Walaupun kes adik Bella yang viral sudah pun mendapat pembelajaannya dan kini dalam jagaan yang baik, namun kasih sayang Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda buat Bella tetap utuh.
Menerusi Instagram beliau, isteri kesayangan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu dilihat turut melawati adik Bella dan sempat beramah mesra dengan Bella.
Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda meluangkan masa melawat adik Bella dan rakan-rakannya pada hari ini, 14 Julai 2023 di Johor Bahru.
Pada masa ini, adik Bella sudah dipindahkan ke Johor Bahru dan sedang menyesuaikan diri di tempat dan persekitaran yang baharu.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan perkara ini,” begitu kongsi petikan di kapsyen.
Ads
Apa yang menarik perhatian pastinya keprihatinan dan kasih sayang ikhlas yang ditunjukkan Che’ Puan Besar Khaleeda kepada adik Bella.
Kedua-duanya dilihat cukup mesra malah sempat beramah mesra ketika Bella sedang melakukan aktiviti.
Che’ Puan Besar Khaleeda sebelum ini turut menyantuni adik Bella dan kawan-kawannya di Legoland, Johor Bahru pada Mei lalu.
Ads
Kasih sayang tulus ikhlas dari Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda buat Bella ini sudah semestinya mendapat pujian ramai.
Malah wargamaya turut memuji isteri kesayangan TMJ ini yang cukup prihatin akan nasib adik Bella.
Hari pertama persekolahan biasanya penuh dengan momen indah. Ibu ayah menghantar anak dengan kenderaan selesa, membekalkan makanan, mengambil gambar kenangan, dan anak pula segak memakai uniform baru yang masih berbau kain. Semuanya nampak manis dan membahagiakan.
Namun, kisah pengorbanan ibu bapa Sabah ini benar-benar menyentuh hati.
Di sebuah kampung pedalaman di Sabah, hari pertama sekolah bukan sekadar tentang uniform bersih atau gambar kenangan. Ia tentang peluh, keletihan, dan pengorbanan luar biasa. Ada ibu bapa yang sanggup meredah hutan dan sungai lebih empat jam demi hari pertama sekolah.
Bukan kerana suka, tetapi kerana cinta pada pendidikan.
Di Kampung Magandai, kira-kira 70 kilometer dari Kota Marudu, sekumpulan ibu bapa bersama anak-anak mereka terpaksa berjalan kaki sejauh 20 kilometer melalui laluan hutan tebal dan sungai demi menghantar anak ke asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Magandai yang memulakan sesi persekolahan.
Salah seorang ibu, Suanie Din, 39, berkata mereka memulakan perjalanan seawal jam 6.40 pagi dan hanya tiba di sekolah sekitar jam 10.40 pagi.
“Alhamdulillah, walaupun letih dan lutut sakit kerana mendaki bukit, menempuh hutan tebal serta menyeberang sungai, kami tetap bersyukur dapat sampai dengan selamat,” katanya.
Menurut Suanie, perjalanan itu bukan sesuatu yang mudah. Laluan licin, berbukit dan penuh risiko, namun demi memastikan anak-anak mendapat pendidikan, semua kepayahan terpaksa ditempuhi.
Antara perkara paling mencabar sepanjang perjalanan ialah kehadiran lintah dan pacat yang melekat di kaki. Inilah realiti pengorbanan ibu bapa Sabah yang berjuang demi anak-anak mereka.
“Kadang-kadang bukan sahaja penat, malah geli dan takut bila lintah mula melekat. Tapi kami tetap teruskan perjalanan,” katanya.
Setiap kali tiba musim persekolahan, ibu bapa di kampung itu akan menghantar anak yang tinggal di asrama sehari lebih awal dengan berjalan kaki, walaupun terpaksa meredah laluan yang sama berulang kali. Apa yang mengagumkan, anak-anak tetap bersemangat untuk ke sekolah walaupun tahu perjalanan yang perlu ditempuhi bukan sesuatu yang mudah.
Difahamkan, penduduk Kampung Magandai terpaksa berjalan kaki kerana keadaan jalan Sonsogon–Magandai yang rosak teruk. Jika ada kenderaan masuk sekalipun, hanya pacuan empat roda dibenarkan dengan kos sewaan antara RM600 hingga RM700 bagi satu perjalanan.
Bagi penduduk yang kebanyakannya bekerja sebagai petani dan peladang, kos tersebut terlalu tinggi dan di luar kemampuan.
“Kalau ada wang lebih, memang kami akan sewa kenderaan. Tapi kebanyakan masa, kami terpaksa berjalan kaki,” kata Suanie.
Ada segelintir pihak yang menuduh penduduk kampung itu mengada-adakan cerita untuk meraih simpati. Namun bagi mereka yang hidup di Magandai, inilah realiti harian yang melambangkan pengorbanan ibu bapa Sabah demi pendidikan anak-anak.
“Jika tidak cukup wang, kami terpaksa berjalan kaki setiap kali hendak ke pekan Kota Marudu. Bukan cerita rekaan,” jelasnya.
Penduduk bersama guru-guru SK Magandai sentiasa berharap agar satu hari nanti jalan ke kampung mereka dapat diturap demi memudahkan urusan harian, khususnya bagi pendidikan anak-anak.
Kisah ini menjadi peringatan bahawa menuntut ilmu bukan sekadar tentang kelengkapan sekolah atau perbelanjaan kewangan. Di sesetengah tempat, ia menuntut tenaga, kesabaran, keberanian dan pengorbanan fizikal.
Apa yang dilakukan oleh ibu bapa di Sabah ini membuktikan bahawa kasih sayang kepada anak dan keinginan untuk melihat mereka berjaya mampu mengatasi segala kepayahan.
Walaupun terpaksa meredah hutan dan sungai lebih empat jam demi hari pertama sekolah, mereka tetap melangkah demi masa depan anak-anak yang lebih cerah.
Inilah bukti bahawa pengorbanan ibu bapa Sabah menjadi inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia tentang erti sebenar kasih dan perjuangan dalam menuntut ilmu.
Nama Dr. Amalina Che Bakri bukan lagi asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Sejak zaman remajanya, beliau sudah dikenali sebagai pelajar cemerlang yang mencipta sejarah apabila memperoleh keputusan tertinggi SPM ketika itu.
Kini, figura inspirasi ini kembali menjadi tumpuan selepas berkongsi detik manis menerima sijil PhD (Doctor of Philosophy) di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Dalam hantaran tersebut, Dr. Amalina menulis penuh kesyukuran:
“Received my PhD certificate today, Alhamdulillah. ..”
Namun di sebalik kejayaan akademik itu, ada kisah kehidupan yang sangat menyentuh hati perjalanan seorang wanita, seorang isteri, dan seorang ibu yang tetap teguh mengejar impian walau berdepan cabaran besar.
Ketika menuntut PhD, Dr. Amalina bukan sahaja sibuk dengan penyelidikan klinikal dan penulisan tesis, malah dalam tempoh itu jugalah beliau menemui cinta, berkahwin dengan jejaka British, Alexander Charles, pada 31 Mac 2021, dan kini bergelar ibu kepada dua orang anak comel.
Katanya, perjalanan menyiapkan PhD bukan sekadar tentang data dan ujian makmal, tapi juga tentang pengalaman menjadi ibu berjaga malam menyusukan anak, mengurus rumah tangga, dan tetap hadir bekerja walaupun kurang tidur.
“Ada malam saya perlu tenangkan bayi yang demam sambil risau tentang tarikh akhir penulisan tesis. Ada pagi saya ke hospital dengan hanya dua jam tidur. Tapi semua itu membuatkan perjalanan ini lebih bermakna.”
Lebih menyentuh hati apabila beliau mendedahkan bahawa sewaktu menyiapkan viva dan tesis terakhir, beliau sedang mengandungkan anak kedua.
“Setiap bab dalam tesis PhD saya ditulis seiring dengan bab baru dalam kehidupan saya sebagai seorang ibu.”
Dalam perkongsian itu juga, Dr. Amalina mengingatkan semua wanita terutama ibu-ibu bekerja dan yang sedang menuntut ilmu bahawa kita tidak perlu memilih antara keluarga dan impian.
“To all the women (especially mothers), juggling work, studies, and family, it is possible. You don’t have to be perfect. Just keep going, one step at a time.”
“You don’t have to choose between your dreams and your family. You can grow both, with love, courage, and perseverance.”
Penelitiannya pula memberi manfaat kepada ramai wanita lain apabila beliau menumpukan kajian kepada wearable technology untuk membantu pesakit pulih selepas pembedahan kanser payudara.
Benarlah kata orang, wanita mampu melakukan segalanya apabila disulami kasih sayang, semangat dan sokongan keluarga. Kisah Dr. Amalina ini menjadi bukti bahawa seorang ibu tidak perlu sempurna, cukup sekadar terus berjuang — sedikit demi sedikit, langkah demi langkah.
Tahun ini sememangnya cukup berbeza buat pelawak Shuib Sepahtu apatah lagi menyambut Ramadan tanpa isteri tercinta, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.
Mengakui berasa sedih, Shuib berkongsikan kenangan mereka ketika Ramadan dimana dia dan arwah Sarah suka pergi ke bazar bersama-sama untuk pilih dan membeli kuih-muih.
“Tahun ini, kali pertama Ramadan tanpa dia (Sarah), memang sedih, gementar pun ya. Fikirkan perasaan anak-anak termasuk diri sendiri juga.
“Kami suka pergi bazar Ramadan sama-sama. Pilih kuih, cari pajeri nanas. Dan kalau nak cakap apa yang tak boleh lupa ketika Ramadan, saya memang akan minta Sarah masakkan pajeri nanas.
“Dia pun tahu saya memang suka pajeri nanas. Jadi, dia memang takkan tak buat dan dia mesti buat (masakkan). Itu yang dirindui, pajeri nanas. Selain itu, ada lagi satu masakan kegemaran Sarah iaitu dia suka masak kerutup ayam atau kerutup daging. Ya Allah, sedapnya,” katanya.
Bercerita mengenai keperibadian arwah isterinya, Shuib berkata aktiviti Sarah ketika Ramadan, dia kerja macam biasa dan di sebelah petang pasti akan banyak masa di rumah untuk masak dan menyiapkan juadah berbuka untuk keluarga.
“Jadi, Ramadan kali ini tak ada persiapan dan saya lebih kepada perancangan untuk bersahur serta berbuka dekat mana, dengan siapa. Sambutan pun biasa-biasa saja,” katanya.
Niatkan sedekah untuk arwah Sarah
Dalam pada itu, Shuib berkata bulan Ramadan ini adalah ruang terbaik untuk dia dan keluarga berbuat amal jariah, beribadat dan sedekah untuk arwah isterinya.
“Insya-Allah, harap tahun ini boleh menjalani puasa dengan baik dan dapat perbanyakkan lagi amal ibadat. Dapat buat banyak sedekah khususnya untuk Siti Sarah,” katanya.
Terdahulu, Siti Sarah meninggal dunia akibat Covid-19 selepas tiga hari melahirkan anak keempat mereka, Ayash Affan kini berusia tujuh bulan secara pembedahan pada 6 Ogos tahun lalu.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.