Malang tak berbau! Itu yang berlaku pada seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun apabila patah tulang selangka selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Wakaf Aik, Bachok, Kelantan.
Dalam kejadian jam 3.30 petang (9 Ogos), mangsa, Mohammad Naufal Zafran Abdul Fattah yang turut cedera pada badan kini menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohd Ismail Jamaluddin, berkata ketika kejadian sebuah kereta Proton Exora yang dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari Besut menghala ke Pengkalan Chepa.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, seorang kanak-kanak lelaki melintas secara tiba-tiba pada jarak dekat menyebabkan mangsa dilanggar.
Ads
“Pada masa sama, pemandu Proton Exora yang cuba mengelak itu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah Perodua Myvi.
“Disebabkan pelanggaran itu, mangsa cedera pada badan dan patah tulang selangka sebelum dikejarkan ke HUSM untuk rawatan,” katanya menerusi satu kenyataan.
Ads
Beliau berkata, siasatan mendapati, ketika kejadian, mangsa dipimpin tangan oleh bapanya di bahu jalan sebelum kanak-kanak itu merentap tangannya dan berlari melintas jalan.
“Kedua-dua pemandu kereta tidak cedera dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Kanak-kanak yang masih kecil dan naif sebenarnya boleh menjadi mangsa. 5 proses grooming ini ibu ayah jangan pandang remeh. Kisah benar yang dikongsikan doktor ini wajar dijadikan pengajaran & peringatan.
Dr Farhanah Ibrahim telah berkongsi pengalamannya mengendalikan kes yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 3 tahun 3 bulan yang telah melalui trauma kerana perbuatan tidak seononoh rakan lelaki yang lebih tua di tadika.
Apakah itu proses grooming? Grooming ialah proses merangsang kanak-kanak yang akhirnya membawa kepada terjebak kepada perlakuan berkaitan jenayah seksual.
Dr Farhanah telah berkongsi 5 cara yang kanak-kanak telah melalui proses grooming tanpa ibu ayah sedari. Antaranya ialah paparan video perbuatan yang kurang manis menggunakan watak-watak kartun di Youtube.
Drama yang ke udara di televisyen juga perlu dipantau ibu ayah. Kadang kala ada juga adegan-adegan cium, peluk & ranjang yang terlepas di kaca TV. Cara terbaik ialah tontonlah TV bersama anak.
Buku cerita yang dibaca anak juga perlu dipantau. Ibu ayah disaran agar memeriksa gambar-gambar & memeriksanya kerana bimbang ada storyline dan gambar berbaur negatif.
Ibu ayah juga perlu menjaga perilaku di depan anak-anak. Ini kerana apa yang dilakukan boleh menjadi proses grooming secara tidak langsung.
Anak kecil belum pandai membaca/ mempelajari sesuatu yang berkaitan perkara tidak manis, jadi ibu bapa perlu memainkan peranan penting melindungi mereka. Lebih baik memainak peranan menjadi rakan yang rapat dengan anak.
Kepada ibu bapa yang mempunyai anak lelaki, Dr Farhanah mencadangkan 3 perkara yang perlu diajarkan supaya tidak dilakukan kepada perempuan iaitu agar tidak melihat sembarangan, tidak menyentuh sesuka hati serta tidak berkasar dengan perempuan.
Dr Farhanah berharap perkongsiannya ini menjadi muhasabah bersama. Semoga ibu ayah berhati-hati dengan grooming yang berlaku pada zaman alaf baru. Ia adalah cabaran yang perlu ditempuhi semua ibu ayah.
Bila bawa ahli keluarga bercuti, keselamatan memang perlu dititikberatkan. Tambah lagi jika bawa ke kawasan hotel yang ada kolam renang atau berdekatan hutan. Ini kerana segala kemungkinan boleh berlaku.
Seperti perkongsian seorang ibu ini, Norazimah Bunihan, pengalaman di kejar monyet liar ketika berada di kawasan hotel benar-benar meninggalkan kesan trauma. Tambah pula, ia melibatkan kecederaan pada bayinya.
Disebabkan keadaan tergesa-gesa nak selamatkan diri, bayi dalam stroller mengalami kecederaa kerana terjatuh dan mukanya tersembam ketika menginap di salah sebuah hotel di Teluk Chempedak, Kuantan.
KAMI DISERANG MONYET LIAR !
8/11/2021- 5.52pm
Kami sekeluarga berjalan kaki ke kereta untuk ambil selipar dan ingin ke Teluk Cempedak yang terletak bersebelahan dengan resort kami. Tergerak hati nak rakam video ketika menuju ke kereta. Terdapat segerombolan monyet liar di pokok pokok dan ada juga yang memanjat kereta pengunjung disitu.
Setibanya kami yang berhampiran dengan kereta, suami saya berjalan perlahan-lahan menuju ke kereta memandangkan ada beberapa ekor monyet yang berada di atas kereta bersebelahan kereta kami. Ketika itu monyet tersebut tidak menunjukkan reaksi terancam. Belum sempat suami tiba di kereta, ada seekor monyet yang agak besar diantara monyet monyet lain terus mengejar dan ingin menerkam suami.
Keadaan ketika tu dah jadi panik dan suami terus berlari semula ke arah resort. Saya dan anak anak yang lain turut panik dan cuba untuk lari kan diri kerana monyet liar tu betul betul berada disebelah stroller bayi saya. Saya cuba untuk selamatkan diri dan anak anak dengan tolak stroller bayi secepat yang boleh. Tiba-tiba bayi saya terjatuh tersembam ke jalan kerana pusingan stroller yang terlalu pantas ekoran keadaan semakin panik. Bayi saya mengalami luka dan lebam dimuka. Anggota badan lain tidak cedera. Ketika kejadian tiada seorang pun pengawal yang berada berhampiran kami.
Memang banyak monyet liar, ancam keselamatan orang ramai
Kami terus duduk dilaluan pejalan kaki bersebelahan tempat parking kereta dibahagian dalam. Ada seorang pengawal parking bahagian dalam cuba keluar untuk bertanya apa yang berlaku. Ketika itu monyet tersebut sudah lari ke hutan berhadapan parking luar. Pengawal tersebut terus memanggil Security Manager beritahu apa yang terjadi. Pengawal tersebut maklumkan kepada kami sebelum ni memang banyak monyet liar disini dan sudah maklumkan pada perhilitan. Dia menyuruh kami untuk menghubungi perhilitan. Saya bertanya semula kepadanya, “kami ke yang perlu hubungi? Bukan pihak hotel?” Dia maklumkan parking diluar itu adalah diluar kawasan hotel, jadi bukan tanggungjawab mereka. Parking di bawah jagaan resort tersebut dah penuh dan kawasannya agak kecil. Ramai pengunjung memarking kenderaan mereka sebaris kereta kami. Tiada tempat lain, hanya itu dan juga parking dalam yang dah penuh.
Security Manager datang menghampiri kami dan bertanya apa yang terjadi? Kami ceritakan semua dan dia meminta pengawal keselamatan resort tersebut mengambil kayu dan menghalau monyet monyet liar disitu. Selepas itu Security Manager tersebut meminta kunci kereta pada suami dan dia bantu alihkan kenderaan untuk dibawa masuk parking dibahagian dalam di parking oku kerana kotak parking biasa sudah penuh. Memandangkan kami membawa bayi yang ada sawan dan cedera ketika itu, dia benarkan kami parking dipetak OKU untuk mengelakkan kejadian sama berulang lagi.
Security Manager tersebut terus hubungi ambulans di HTAA untuk berikan rawatan kepada bayi saya yang cedera akibat terjatuh dari stroller. Ambulans sampai diperkarangan resort, saya dan bayi serta anak sulung saya terus menaiki ambulans dan menuju ke HTAA. Suami dan anak kedua kami membawa kereta menuju ke HTAA.
Setibanya di HTAA, keadaan agak rumit untuk pendaftaran bayi kerana kami terlupa untuk bawa sijil lahir bayi kami. Selalunya mana sahaja kami pergi, kami pasti akan bawa. Waimah dalam daerah kami pun saya tetap masukkan sijil lahir dalam begnya. Tapi tak jangka kali ni betul betul terlupa nak bawa dan berlaku perkara yang tak diingini. Okey sambung semula cerita di HTAA.
Setibanya kami disana, pihak pendaftaran HTAA minta kami sijil lahir atau nombor ic anak jika tidak pendaftaran dan rawatan tidak boleh diberikan. Malangnya saya memang betul betul tak ingat nombor ic bayi saya. Saya terus hubungi pihak Hospital Enche Kluang untuk dapatkan nombor ic bayi saya kerana pihak hospital Enche Kluang ada maklumatnya. Alhamdulillah Allah permudahkan pihak hospital Enche Kluang berikan nombor ic bayi saya.
Keadaan bayi stabil, luka tak serius
Menunggu giliran untuk diberi rawatan. Alhamdulillah doktor di kecemasan HTAA maklumkan luka bayi saya tak serius dan telah dibersihkan untuk elakkan jangkitan kuman. Doktor tersebut meminta untuk kami buat x-ray dikepala bayi kerana dikhuatiri ada retakan dan sebagainya. Alhamdulillah proses tak terlalu lama. Result x-ray dapati semua dalam keadaan sihat dan tiada sebarangan retakan.
Doktor beri kebenaran kami pulang ke hotel dengan syarat pantau keadaan bayi sekiranya bayi ada muntah muntah, menangis tanpa henti atau sawan lain dari yang lain, terus datang semua ke HTAA. Kami terus pulang ke resort. Setibanya di resort kami terus menuju ke cafe kerana ketika itu kami sekeluarga sangat lapar dan jam sudah menunjukkan 8.37pm. Tiada mood untuk pergi ke kedai makan yang berada diluar resort kerana masing masing dah letih dan perasaan menjadi tak happy. Security manager tersebut datang ke cafe untuk berjumpa dan bertanya khabar keadaan bayi kami. Ketika kami berada di HTAA pun dia ada hubungi suami bertanya keadaan bayi kami. Dia minta kami order sahaja apa yang kami ingin makan tanpa bayaran.
Walaupun keadaan tu tak setimpal dengan apa yang terjadi, tetapi pihak hotel masih mengambil berat dan tidak lepas tangan.Saya berharap pihak Perhilitan Kuantan memantau keadaan disekitar kawasan Hyatt Regency Kuantan memandangkan disitu adalah tempat perlancongan dan sudah beberapa kali dimaklumkan pada perhilitan tentang monyet monyet liar tersebut. Saya berharap tidak berlaku pada pengunjung-pengunjung yang lain. Ini melibatkan nyawa.
Terima kasih Hyatt Regency Kuantan Resort atas layanan yang terbaik diberikan kepada kami. Dari check in sehingga check out semuanya tiptop. Tetapi mungkin boleh ditambahbaik tempat parking kereta pengunjung disitu. Atau boleh sediakan parking valet untuk khidmat hantar dan ambil kereta pengunjung ditempat parking. Kalau tak boleh juga, at least sediakan pengawal untuk menghalau monyet monyet liar disitu.
Bukan ingin mengajar, tapi hanya cadangan untuk keselamatan. Ikhlas, Pengunjung 2105.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Satu kewajipan! Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang berkongsi momen bahagia mereka kerana dapat berkongsi rezeki dengan orang lain.
Menerusi Instagram, kedua mereka memuat naik video ketika pembayaran zakat perniagaan. Bukan biasa-biasa tetapi satu nilai yang cukup besar iaitu lebih RM1 juta.
Difahamkan Aeril dan Wawa membayar RM1.15 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS), hasil perniagaan yag mereka jalankan pada tahun ini.
“Dalam rezeki kita, Insya-Allah ada rezeki orang lain juga.
“Semoga ini dapat membantu golongan yang memerlukan. Seseorang tidak akan jatuh miskin sekiranya bersedekah di jalan Allah,” tulisnya.
Dalam pada itu, perkongsian pasangan selebriti ini turut mendapat pujian ramai. Bukan dikatakan untuk menunjuk-nunjuk tetapi mampu menjadi inspirasi kepada anak muda lain untuk turut sama menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.