Beberapa hari lalu, suami Abby Abadi, Faizal Zakaria memaklumkan bayi mereka berada dalam keadaan kritikal akibat berlaku pendarahan dalam paru-parunya. Bagaimanapun, seperti ada keajaiban Allah, bayi pramatang tersebut kini kembali stabil.
Menerusi Instagram, Faizal memberitahu pendarahan pada paru-paru anaknya juga sudah tiada dan ada peningkatan positif. Malah, menerusi Insta Story, Abby memberitahu kesihatannya kini juga bertambah baik.
Pasangan ini turut mengumumkan nama anak mereka yang sebelum ini digelar baby D iaitu Muhammad Danial Firman Faizal.
Dalam pada itu, mereka turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan Danial dan dipermudahkan segala urusan mereka.
Ads
Sehingga kini, bayi pasangan terbabit masih lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan.
Dah pandai minum susu
Ads
Sementara itu, Abby juga turut berkongsi hari ke-8 kelahiran baby Danial, nampaknya Alah bagi kekuatan untuk bayinya terus sihat.
“Alhamdullillah Baby Danial dah 8 hari hari ni, sihat & tenang2 sahaja. Dah pandai minum susu Mama byk sikit dari sebelum ni, lawas sishi, lawas berry semua.. Syukur ya ALLAH”
Ads
Difahamkan juga tekanan darah Abby Abadi yang sebelum ini tinggi sehingga doktor mengambil keputusan untuk melakukan emergency ceaser dah turun dan kembali terkawal. Kini Abby mula menjalani proses berpantang di rumah.
Semoga Baby D cepat sihat dan diharap Abby serta suami terus kuat untuk anak mereka.
Sumber: IG Abby Abadi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suasana pilu dan sedih masih lagi menyelubungi seluruh ahli keluarga Syed Umar Mokhtar Syed Mohd atau Abam yang meninggal dunia pada Isnin yang lalu terutama bagi adiknya Ali Puteh.
Tapi kuasa Allah itu memang cukup hebat, selang beberapa hari Sang Pencipta menjemput abangnya, Ali dikurniakan rezeki yang tidak pernah dijangka. Isterinya, Melati Fitri Abdullah disahkan hamil enam minggu.
Tentunya berita tersebut sedikit sebanyak mengubat kedukaan setelah kehilangan abang tersayang dan juga sebelum ini dia yang pernah kehilangan anak keduanya, Ainul.
Pemergian Allahyarham Abam yang dirasakan oleh setiap ahli keluarga bakal digantikan dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata buat Ali.
“Syukur padaMu ya Allah… sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang.
“Hanya itu yang mampu saya ungkapkan buat masa ini. Di kala saya sedang berduka, Dia berikan kegembiraan buat kami sekeluarga.
“Betapa hebatnya aturan Allah, Dia gantikan arwah Ainul dalam masa yang tidak terduga ini.
“Cuma, kalau arwah Abam ada dia pasti sangat gembira dan teruja,” katanya penuh sebak seperti dilaporkan portal hiburan Gempak.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd meninggal dunia dalam tidur pada usia 32 tahun.
Sebaik mendapat tahu isterinya hamil lagi, Ali memaklumkan akan membawa isteri ke klinik dan menjalani pemeriksaan ibu hamil yang biasa dilakukan sebelum ini.
Memandangkan sejarah kehamilah dan kelahiran anaknya yang pernah berdepan penyakit jantung berlubang, maka kandungan kali ini akan diberikan perhatian sebaiknya.
“Apa pun terima kasih kepada anda semua yang telah banyak mendoakan kami sekeluarga. Hanya Allah SWT yang dapat membalasnya. ”
Sebelum ini, anak kedua Ali dijemput Ilahi kerana masalah jantung berlubang dan injap jantung terbalik. Selepas 17 hari dirawat di hospital, anaknya itu menghembuskan nafas terakhir ketika usianya baru tiga bulan.
Pemergian Abam mengejutkan seluruh industri hiburan tanah air serta peminat-peminatnya kerana Allahyarham sangat terkenal sebagai seorang personaliti yang memiliki keperibadian yang menawan.
Ribuan orang memberikan penghormatan terakhir ketika Allahyarham Abam dikebumikan dan kenalan-kenalan rapatnya banyak berkongsi kerja-kerja kebajikan yang dilakukan pelawak itu ketika hayatnya.
Daya tahan tubuh bayi masih lemah dan memerlukan penjagaan rapi untuk mengelakkan terkena jangkitan dan jatuh sakit.
Sebagai ibu bapa, setelah menatang mereka bak minyak yang penuh, apabila anak tiba-tiba jatuh sakit adalah mimpi ngeri buat mama papa. Tambahan pula, adalah berbahaya untuk bayi yang baru lahir untuk jatuh sakit kerana impaknya boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan dan komplikasi yang kuat.
Bayi baru sahaja menghabiskan 9 bulan di dalam rahim yang merupakan tempat yang bersih. Sistem imun mereka baru dan tubuh si kecil baru sahaja memulakan perjalanannya dalam belajar bagaimana melindungi diri dari jangkitan kuman. Mereka perlukan masa untuk membina antibodi sendiri dan membiasakan diri.
Masalahnya adalah sangat mudah untuk bayi yang baru lahir menjadi sakit, jadi kita mesti lebih rajin dalam cara kita melindungi mereka. Mama papa perlu tahu dan hindari 5 cara bayi baru lahir boleh jatuh sakit.
#1 Suhu sekeliling
Bayi mudah terkesan dengan suhu sekeliling yang mungkin terlalu sejuk dan panas. Sentiasa memeriksa suhu sekeliling sekiranya terlalu sejuk atau panas. Elakkan pakaian yang tebal untuk bayi atau bedung semasa suhu sekeliling tinggi. Ketika suasana sekeliling sejuk pula, pakaikan bayi dengan baju berlengan panjang, seluar panjang dan stoking. Selimuti jika perlu.
#2 Sentuhan dengan orang yang berpenyakit
Mereka mungkin orang yang berpenyakit dan boleh menyebabkan jangkitan pelbagai virus dan bakteria. Beritahu mereka sekiranya sakit untuk tidak melawat bayi. Sediakan topeng muka dan cecair sanitizer kepada pelawat. Seboleh-bolehnya bertegaslah dengan pelawat atau orang asing yang ditemui agar tidak mencium bayi anda.
#3 Tempat awam
Tempat awam seperti pusat membeli belah atau pasar raya di mana udara berkuap boleh menyebabkan kemungkinan bayi mendapat jangkitan penyakit. Jadi seboleh-bolehnya mama papa jangan bawa mereka ke tempat-tempat ini bagi mengurangkan risiko terjadinya jangkitan.
#4 Tahap kebersihan
Tahap kebersihan persekitaran memainkan peranan penting. Pastikan sekeliling anda bersih. Tiada etika apabila batuk dan bersin juga meningkatkan risiko bayi mudah jatuh sakit. Oleh itu, anda dan ahli keluarga juga penjaga bayi perlu mempraktikkan untuk menutup mulut dan hidung semasa bersin dan batuk. Cuci tangan setiap kali menyentuh sesuatu yang kotor seperti setelah menukar lampin bayi, selepas keluar dari tandas dan batuk/ bersin.
Bayi juga boleh dijangkiti kuman sekiranya anda tidak mengamalkan langkah membasuh tangan dengan betul dan memegang bayi dengan tangan yang kotor. Perlu diketahui yang kekotoran yang nampak secara fizikal tidak dapat dihilangkan dengan hand sanitizer sahaja, mesti basuh dengan air dan sabun!
#5 Tidak memvaksinkan bayi
Tindakan mengabaikan vaksin bayi boleh mendedahkan pelbagai penyakit berbahaya seperti difteria dan penyakit tangan, kaki dan mulut (HMFD). Walau pun divaksin, bayi anda masih boleh dijangkiti sekiranya tiada daya imuniti yang kuat.
Menyedari kemungkinan jangkitan yang mudah terjadi kepada bayi, mama papa perlu sentiasa bersedia dengan ilmu pengetahuan dan skil pengurusan anak sakit. Selain itu, ambil polisi insurans untuk bayi bagi mempersiapkan diri anda dan bayi untuk menghadapi kemungkinan jatuh sakit.
Prudential menyediakan pelbagai polisi yang mesra bayi dan mesra bajet seperti PRUMy Child Plus. Lebih awal diambil, lebih baik, sebagai satu persediaan wajib menempuh dunia keibubapaan yang mencabar.
#1. PERLINDUNGAN AWAL SEJAK DALAM KANDUNGAN
Ia memberikan perlindungan kepada si kecil seawal usia 14 minggu dalam kandungan.
#2. PERLINDUNGAN KEPADA BAYI JAUNDIS
Terdapat juga perlindungan pranatal dan bayi baru lahir yang tentu memberikan faedah semasa bayi terkena jaundis (neonatal jaundice) dan masalah kongenital sehingga si kecil 5 tahun. Bagi bayi yang didiagnosis dengan jaundis yang memerlukan rawatan fototerapi, bayaran penuh RM500 hingga RM1000 akan diberikan (bergantung jenis-jenis pelan perlindungan yang diambil).
#3. SATU-SATUNYA INSURANS UNTUK BAYI IVF
Ini adalah satu-satunya polisi insurans yang memberikan perlindungan kepada kandungan hasil daripada in-vitro fertilization (IVF)! Precious baby mestilah mendapat keistimewaan ini.
#4. PROSES MUDAH UNTUK POLISI SETERUSNYA-EASE
Selain itu, Prudential memberikan laluan khas untuk ibu bapa yang sudah membeli polisi perlindungan PRUMy Child Plus kepada anak mereka. Easy and simple enrolment (EASE) memudahkan anda mendapatkan polisi untuk anak seterusnya tanpa perlu melalui proses pengunderaitan penuh.
Prudential kini mengadakan promosi 2019 sehingga 31 Mac 2019. Dengan setiap pembelian PMC+ dengan Essential Child Plus, Mama Papa boleh mendapatkan perlindungan tambahan PERCUMA sebanyak 50% atas perlindungan penyakit kritikal selama 3 tahun. Ini adalah promosi yang tidak boleh dilepaskan dan amat berbaloi!
Kenapa rasa mual semasa mengandung? Apa agaknya pelbagai alahan lain seperti muntah dan pening-pening kepala ini berlalu.
Punca sebenarnya mual atau morning sickness masih belum dapat ditentukan. Namun, perubahan hormon mungkin memainkan peranan penting.
Tahap estrogen
Peningkatan tahap hormon estrogen di dalam badan boleh menyumbang kepada mual pagi. Namun masih belum ada kajian untuk mengesahkannya.
Tahap progesteron
Bagi wanita hamil, tahap hormon progesteron juga meningkat. Ini melegakan otot rahim dan mencegah kelahiran awal.
Pun begitu, ia boleh mengendurkan perut dan usus, mengakibatkan asid perut berlebihan dan penyakit refluks gastroesophageal atau asid refluks.
Punca Alahan Mengandung Teruk
Human chorionic gonadotropin
Tahap hormon human chorionic gonadotropin (hCG) juga meningkat dan boleh menyebabkan muntah. Ia disebabkan perkembangan embrio yang menghasilkan hormon ini sebaik sahaja persenyawaan berlaku.
Tahap hCG akan memuncak sekitar minggu ke 9-12 kehamilan, secara tidak langsung akan menyumbang kepada peningkatan loya dan muntah.
Rehat cukup
Keletihan merupakan perkara biasa semasa berbadan dua dan ia boleh memburukkan lagi rasa mual.
Walaupun punca keletihan dan loya ketika hamil masih tidak dapat ditentukan, namun ibu disarankan untuk berehat dan mendapat tidur mencukupi.
Ambil cecair
ibu amat dinasihatkan untuk kerap meminum air dalam kuantiti kecil. Ini boleh membantu mengurangkan loya dan muntah.
Anda boleh menggantikan dengan kiub ais berperisa buah seperti tembikai jika mengalami kesukaran untuk minum air kosong.
Pemakanan
Mengambil makanan dalam kuantiti kecil tetapi kerap juga merupakan salah satu cara hilangkan alahan mengandung yang berkesan. Anda juga boleh memasukkan halia dalam soda atau teh, biskut atau lozeng berperisa halia untuk mengurangkan loya.
Snek kurangkan simptom alahan
Pada waktu pagi, makan beberapa kraker atau roti bakar kering. Kerap mengunyah melalui pengambilan snek berbanding hanya mengambil tiga hidangan utama yang besar boleh mengatasi rasa mual dan mencegah perut kosong.
Berkumur
Asid daripada perut boleh merosakkan enamel pada gigi. Jika boleh bilas mulut dengan secawan air dicampur dengan sesudu teh baking soda, yang berfungsi melindungi gigi anda.
Elakkan pencetus
Sesetengah bau, rasa atau kedua-duanya boleh mencetuskan mual pagi. Mengenal pasti dan mengelakkan pencetus boleh membantu anda mengurangkan kekerapan dan keterukan loya dan muntah.
Ubat alternatif
Pelbagai ubat hilangkan mual mengandung boleh membantu mengatasi morning sickness seperti:
Akutekanan – Terdapat gelang acupressure boleh didapati tanpa preskripsi di kebanyakan farmasi. Bagi sesetengah individu penggunaan gelang ini dapat membantu mengatasi loya
Aromaterapi – Walaupun hanya sedikit penyelidikan dilakukan, namun terdapat aroma tertentu menggunakan minyak pati boleh membantu sesetengah individu mengatasi mual pagi
Vitamin B6 – Pengambilan vitamin tambahan ini selain vitamin pranatal dikatakan dapat mengurangkan gejala mual pagi bagi sesetengah ibu hamil.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.