Diam tak diam, anak pasangan selebriti Fasha Sandha dan Aidil Aziz rupanya sudah pun berusia tiga tahun.
Bagi meraikan hari lahir Aisha Amaira yang ketiga tahun, Fasha dan Aidil memilih tema Frozen untuk puteri kesayangan mereka.
Ketika sambutan hari lahir Aisha baru-baru ini, Fasha dan keluarga turut memilih tema warna sama iaitu biru dan putih, selari warna tema Frozen.
“Aisha turns 3. Syukur Alhamdulillah, walaupun last minute, semuanya berjalan lancar cuma tak lengkap tanpa kedatangan ahli keluarga tersayang.
“Syukur Alhamdulillah. Doakan agar Aisha menjadi anak solehah.
Ads
“Terima kasih buat semua yang hadir dan terima kasih atas doa-doa yang baik,” tulisnya.
Apa yang menarik perhatian pastinya gaya Aisha Amaira yang tampil dengan gaya Anna dari filem Frozen.
Ads
Ditambah pula dengan wajah comel Aisha yang dikatakan wargamaya persis wajah bapanya, Aidil. Memang sejuk mata memandang.
Rata-rata wargamaya memuji wajah cantik Aisha yang cukup comel, tenang dan mendamaikan.
Ads
Terdahulu, Fasha mendirinya rumah tangga bersama Aidil Aziz pada Mac 2019. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Aisha Amaira. Fasha turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.
Sebuah keluarga dipuji ramai kerana membersihkan jalan sebaik selesai membakar mercun bersempena Tahun Baru Cina yang disambut pada Rabu lalu.
Menerusi perkongsian pengguna TikTok dikenali sebagai ninanino, dia telah memuat naik rakaman sewaktu jiran berdekatan rumahnya bergotong-royong menyapu mercun yang telah dibakar di hadapan rumah.
Tidak hanya seorang bahkan seluruh keluarga dilihat masing-masing bersungguh-sungguh membersihkan kesan-kesan berwarna merah sehingga laluan tersebut kembali bersih seperti sebelum mereka membakar mercun.
Pun begitu lebih mulia lagi bila jiran yang berada di hadapan rumah turut sama membersihkan kawasan jalan berkenaan beramai-ramai.
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji tindakan berkenaan kerana masih menjaga kebersihan serta keselesaan jiran tetangga.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Kehamilan adalah fasa istimewa dalam kehidupan seorang wanita, tetapi ia juga datang dengan pelbagai cabaran dan tanggungjawab baharu.
Salah satu pemeriksaan rutin yang sering diminta oleh doktor semasa kehamilan ialah ujian air gula atau lebih dikenali sebagai glucose tolerance test (GTT).
Bagi sesetengah ibu, permintaan untuk minum air gula ini mungkin terasa pelik atau tidak difahami sepenuhnya. Jadi, kenapa sebenarnya ibu hamil perlu minum air gula? Mari kita kupas satu persatu.
Meh kita belajar sikit, mengapa perlu minum air gula ketika hamil. Fungsi minum air gula ini adalah untuk memeriksa sama ada puan-puan ada kencing manis ataupun tak. Macam mana boleh ‘check’ kencing manis dengan minum air gula? Teori di sebalik ujian ini diterangkan seperti berikut.
Kencing manis terjadi apabila badan kita tidak dapat memproses gula berlebihan. Dalam keadaan normal, gula akan dicerna menjadi glukosa. Glukosa amat penting sebagai sumber tenaga untuk sel dalam badan. Tetapi jika glukosa berlebihan, hati akan menukar glukosa menjadi sebatian glikogen untuk disimpan.
Pernah dengar mengenai insulin? Apakah insulin dan fungsinya? Insulin ini merupakan hormon yang berfungsi menukarkan glukosa kepada glikogen untuk disimpan dalam hati dan sel-sel otot apabila didapati glukosa berlebihan.
Insulin juga berfungsi membawa glukosa ke dalam sel untuk dimetabolismekan menjadi tenaga. Dalam kencing manis, insulin menjadi kurang reaktif (insulin resistant) ataupun kurang dihasilkan. Jadi insulin tidak dapat mengawal paras gula dalam darah.
Maka apabila puan-puan minum air gula tu, sebenarnya nak ‘test’ insulin tu boleh berfungsi atau tidak. Jika insulin berfungsi dengan baik, selepas 2 jam minum air gula, paras gula dalam darah masih akan normal. Sebaliknya, jika insulin bermasalah, paras gula akan naik selepas minum air gula dan anda mungkin mempunyai kencing manis (diabetes) ketika hamil.
Puan-puan berisiko tinggi menghidapi diabetes ketika mengandung jika mempunyai faktor-faktor ini:
Jika anda mempunyai salah satu faktor ini, anda akan menjalani ujian toleransi glukosa (minum air gula) pada awal kandungan dan diulang pada usia 24 hingga 28 minggu.
Ujian toleransi glukosa GTT memerlukan anda untuk berpuasa semalaman. Pada awal pagi, sebelum sarapan, ujian darah pertama diambil. Kemudian anda akan diminta menghabiskan larutan gula yang disediakan. Selepas 2 jam, ujian darah diulang. Air gula yang diberikan oleh klinik kerajaan biasanya tidak berperisa dan sedikit suam. Ada juga yang berperisa oren.
Jika anda mempunyai sejarah diabetes dalam kandungan sebelumnya, ujian mungkin dilakukan lebih awal untuk mengesan diabetes secepat mungkin. Kawal atur gula di awal kehamilan sangat penting kerana ia melibatkan pembentukan organ-organ penting bayi.
Kebanyakan ibu yang menghidapi diabetes ketika mengandung tidak mempunyai masalah sepanjang proses kehamilan, tetapi terdapat segelintir kes yang membawa masalah serius pada ibu dan juga bayi, terutama jika diabetes tidak dikesan awal.
Jika paras gula kekal tinggi, bayi akan menghasilkan lebih banyak insulin dan membesar berlebihan dalam rahim. Ini meningkatkan risiko bersalin awal, proses induksi, pembedahan caesarean atau risiko bahu bayi tersangkut semasa kelahiran.
Bayi daripada ibu yang mempunyai kencing manis juga berisiko menghidapi diabetes dan kegemukan apabila dewasa.
Maka ibu-ibu perlu mengawal paras gula dalam darah sepanjang proses kehamilan untuk mengurangkan risiko komplikasi. Minum air gula bukan menyebabkan kencing manis, tetapi membantu mengenal pasti ibu yang ada diabetes.
Peringatan penting: tolong jangan muntah. Kalau muntah, ujian GTT tidak valid dan perlu diulang semula.
Minum air gula semasa hamil mungkin kelihatan remeh, tetapi sebenarnya ia adalah langkah pencegahan penting untuk memastikan ibu dan bayi selamat. Ia membantu doktor mengenal pasti gestational diabetes lebih awal supaya rawatan boleh diberikan dengan lebih cepat.
Bagi ibu hamil, jangan anggap ujian ini sebagai beban. Sebaliknya ia adalah pelaburan keselamatan untuk diri sendiri dan bayi. Dengan pemahaman dan persediaan yang betul, ujian ini boleh dijalani dengan lebih tenang dan yakin.
Suami isteri baru selesai sesi forografi hari raya meninggal dunia kemalangan. Sepasang suami isteri yang terlibat dalam nahas jalan raya di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur dipercayai baru sahaja selesai merakam gambar kenangan sempena Hari Raya.
Mangsa, Lokman Hakim Mohd Shukri, 23, dan isterinya, Intan Suraya Zaidi, 24, dikatakan baru pulang dari sesi fotografi di Parit Panjang, Baling, dan sedang dalam perjalanan ke kediaman mereka di Kampung Kuala Teloi Batu Lima ketika insiden berlaku.
Pemilik Bromie Studio, Muhammad Suhaimi Yahaya, 35, memaklumkan bahawa pasangan tersebut hadir ke studionya sekitar jam 11 pagi dan sesi fotografi berlangsung selama lebih kurang setengah jam.
Menurutnya, pasangan itu kelihatan sangat ceria dan gembira sepanjang sesi bergambar berlangsung.
“MEREKA NAMPAK TERUJA KERANA DAPAT GAMBAR RAYA YANG SIAP DICETAK HARI ITU JUGA. SAYA TURUT MENGHANTAR SALINAN GAMBAR KE TELEFON BIMBIT MEREKA YANG MENGGUNAKAN JENAMA IPHONE. SEMASA BERGAMBAR, MEREKA BANYAK KETAWA DAN SANGAT RIANG.
“Beberapa ketika kemudian, saya benar-benar terkejut apabila dimaklumkan mereka telah terkorban dalam kemalangan,” katanya.
Tambah Suhaimi, beliau pernah menjadi jurufoto untuk majlis perkahwinan pasangan tersebut pada Jun tahun lalu.
Katanya lagi, arwah berdua merupakan insan yang sangat baik dan kelihatan sangat bahagia.
“Saya tidak menyangka bahawa sesi kali ini merupakan kenangan terakhir mereka yang sempat saya abadikan,” ujarnya.
Difahamkan, kejadian tragis yang berlaku sekitar jam 4.16 petang itu melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki pasangan terbabit. Kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori muatan 10 tan.
Akibat perlanggaran itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.