Lagi beberapa minggu, sesi persekolahan penggal baharu bakal dibuka dan pelajar akan memulakan sesi pembelajaran mereka di sekolah. Bagaimanapun, kebimbangan ibu bapa sebelum ini mengenai isu beg berat ke sekolah telah pun mendapat perhatian pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Terbaru dalam perkongsian di Twitter Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, akhirnya beliau memberi satu berita gembira, isu beg berat ke sekolah oleh anak-anak bakal berakhir dengan beberapa pelaksanaan akan dilakukan.
[TERKINI]
Selepas hampir 40 tahun isu beg berat murid ke sekolah:
1. Kepada sekolah 2 sesi; KPM akan menyediakan lokar untuk murid di Sekolah bermula tahun ini.
2. Penyusunan semula jadual waktu sekolah murid yg mengandungi 3 hingga 4 matapelajaran sehari.
Selepas hampir 40 tahun isu beg berat murid ke sekolah:
1. Kepada sekolah 2 sesi; KPM akan menyediakan lokar untuk murid di Sekolah bermula tahun ini.
2. Penyusunan semula jadual waktu sekolah murid yang mengandungi 3 hingga 4 mata pelajaran sehari.
Dalam masa sama, inisiatif ini juga dipercayai lebih memudahkan mereka untuk menjalani sesi pembelajaran di sekolah kelak. Justeru, berikut di bawah ialah tujuh inisiatif KPM bagi isu beg sekolah berat.
7 inisiatif KPM sebagai solusi bagi isu beg berat:
1. Penyediaan Lokar
KPM akan menyediakan lokar di sekolah rendah secara berfasa. Fasa I akan melibatkan penyediaan lokar untuk murid Tahap I, iaitu Tahun I, Tahun 2 dan Tahun 3 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi. Pelaksanaan ini akan melibatkan 10,662 kelas dengan 323,186 orang murid. Jumlah anggaran peruntukan tahun 2022 untuk Fasa 1 adalah sebanyak RM37.3 juta.
Bagi Fasa 2 pula, penyediaan lokar akan diperluaskan kepada murid Tahap 2, iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi. Pelaksanaan dijangka pada tahun 2023.
Ads
Bagi sekolah satu sesi pula, murid akan menyimpan buku di dalam laci meja di bilik darjah masing-masing.
2. Penyusunan Semula Jadual Waktu
Melaksanakan jadual waktu yang mengandungi tiga hingga empat mata pelajaran sehari, mengikut kaedah dan pelaksanaan yang sesuai terutama aspek pemberatan subjek, ketersediaan guru dan sesi persekolahan.
Di samping itu, sekolah akan diberi kelonggaran untuk menyediakan jadual waktu mengikut kitaran minggu sebagaimana yang sedang dilaksanakan oleh sebilangan sekolah bawah KPM.
3. Buku Latihan
Bilangan buku latihan hendaklah tidak melebihi dua buah buku bagi setiap mata pelajaran pada satu satu masa. Setiap buku latihan hendaklah tidak melebihi 80 muka surat.
4. Buku Aktiviti dan Buku Kerja
Ads
Murid hanya dibenarkan untuk menggunakan buku aktiviti yang disediakan oleh KPM manakala buku kerja hanya boleh digunakan sebagai bahan rujukan atau bahan ulang kaji di luar waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP).
5. Buku Teks Digital
Penerbitan baharu buku teks dalam format digital secara berterusan. Sehingga kini, sebanyak 692 judul buku teks digital telah dimuat naik dalam pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Murid yang mempunyai peranti boleh mengakses buku teks digital melalui pelantar DELIMa.
6. Pendekatan PdP
Guru digalakkan menggunakan pendekatan PdP berpusatkan murid iaitu pembelajaran bertema, modular, pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali (virtual lab) atau pembelajaran terbeza.
Ads
7. Kerjasama Dengan JAKIM
Kerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) juga diadakan dari aspek penyelarasan uniform agar murid diberi kelonggaran untuk memakai uniform sekolah masing-masing semasa sesi persekolahan KAFA.
Diharapkan dengan inisiatif ini, ibu bapa boleh menarik nafas lega dan murid tidak perlu dibebankan lagi dengan isu beg sekolah berat.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita ingat anak kita takut. Namun ketakutan itulah yang membuatkan anak jadi ketagih. Watak-watak kartun seram dan ganas ini sebaiknya dielakkan dari anak tonton.
Menurut perkongsian OT, Siti Aisyah Rozalli, watak-watak sebegini akan mempengaruhi minda anak hingga mereka besar kelak. Sebab apa? Ini yang dikongsikan oleh beliau.
KENAPA KANAK-KANAK SUKA TENGOK WATAK SERAM & GANAS?
Ramai parents tanya saya, “Macam mana anak-anak saya boleh suka tengok cerita-cerita seram dan ganas kat YouTube tu?”
Dia ada beberapa sebab:
1. Anak-anak suka test boundary. Apa yang mereka rasa “macam tak elok”, yang tu yang mereka akan cuba untuk tonton. Kenapa? Sebab mereka nak tahu adakah kita konsisten dengan “tak elok” yang kita kata tu.
Tonton orang kena bunuh. Tonton orang kena tikam. Tonton orang kena kejar.
Semua itu BOUNDARY JELAS. Yang kita allow anak kita untuk pecahkan dengan benarkan mereka menontonnya. Hari-hari.
2. Menonton sesuatu yang seram & ganas cipta “adrenaline rush”. Jantung berdegup laju, dada berdebar. Ada anak-anak yang suka dengan “rush” tersebut. Jadi, mereka akan tonton banyak kali sebab nak rasa “rush” tadi.
3. Terpengaruh dengan rakan-rakan. Pergi sekolah, pergi taman, kawan-kawan semua sebut nama Huggy Wuggy. Anak kita ada FOMO (Fear of Missing Out). Jadi, mereka juga mahu main dan tonton apa yang kawan tonton.
4. Mereka tak sedar mereka dalam ketakutan. Anak-anak ni, mereka belum boleh beza apa yang baik & buruk. Jadi, bila mereka tonton cerita seram & ganas, imej tersebut tersimpan dalam minda mereka. Imej ganas dan seram itu akan mengganggu mimpi mereka dan menjadi fokus imaginasi mereka.
Maka, anda akan lihat anak suka dan berulang kali melukis imej-imej seram tersebut. Ianya adalah cara mereka “cope” dengan ketakutan.
Kita nampak anak macam suka. Tapi, minda mereka sebenarnya sedang berperang dengan ketakutan.
5. Ianya telah menjadi ketagihan. Kita terlepas pandang untuk kawal apa yang anak kita tonton. Tapi, YouTube terus hidangkan dan sogok minda anak kita dengan video-video repetitive dan “hooking”.
Anak kita tu, kalau boleh tak nak tengok. Tapi, sebab adrenaline rush yang mereka terima setiap kali menontonnya, dan rasa “familiar” dengan watak yang ditonton hari-hari tu, menyebabkan anak kita sebenarnya bukan suka, tapi ketagihan.
Kasihan pada anak kan? Berperang dengan minda sendiri. Tapi, kita ingat mereka suka. Betul.
A bit of fear. A bit of adrenaline rush is good.
Tapi, ada banyak cara lagi untuk anak belajar cope dengan fear selain biar anak tonton watak-watak yang mencemar otak suci mereka.
Be vigilant. Alert dengan apa yang anak tonton. Jangan cederakan minda dan pemikiran anak-anak kita dengan rasa kita ni parents yang “cool” dan “relax”.
Nanti, bila besar, anak kita jadi orang yang kurang empati, kurang sense of danger, cepat stress, high anxiety, tak tahu nak jaga dan selamatkan keluarga sendiri. Baru kita tertanya. What did I do wrong…
Cegah sebelum terlambat ya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada ibu bapa yang mampu membayangkan anak mereka terkandas di asrama tanpa dapat menghubungi keluarga. Itulah pendedahan mengejutkan di Mahkamah Koroner apabila saksi inkues kematian Zara Qairina, seorang pengawal keselamatan sekolah, mendedahkan bahawa telefon awam di dua blok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar ditutup selama dua hari selepas insiden membabitkan arwah.
Linah Mansoding @ Jaliha, 65, yang juga saksi keenam, mendedahkan perkara itu kepada Koroner Amir Shah Amir Hassan ketika menjawab soalan peguam keluarga Zara Qairina, Shahlan Jufri.
Menurut Linah, suis telefon tersebut ditutup atas arahan ketua warden.
Perbualan Dalam Mahkamah
gambar sekadar hiasan
Shahlan: Puan, boleh saya tahu bagaimana pelajar-pelajar di sana menghubungi ibu bapa mereka?
Linah: Mereka guna telefon awam… ada juga yang pinjam telefon saya.
Shahlan: Mereka guna duit syiling?
Linah: Tidak… mereka guna kad. Kalau baki dalam kad tiada, mereka terpaksa guna telefon bimbit pengawal (saya dan seorang lagi).
Shahlan: Dalam tempoh dua hari selepas 16 Julai, adakah pelajar-pelajar sekolah itu dapat menghubungi ibu bapa mereka?
Linah: Telefon awam ditutup selama dua hari, dua malam… sebab takut budak-budak telefon ibu bapa.
Shahlan: Macam mana telefon awam boleh ditutup?
Linah: Suis ditutup.
Shahlan: Siapa yang tutup?
Linah: Ketua warden suruh tutup.
Kejadian Awal
Linah terdahulu memaklumkan bahawa beliau telah menemui Zara Qairina dalam keadaan terlentang di longkang, tidak sedarkan diri dengan kesan darah pada tengkuk kira-kira jam 3 pagi, 16 Julai lalu.
Prosiding hari ini diakhiri dengan kenyataan Koroner Amir Shah Amir Hassan bahawa beliau bersama pasukan pendakwa raya, peguam serta pakar patologi Dr Jessie Hiu akan melawat lokasi kejadian di sekolah tersebut pada jam 9.30 pagi esok. Bagaimanapun, pengamal media tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah ketika lawatan itu. Prosiding akan bersambung semula selepas lawatan berkenaan.
Latar Belakang Kes
Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai, sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar sekitar jam 4 pagi.
Pada 8 Ogos lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan arahan untuk menggali semula kubur Allahyarham bagi membolehkan bedah siasat dijalankan. Selepas meneliti laporan polis, AGC kemudian mengarahkan inkues dijalankan pada 13 Ogos.
Kes ini sekali lagi mengingatkan kita sebagai ibu bapa tentang pentingnya hak komunikasi anak-anak yang tinggal jauh daripada keluarga. Satu perkara kecil seperti akses telefon boleh jadi penyelamat atau sebaliknya menambah derita.
Sumber: Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati ibu mana yang tidak sayu dan bersedih hati bila anak sakit. Pelakon Anzalna Nasir yang sentiasa menghulurkan bantuan buat anak-anak yatim dan golongan memerlukan kali ini tampil melancarkan misi mengumpul dana bagi membantu seorang anak kecil yang menghidap tumor.
Kanak-kanak malang itu, Mas Muhammad Luth atau Luth yang kini berusia empat tahun disahkan menghidap high grade glioma tahap empat iaitu sejenis tumor yang hinggap di kepala.
Menerusi Instagramnya, Anzalna berkongsi cerita dan mengharapkan keprihatinan rakyat Malaysia untuk membantu adik Luth yang merupakan anak kepada rakan baiknya.
“Luth seperti anak Anzalna sendiri. Dia seorang anak yang baik, pintar, active, penyayang dan sangat manja. Setiap kali bercerita pasal anak mesti kami tergelak sebab perangai dan minat mereka yang sama!
“”Dilahirkan sihat tetapi awal tahun ini dia disahkan menghidap penyakit High Grade Glioma Grade 4. Kes yang paling jarang berlaku di dunia terhadap kanak kanak.
“Doktor juga mengatakan hanya 10% jangka hayat kanak kanak yang menghidap penyakit ini dan kemungkinan Luth mempunyai kurang dari 1 tahun untuk hidup sekiranya tidak dirawat secepat yang mungkin,” ujarnya berkongsi.
Kongsi Anzalna lagi, anak kecil itu yang dulunya ceria dan sihat sudah pun menjalani pembedahan dan rawatan susulan termasuklah radioterapi dan kimoterapi namun ujian MRI baru-baru menunjukkan keputusan yang kurang memberangsangkan.
“Ibunya sendiri sudah mengeluarkan segala simpanan yang ada bagi mengumpulkan dana namun masih belum mencukupi. Jadi saya minta jasa baik semua untuk sama-sama membantu meringankan beban mereka.
“Hati ibu mana tak hancur bila dapat tahu anak sakit. Anak syurga ini ramai sangat yang sayang dan Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan.
“Terima kasih kepada semua yang menderma hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikkan. Dana yang dikumpul masih tidak mencukupi untuk merawat Luth.
“Marilah kita tolong meringankan beban yang ditanggung. Buat masa sekarang, Luth ditidurkan dan berada dalam ICU. Minta semua tolong doakan untuk Luth,” kongsi Anzalna lagi yang mengharapkan doa buat anak kecil ini untuk terus kuat berjuang.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.