Meskipun mempunyai dua orang anak angkat, namun pelakon Zizie Izette akui dia melayannya sama seperti anak kandungnya.
Zizie Izette berkata dalam keluarga tidak pernah ada istilah anak angkat kerana mereka semua tanggungjawabnya.
“Nak jawab soalan ini pun saya tidak selesa. Selalunya orang luar yang selalu mention itu anak angkat.
“Dalam keluarga kami tak ada istilah anak angkat. Perkataan anak angkat itu tidak pernah wujud.
“Mereka semua adalah tanggungjawab dan amanah Allah. Semua disayangi sama rata,” luahnya di Instagram (IG) Story.
Ads
Isu itu tercetus selepas salah seorang pengikutnya bertanya menerusi “Ask Me Question’ di IG Story tentang bagaimana dia melayan anak angkat secara adil bersama anak-anak kandungnya.
Selain itu, Zizie turut diajukan soalan bagaimana dia menjaga anak-anaknya tanpan bantuan suami, Datuk Seri Bung Mokhtar (DSBM) yang selalu sibuk sebagai wakil rakyat.
Zizie memberitahu dia beruntung kerana meskipun suaminya sibuk namun tidak pernah melupakan tanggungjawab.
Ads
“Walaupun DSBM selalu sibuk tapi tak pernah lupa akan tanggungjawab dan telah memudahkan tanggungjawab saya dengan mengupah pengasuh bayi.
“Saya tidak hebat tanpa mereka,” tulisnya lagi.
Ads
Zizie juga turut diajukan soalan-soalan megenai kembarnya serta bagaimana dia mengekalkan bentuk badan yang cantik.
Zizie berkahwin dengan Bung Moktar, 58, pada 2009 dan dikurniakan cahaya mata kembar lelaki yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette yang lahir pada 30 November 2017.
Mereka turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, 1.
Sumber: astro gempak & Ig Zizie Izette
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Terpaksa bagi anak gajet waktu makan sebab anak tak duduk diam!” Ini antara jawapan yang selalu sangat ibu bapa beritahu bila ditanya. Tapi adakah ia sebenarnya bagus?
Melalui perkongsian Penulis Keibubapaan, Puan Adlil Rajiah, beliau terima BANYAK mesej macam ni terutamanya bagi ibu bapa yang ada anak bawah 4 tahun.
Terus teringat zaman struggle nak bagi Haikal makan masa dia kecik-kecik dulu. Dia punya bergelut tu, macam kat medan perang.
Itu tak masuk lagi bab picky-eater, bab tak nak makan kalau tak ada youtube kat depan muka, bab anak muntahkan balik makanan yang dah masuk mulut, bab kena kutip 80% makanan yang bersepah kat lantai, bab anak nak berak time makan.
I feel you, guys. I feel you.
Hanya orang yang sabar tahap langit ketujuh sahaja yang berjaya mengharunginya. Itu pun setelah gagal 796254814 kali.
Walaupun saya dah melepasi fasa “berperang nak bagi anak makan”, tapi setiap momen dan pergolakan yang berlaku masih segar dalam ingatan. And I guess, momen-momen itulah antara penyumbang terbesar yang menjadikan saya ibu yang lebih tenang dan sabar hari ni.
Jadi sebab ramai yang bagi soalan tentang topik ni, saya nak kongsikan 7 Strategi yang saya belajar dari Occupational Therapist, yang dah terbukti membantu saya menang setiap kali berperang dengan anak di meja makan.
1. MAKAN BERJADUAL
Ye, memang bosan bila bercakap tentang jadual. Tapi percaya atau tak, ini adalah senjata yang paling berkesan sebenarnya.
Cuba jarakkan mealtime anak setiap 3 jam, dan selama gap 3 jam tu jangan bagi apa-apa makanan atau snack – kecuali air.
When I say JADUAL, I’m not talking about a specific time of the day, tapi INTERVAL. Jarak antara masa makan. Ini penting untuk set awareness tentang waktu makan pada anak. Supaya anak tak makan secara random atau bila-bila lapar, makan. Kaedah ni juga akan pastikan anak LAPAR dan FOKUS MAKAN bila tiba waktu makan.
2. GET THEM INVOLVED
Bila anak dah besar sikit, libatkan anak dalam persiapan meja makan. Mungkin boleh suruh dia susun pinggan atau cawan. I did this before, dan mula-mula memang challenging sebab anak tak biasa.
Haikal pernah terpecahkan cawan, pernah keluarkan pinggan yang salah, dan macam-macam kesalahn dia buat. Tapi things surely get better in time. Bila kita libatkan anak macam ni, dia akan lebih mentally ready untuk MAKAN.
3. TEMPOH MAKAN 10-30 MINIT SAHAJA
Anak suka main dan tak duduk diam masa makan adalah sebab dia rasa dia ada seluruh masa dalam dunia.
So how to teach them about sense of time? SLOWLY HADKAN MASA MAKAN.
Bila dah ready nak makan, tunjuk jam dinding dan cakap pada anak—
“Kita boleh makan sampai jarum panjang tunjuk nombor 6 sahaja, okay? So we have to eat quickly, lepas nombor 6, no more food.”
Itu contoh.
Mula2-mula mungkin anak tak faham konsep masa dan tak tahu berapa cepat jarum jam tu bergerak, but it’s ok. Konsisten hadkan masa dan lama2 they’ll get it. Strategi ni sangat helpful especially bila kita tengah rushing pagi2 nak pergi kerja atau nak kejar masa.
4. PASTIKAN ANAK DUDUK DENGAN BETUL
I hear this a lot from Occupational Therapist. Pastikan anak SELESA di meja makan. Pastikan kerusi tu tak terlalu besar atau terlalu rendah, dan pastikan anak tak terlalu jauh dari meja makan.
Boleh bayangkan tak makan dalam keadaan permukaan meja satu level dengan muka?
Jadi pastikan bontot anak tekap di kerusi, siku di atas permukaan meja, dan kaki tidak tergantung. Letak la apa-apa kat bawah kaki dia. Atau gunakan booster seat yang boleh ikat di kerusi biasa. Ada banyak booster seat yang portable sekarang. Sila cari.
5. SENSORY ACTIVITY SEBELUM MAKAN
This is what we experience di pusat intervensi masa proses pemulihan Haikal dulu. Sensory activities sangat sangat sangat membantu untuk bagi anak tenang dan fokus dalam aktiviti seterusnya– iaitu MAKAN.
Ada banyak sensory activity yang sesuai mengikut umur. Yang paling mudah: melompat, merangkak, menari, anything involves body movements.
6. SENSORY TOOLS DURING EATING
Bila anak tak duduk diam jugak waktu makan, gunakan senjata seterusnya – SENSORY TOOLS. Try google “Sensory Tools” atau “Sensory Toys”, ada banyak pilihan. Try cari yang ada vibration. Vibration adalah one powerful treatment untuk beri anak duduk diam, alert dan focus.
Apa-apa pun, sensory tools ni sebenarnya selalu digunakan untuk anak autistic/ADHD/ADD/Hyperactive, tapi untuk anak biasa pun, SANGAT MEMBANTU.
7. NO SCREEN TIME DURING MEALTIME. BIG NO!
Ini yang paling berbuih mulut bila bercakap dengan ibu bapa. Saya sangat sangat sangat faham kenapa anda terpaksa bagi anak phone, TV, tablet masa makan.
And yes, betul, ia memudahkan. Tapi, tahukah anda itulah pencetus kepada masalah yang lebih besar kelak?
Satu, because you’re actually teaching a bad eating habit pada anak. Dua, kau kejam because you’re actually hypnotising your child!
Anak makan banyak bila menghadap screen, bukan sebab dia berselera, but because they’re hypnotised!
Brain is conquered by the screen. Anak dah tak sedar dengan apa yang dia buat (makan), anak dah tak rasa kesedapan makanan tu, dan otak dia tak mampu trigger rasa kenyang, sebab dia sebenarnya dah “HILANG DALAM SCREEN”.
And this will cause much bigger problems, contohnya masalah penghadaman, overeating, obesity, dannnnn KETAGIHAN SKRIN!
Once anak dah mula minta screen setiap kali masa makan, it won’t be easy to say no, anddd it will trigger severe tantrums.
Maka tanyalah diri, inikah yang aku mahu? Jadi tolonglah, kalau betul sayang anak, jauhkan phone atau TV masa makan. Banyakkan berinteraksi dengan dia.
**Nak menang hadiah menarik dari SSPN, boleh hantar penyertaan Cabaran RM10 mengikut kreativiti anak. Nak tahu lanjut boleh klik sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di Malaysia ni, ramai yang suka kenderaan ada sunroof. Kalau beli kereta, ramai cari yang ada sunroof, jika tiada sunroof, mereka retrofit sunroof. Ia dianggap satu kemewahan dan sesuatu yang boleh dimegahkan.
Tiada masalah dengan memiliki kenderaan sunroof, kecuali apabila membenarkan anak-anak berdiri dan keluar separuh badan melalui sunroof. Lumrahlah anak-anak nak buat begitu, namun tegah perbuatan yang berbahaya ini.
Sepanjang saya bertugas sebagai doktor ada beberapa kes yang saya pernah lihat di hospital/klinik, yang berpunca daripada salah guna sunroof ini.
TEGAH ANAK BERDIRI KELUAR SUNROOF
◼️KES 1
Seorang budak lelaki 5 tahun separa lumpuh kerana sewaktu kepalanya berada di luar, sehelai beg plastik yang berterbangan di jalan raya, melayang ke mukanya lalu menyebabkan kepalanya tertolak dengan ke belakang.
Daya kilas dan hentakan leher budak itu pada salah satu sisi bukaan sunroof menyebabkan tulang leher patah dan merosakkan saraf tunjangnya. Sehelai beg plastik sahaja tahu. Bayangkan jika benda lain yang lebih berat.
◼️KES 2
Seorang budak perempuan 8 tahun, pecah hati dan kura(sleen) apabila bapanya melakukan brek kecemasan untuk mengelak lori yang menukar lorong dengan melulu. Inertia menyebabkan budak yang sedang berdiri separa di luar bumbung tertolak ke hadapan.
Abdomennya terhentak di sisi hadapan bukaan sunroof dengan kuat sehingga menyebabkan organ dalamannya pecah. Pembedahan untuk membuang sebahagian hatinya terpaksa dibuat untuk berhentikan pendarahan.
◼️KES 3
Seorang kanak-kanak 4 tahun, bengkak batang hidung dan kening kerana mukanya tersangkut di pemanis di bumbung garaj ketika ayahnya parkir kereta. Kereta perlahan sahaja, tapi kecederaan itu agak serius.
Walaupun di kawasan kampung atau rumah sekalipun, jangan benarkan mereka keluar dari sunroof, kerana malang tak berbau. Kadang-kadang ia berlaku dalam keadaan yang kita tak jangka. BAHAYA TAK?
Latih anak-anak menjaga keselamatan diri mereka semasa menaiki kenderaan. Pastikan mereka duduk di tempat duduk atau child car seat, dan memakai tali pinggang keledar. Terangkan pada mereka mengapa perlu duduk dengan betul dalam kenderaan.
Oh ya! Sebelum memulakan perjalanan, bacalah doa menaiki kenderaan. Apabila sudah sampai ke destinasi, jangan lupa periksa semua tempat duduk, bimbang tertinggal anak di dalam kereta. (sudah banyak kes terlupa, kan?)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada pasangan yang dah berkahwin beberapa tahun hingga kini masih belum ada rezeki untuk timang cahaya mata. Begitu juga bagi suami isteri yang dah ada anak pertama tapi berhasrat untuk dapat anak kedua tetapi sekarang tetap menanti lagi.
Mungkin bagi anda yang masih ternanti-nanti kehadiran zuriat, Ustaz Mujahidin Al-Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin berkongsi mengenai doa yang patut boleh suami isteri amalkan bersama. Jika ada ibu bapa atau mentua minta mereka doakan sekali. Insya-Allah dengan izinnya dipermudahkan.
Masih banyak bertanya saya ustaz selain rawatan dengan ustaz, buat kelapa bakar apa lagi cara petua nak ikhtiar hamil??
Saya dah buat rawatan kesuburan, IUI, IVF pun pernah buat tapi belum ada rezeki zuriat lagi ustaz..Apa cara lagi yang ustaz boleh kongsikan untuk ikhtiar hamil?
Di sini saya nak kongsikan lagi pada yang nak ikhtiar zuriat. Saya ajarkan lagi salah satu ikhtiar doa untuk hamil.
Jika anda ada masih ada ibu minta tolong ibu anda doakan dan buatkan kerana doa seorang ibu kepada anak adalah doa #waliKeramat pada anak. Jika tiada ibu minta ayah buatkan. Jika tiada ibu ayah minta ibu ayah mertua buatkan. Jika ada kawan yang sedang hamil bagus minta mereka buatkan.
Doa ibu hamil ini adalah salah satu doa yang makbul juga. Jika ada anak yatim minta anak yatim buatkan. Akhir sekali minta suami buatkan dan kita sendiri yang buat. Caranya mudah sahaja.
Ambil air suam segelas lalu baca… Al Fatihah 1x Al ikhlas. 3x Ali- Imran Ayat 38 satu kali.. Al-Anbiya Ayat 89 satu kali Selawat 3x…
Kemudian tiupkan pada air suam tersebut. Sebelum minum minta doa lagi…
(Jika minta Doa Ibu ,minta Ibu doakan Cara Doa Ibu sendiri). Jika kita sendiri buat ikut doa di bawah 👇👇👇
Ya Allah …
Aku Ingin Hamil…
Engkau Permudahkan lah Rezeki Dan Urusanku..
Ya Allah Aku Ingin Hamil…
BerkatilahLangkahku..
Ya Allah Aku Ingin Hamil …
Kau Kurniakan lah Aku Zuriat Agar Aku Dapat Menikmati Bagaimana Menjadi Seorang Ibu…
Semoga Saat Itu Pasti Akan Tiba…
Aamiin Yaa Rabbal Allamiin..
Lepas tu minum, buat la setiap hari. Bagus juga amalkan ketika waktu subur untuk isteri. Suami pun minum sama.
Cuba la kita ikhtiar. Mana tahu Allah dengar doa kita semua. Amalkan juga doa ini ketika setiap kali lepas solat. Tapi jangan lupa pesan saya kat atas cuba minta ibu anda buatkan. Minta dia doakan sendiri. Itu adalah doa wali keramat untuk anda. Allahuakbar…
Moga cara ini dapat memberi #Hadiah yang anda inginkan ketika ini …
Ya Allah…
Permudahkan lah…
Ya Allah…
Berikanlah mereka Cahaya mata..
Ya Allah ..
Berikanlah Mereka merasa menjadi SeorangIbu Dan Ayah..
Ya Allah…
Makbulkan lah segala permintaan Mereka..
Aamiin Ya Rabbal Allamiin….
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...