Bermacam-macam perisa dan warna, kebanyakan lolipop antara yang menjadi kesukaan kanak-kanak tak kira berapa harganya.
Ada juga ibu bapa yang menjadikan ia sebagai hadiah untuk pujuk anak dari tak buat perangai dengan niat untuk beri kegembiraan pada anak. Tapi anda harus juga berhati-hati kerana ia mungkin boleh membawa maut.
Perkongsian dari Dr Nor Aniza Ali mengenai bahaya lolipop pada kanak-kanak sehingga tertelan sekali dengan batang plastiknya.
Awas lolipop, bukan selalu membawa keseronokan kepada anak-anak.
Ads
Ibu bapa dan penjaga perlu beri perhatian betapa BAHAYAnya makanan ringan ini.
Ads
Antara kes yang berlaku baru-baru ini akibat bergurau dengan kawan-kawan sewaktu menikmati lolipop, seorang kanak-kanak tertelan lolipop bersekali dengan stick ( batang plastik).
Doktor menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan batang yang tersengkang di peti suara. Amat berisiko tinggi masuk ke salur pernafasan dan paru-paru.
Jangan main-main soal kebersihan botol simpanan susu. Mungkin pada pandangan mata kasar, sudah cukup bersih tapi rupanya masih tersisa lemak susu yang menyebabkan kewujudan bakteria. Apabila dimasukkan susu baru di dalamnya, ia akan tercemar.
Tetapi jangan fikir botol kotor saja punca anak tak sihat. Botol yang bercalar juga mempengaruhi! Sebarang calar pada botol boleh menyebabkan kuman melekat padanya. Ia akan merosakkan susu yang disimpan di dalamnya.
Sebenarnya, susu ibu boleh disimpan dalam pelbagai cara. Di dalam botol plastik bebas Bisphenol A (BPA), botol kaca atau plastik menyimpanan susu ibu bebas BPA. Terdapat pelbagai ciri penting yang harus ditekankan di dalam pemilihan botol plastik untuk tujuan penyimpanan susu ibu.
Faktor yang paling penting jika susu ibu disimpan di dalam botol plastik adalah ia mestilah diperbuat daripada bahan bebas BPA. BPA adalah bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan produk plastik polikarbonat. Ia digunakan sebagai bahan untuk mengeraskan plastik dan mencegah bakteria dari membiak ke dalam makanan.
Banyak kajian yang dibuat menunjukkan kemudaratan ke atas penggunaan bahan BPA. Ia boleh melarut ke dalam susu apabila didedahkan kepada kepanasan yang boleh membahayakan kesihatan bayi seperti apabila botol dipanaskan, disteril atau apabila ada kesan calar di dalam botol.
Di pasaran, kebanyakan botol susu dan botol penyimpanan susu adalah daripada bahan bebas BPA. Kebiasaannya jangka hayat botol bebas BPA adalah sekitar enam bulan atau lebih bergantung kepada keadaan botol. Jika botol ada kesan calar atau berubah warna, ia perlu ditukar segera.
Bila botol penyimpanan susu harus ditukar?
Kesan calar pada botol boleh menyebabkan pembiakan bakteria berlaku pada kawasan yang bercalar, sekali gus boleh mencemarkan susu yang disimpan. Pembebasan bahan kimia juga boleh berlaku jika terdapat kesan tercalar di kawasan dalam botol susu.
Warna botol bertukar menandakan telah sampai masa untuk menukar kepada botol yang baru. Kebiasaannya botol bertukar warna disebabkan oleh kekerapan steril secara stim atau menggunakan air yang menggelegak. Pemanasan yang terlampau untuk memanaskan susu juga boleh menyebabkan botol bertukar warna dan dikhuatiri boleh membebaskan bahan kimia daripada plastik.
Jika ada bau yang kurang selesa pada botol, elok ditukar kepada botol yang baru kerana dikhuatiri ada bakteria atau kulat membiak yang menyebabkan bau.
Botol yang tidak digunakan lagi boleh disimpan untuk anak seterusnya hanya jika botol masih elok, tiada kesan calar, tiada perubahan warna, tidak disteril dengan kerap dan tiada bau kurang enak dari botol. Jika ada salah satu daripada ciri yang dinyatakan tadi, botol tidak boleh digunakan semula.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara perlu kuarantinkan diri mereka selama 14 hari sebelum bertemu dengan ahli keluarga. Itulah yang dilakukan oleh penyanyi dan cef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob selepas pulang dari Singapura selepas berada lebih kurang 14 hari di sana kerana menjalani pengambaran sebuah program.
Sebaik sahaja pulang dari negara tersebut, Dato’ Fazley mengambil inisiatif untuk kuarantinkan diri selama 14 hari bagi memastikan ahli keluarganya terhindar dari virus Covid-19.
Dalam satu postingnya di Instagram, Dato’ Fazley gembira akhirnya tempoh kuarantin akan berakhir dan dia dapat bertemu dengan ahli keluarga yang dirindui terutama anak-anaknya.
Dalam satu posting lain, Datuk Fazley menyatakan 30 hari tanpa anak-anak, isteri dan keluarga adalah satu penyiksaan jiwa. Beliau menyangkakan diri kuat untuk lalui tempoh tersebut, namun ternyata air mata gugur jua apabila akhirnya dapat bertemu mata.
30 hari tanpa anak2, isteri serta keluarga ada satu penyiksaan jiwa! Terpisah kerana kerja dan #Selfquarantine adalah sesuatu yang saya tak pernah jangkakan. Saya rasa saya kuat, tapi apabila balik melihat anak2, isteri dan ibu, kaki saya longlai, hati saya luluh, air mata saya mengalir tanpa henti. Rindu yang teramat sangat !😭😭😭😭😭
. @elliefazley@fierudzfazley@fieradzfazley@fariedzfazley@azrene_ahmad@rsd.umi@nadyaakob
Memang ramai yang tahu, Dato’ Fazley rapat dengan anak-anaknya. Dalam perkongsian video, anak-anaknya minta didukung oleh Dida mereka. Datuk Fazley sempat titipkan pesan supaya semua orang menjaga kesihatan keluarga supaya terhindar dari virus Covid-19 yang merbahaya ini.
Semua Minta Dukung!
Lepas saya TER-menangis, anak-anak semua minta saya dukung. Anak sulung saya@fariedzfazley siap kata “Lamanya tak kena dukung”. 30 hari rasa macam 30 tahun lamanya. Buat korang semua, sama-samalah kita berusaha sehabis baik untuk menjaga kesihatan keluarga kita dan masyarakat secara am. Buat apa yang perlu dan wajib. Nak tahu tak @elliefazley masih bertanya saya banyak kali “Dida dah mandi ke?? Dida takda virussshh ke?” sebab dia sangat confused kenapa 30 hari tak boleh peluk, tiba-tiba hari ini saya balik dan peluk cium dia.
Memang sayu melihat perkongsian video pertemuan semula keluarga Dato’ Fazley. Tak daapt bayangkan kalau kita sendiri yang berada ditempat beliau. Tak dapat bersama keluarga pastinya timbulkan rasa sedih yang amat sangat. Semoga kita semua terhindar daripada virus Corona yang merbahaya itu. Patuhlah arahan untuk terus duduk di rumah. Semoga semua ini akan berakhir tidak lama lagi. Stay Safe & Stay At Home!
Tak makan nasi baru boleh turun berat. Ini yang selalu kita cakap semata-mata nak pastikan berat turun cepat dan dapat semula saiz baju idaman seperti zaman sebelum kahwin.
Apabila sentuh bab berat badan ni, ramai yang seakan fobia. Kebanyakan berlaku pada golongan wanita yang dah berkahwin dan sudah mempunyai anak. Ini kerana apabila mengandung dan melahirkan anak, lemak-lemak seakan dah sebati. Payah pula nak buangnya.
Hingga sampai satu masa, golongan ibu mulalah nak berdiet dengan tak mahu nasi demi untuk dapat berat ideal. Persoalannya adakah nasi bersalah dalam pemakanan?
Seperti apa yang dikongsikan oleh Dietitian Fizah Sobri, pengambilan nasi perlu walaupun nak berdiet tapi perlu ikut portion yang betul. Diet tak salah tapi jangan sampai ‘menyeksa’ diri sendir.
TAK MAKAN NASI BARU BOLEH TURUN BERAT
Alamak penat nak jawab semula ni. Ingat yang menggemukkan adalah kalori berlebihan tak kisah ia datang dari mana sama ada lemak, protein atau pun karbohidrat.
Sebelum itu saya nak tanya
1. Berapa lama nak elak nasi?
Kita orang Malaysia makanan ruji adalah nasi. Ikut diet orang barat di mana nasi tu sangat jarang. Orang sana senang nak elak nasi, tapi ni pagi petang siang malam, dekat rumah, dekat tempat kerja, balik kampung, dekat kedai..merata toleh nampak nasi. Berapa lama nak elak nasi?
2. Enjoy kah diet begitu?
Bila elak makanan yang disukai diet jadi tak best. Tak seronok, sebab makan ni kan seronok.
Bila tahan-tahan akan ada masa bila rebound balik..makan balik semula nasi tapi bukan pada kuantiti terkawal dah jadi lebih-lebih sebab dah kempunan. Macam kita bila balik kampung kempunana masakan mak…hehehe
3. Rebound effect
Diet terlalu extreme bila dah stop berat yang hilang boleh datang balik bawak kawan-kawan lagi. Sebab kita elak 1 jenis makanan, bukan kawal kalori.
Pokoknya kita perlu kawal kalori secara keseluruhan…bukan elak 1 jenis atau 1 kelas makanan. Kalau elak tapi tak kawal kalori masih takkan capai target berat. Sebab bila elak nasi tapi ganti dengan sumber karbohidrat lain sama saja kalori.
1 senduk nasi yang rata (macam dalam gambar) kandungan kalori sama dengan (75kcal sesenduk)
– 1 keping roti (putih/wholemeal)
– 1 senduk meehoon/kuehteow/mee
– 1 biji kentang/ubi saiz penumbuk
– 3 sudu oat/tepung
Maka kalau anda elak nasi tapi tak kawal sumber kalori lain sama juga ceritanya.
Ikut saja suku suku separuh. Kenyang sambil kawal kalori dan boleh pastikan cukup zat serta puas makan. Kita mesti enjoy life. Janganlah strict sangat ye.
Nah rupa nasi atas pinggan
Biasa ambil berapa senduk tu?
Ikut tak suku suku separuh
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.