup untuk mengadakan kelas secara atas talian dan mereka tidak boleh balik ke rumah sepanjang tempoh ini kerana kelas masih berlangsung,” katanya.

Sumber: Hmetro

IKLAN