Tidur berdiri banyak berlaku, lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak. Mungkin kerana tahan mata tak mahu tidur atau badan terlalu letih.
Anak comel Shukri Yahya & Tya Adnan ini selalu beraksi comel. Baru berusia 2 tahun, Ameena nampak pintar dan ceria.
Terbaru, Aaira Ameena tertidur di kerusi dalam keadaan berdiri dengan bersandar kepada sebuah kerusi lengan. Video ini telah dimuat naik ke Instagram si cilik ini dengan kapsyen;
Ads
Dah bosan tidur baring…. tidur berdiri pulak lah ?
Tidur dalam keadaan berdiri memang banyak berlaku di kalangan kanak-kanak dan bayi. Aksi cute dan comel Ameena ini menarik perhatian para netizen. Ramai yang kata ia lucu dan menghiburkan.
Bila anak mengadu sakit telinga, ibu bapa kena ambil berat. Mungkin bagi anak kecil mereka tak boleh nak beritahu secara terus tetapi ibu bapa kena peka dengan ketidakselesaan yang ditunjukkan anak.
Menurut Doktor Telinga, Hidung dan Tekak jangkitan telinga sangat berbahaya jika tidak diberi rawatan awal. Jangan dibiar jika anak anda mengadu sakit telinga, keluar cecair kuning, nanah, darah atau apa-apa yang tidak normal. Tahukah anda bahawa komplikasi akibat jangkitan pada dalam telinga berpotensi untuk mengancam nyawa?
Jangan dibuat main!
Struktur telinga kita sebenarnya bersambung dengan hidung, tekak dan juga ada sambungan dengan rongga-rongga sekitar seperti rongga mastoid dan sebagainya.
Jika jangkitan pada telinga tidak dikawal pada peringkat awal, ia boleh merebak ke kawasan-kawasan yang saya sebutkan ini. Masalah lain dan lebih serius boleh berlaku.
Mastoiditis merupakan jangkitan yang berlaku pada kaviti mastoid yang terletak di bahagian belakang telinga. Ia merebak dari telinga tengah untuk membentuk abses atau nanah di ruang udara mastoid tulang temporal.
Pesakit yang mengalami mastoiditis kebiasaannya akan mengalami gejala klinikal dan sistematik yang sangat tidak sihat.
Jadi, apa simptom dan gejala pesakit yang mengalami mastoiditis ini? Macam mana nak tahu?
Pesakit yang mengalami mastoiditis akan dilihat septik: iaitu demam, lemah dan lesu. Kanak-kanak akan menjadi tidak selesa, kerap menangis dan tidak akan makan serta minum. Pesakit akan mempunyai tanda dan gejala dari jangkitan telinga yang lebih teruk. Akan ada tanda kemerah-merahan dan sakit serta bengkak yang signifikan di belakang telinga.
Adakah mastoiditis ini akan berhenti setakat itu sahaja? Jawapannya Tidak.
Mastoiditis boleh merebak lagi jauh ke dalam sel-sel udara untuk membentuk abses atau nanah subperiosteal dan kawasan-kawasan sekitarnya!
Oleh itu, jika anak-anak anda ada mengalami dan mengadu sakit telinga, disertai demam, ada cecair keluar dari telinga, sakit juga di bahagian belakang telinga, jangan tunggu lagi. Bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan menyeluruh dan terperinci akan berjaya mengenalpasti masalah anak anda, walaupun untuk sesetengah kes agak sukar untuk mendiagnos pesakit pada peringkat awal.
Sumber: Dr. Ezairy M.Sallih
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aktiviti bermain air atau berenang antara aktiviti yang menjadi kesukaan kanak-kanak. Sama ada di rumah ataupun ketika menginap di hotel-hotel, aktiviti dalam air adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak. Aktiviti sebegini dapat memberi keseronokkan kepada mereka kerana air bersifat terapeutik yang menjadi terapi ketenangan, menghilangkan tekanan serta kebosanan dikalangan kanak-kanak.
Bukan itu sahaja, aktiviti air seperti berenang juga dapat membantu anak anda untuk jadi lebih berani dan yakin diri. Berenang merupakan salah satu bentuk aktiviti yang sangat penting bagi kecerdasan sekaligus ia dapat merangsang keberanian si kecil. Malah dengan berenang juga dapat melatih otot-otot fizikal anak anda untuk lebih mantap.
Berenang lazimnya melibatkan rangsangan pada otot-otot bahagian gerakan tubuh dan pernafasan. Aktiviti ini perlu dilakukan bersama tenaga pengajar untuk menjamin keselamatan anak anda. Peralatan untuk berenang seperti pelampung dan pakaian renang yang sesuai juga penting supaya anak dapat bergerak dengan selesa.
Ramai kanak-kanak tidak mahu berenang kerana takut air, jadi sebaiknya anda perkenalkan aktiviti sebegini sejak usia dini anak-anak supaya mereka lebih berani untuk mencuba aktiviti di dalam air.
Bermain tidak semestinya di bilik atau taman sahaja. Kolam renang juga boleh menjadi tempat untuk anda bermain dengan gembira.
Dengan bermain air, otot-otot anak anda berkembang dan pertumbuhan badannya meningkat. Dengan kata lain kompenan badan kanak-kanak akan terlatih dengan aktiviti renang kerana semua anggota badan bergerak mulai dari kaki, tangan hingga kepala walaupun Teknik gerakan mungkin belum cukup sempurna.
Berenang mendorong anak menjadi lebih berani, yakin diri dan memiliki rasa percaya diri yang tinggi. Ketika berenang, mereka dapat menggerakkan anggota badan mereka dengan sendiri. Aktiviti sebegini pastinya memerlukan keberanian buat si kecil anda. Berikan kata-kata semangat agar mereka dapat lakukan dengan baik tanpa rasa takut.
Berenang bersama orang ramai akan membuatkan hubungan sosial si kecil anda berkembang dengan lebih baik. Dengan aktiviti renang, si kecil bakal mendapat teman baru. Cara ini dapat membantu mereka untuk lebih yakin diri bagi berhadapan dengan orang ramai. Ia juga secara tidak langsung mempengaruhi psikologinya untuk berani berenang.
Pakai pakaian mandi yang sesuai dan selesa ketika aktiviti air. Elakkan pakaian yang boleh menghadkan pergerakan kanak-kanak semasa aktiviti air bagi mengelak risiko berlaku kemalangan.
Pastikan peralatan seperti pelampung, goggle dan sebagainya berada dalam keadaan bersih, tahan lama dan tidak berkarat serta tajam. Ia penting supaya anak-anak dapat meneroka dengan selamat di dalam air.
Berenang juga boleh dilakukan di rumah menggunakan kolam plastik. Pastikan kedalaman air yang digunakan tidak terlalu dalam dan bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.
Ibu bapa perlu memantau aktiviti kanak-kanak semasa main air. Elakkan membiarkan kanak-kanak bersendirian atau membiarkan mereka bermain sesama rakan sebaya tanpa pemantauan. Jelaskan pada kanak-kanak peraturan dan prosedur semasa bermain air dengan menggunakan arahan yang mudah difahami seperti mengingatkan mereka supaya beratur sebelum masuk ke kolam renang, tidak menolak kawan dan membaling pelampung bagi mengelak kemalangan yang tidak diingini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila anak-anak bermain, tiba-tiba dia menarik diri dan mula bosan dengan aktiviti yang sedang dilakukan. Itu biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang sedang membesar. Ia akan terjadi sekiranya dia tak dapat apa yang dia inginkan.
Terapis Cara Kerja, Nurul Sheriena Musa ada berkongsi tentang hal ini. Ketika anak tidak mahu beralah atau sentiasa mahu menang ketika bermain, itu menunjukkan dia tiada SELF CONTROL.
Macam mana tu? Ikuti perkongsian ini.
ANAK YANG ASYIK NAK MENANG : GALAKKAN ATAU HALANG ?
“Abang nak menang ! Abang nak juga !”
“Tak nak main lah . Tak nak kawan dah”
“Bosan lah main ini. Tak best”
Eyh tadi elok je main. Ini pun mainan pilihan anak.
TAPI bila dia kalah dia punya mengamuk lain macam. Habis semua kena termasuk Ibu Ayah
Ada yang:
TANTRUM
MERAJUK
Dan ada baling barang sampai terkena muka Mama
Begini sebenarnya banyak kebaikan Main Game berunsur ada kalah dan menang.
Sebab apa
1. Anak belajar Kemahiran bermain dalam kumpulan di mana dia perlu Menunggu , ambil giliran dan berkongsi dan sebagainya.
2. Anak belajar Social Rules di mana setiap permainan ada Peraturan perlu dia ikut untuk main
3. Anak belajar konsep Self Control di mana bila kalah atau menang perlu terima dengan hati REDHA
Tapi persoalannya anak tiada SELF CONTROL dan mudah rasa KECEWA atau ‘Frustation’.
Kecewa atau Frustation adalah satu perasaan di mana dia tidak dapat memenuhi kemahuan dia utuk mendapatkan hasil yang diingini termasuk dalam sesuatu situasi. (Britt & Janus, 1940; Waterhouse & Child, 1953, Brams, 1997).
Jadi hendak dia MENANG sentiasa ke?
Dan ini adalah ISU besar kerana dia tidak mahu KALAH ?
Jadi bagaimana ya untuk kawal anak anak ini ?
Sebenarnya ada sebab kenapa anak rasa MARAH, SEDIH KECEWA bila kalah dalam main game antaranya adalah
Dia fikir dia telah kecewakan Ibu Ayah dan kemungkinan kasih sayang kita akan berkurangan.
Mengikut Kajian anak anak perlu merasa Kecewa dan perlu seimbangkan perasaan ini kerana jika KECEWA berulang kali juga akan mengakibatkan anak anak tidak mahu bermain lagi (Canossa, Drachen & Sørensen, 2011)
Perasaan yang dia alami ketika Menang adalah perasaan yang menyeronokkan dan membuatkan mereka membina Keyakinan diri dan motivasi yang tinggi .
Namun bila kalah yang mereka rasakan MALU kerana tidak dapat mencapai expectation orang lain.
Anak tidak tahu bagaimana cara MENGAWAL Perasaan sedih , kecewa dan marah.
Oleh kerana itu kebanyakan anak yang belum cukup matang otak rasioanal mereka maka akan pilih cara mudah untuk aktifkan OTAK REPTILIA Mereka di mana mereka akan lebih mudah marah dan mengamuk.
Saya kongsikan 5 TIPS untuk bantu anak FAHAM KALAH dalam Game itu perlu:
1. Beri ruang luah perasaan mereka.
Ya perlu izinkan anak nyatakan anak marah kecewa atau sedih sebab kalah.
‘ABANG marah sebab kalah ya. Kali ini Abang kalah tapi Adik menang. ABANG boleh gembira untuk adik’ ‘Tidak mengapa Mama masih sayangkan Abang’
2. Beri peluang untuk KALAH
Ya ini juga saya banyak lakukan terutama pada anak anak yang memang mahu menang sentiasa di mana kita mencabar Frustation tolerance mereka.
Ajar mereka ini perasaaan KALAH dan it is OK. Ini perlu pengulangan.
Ya sangat penting terutama anak anak Autism yang ada isu Anxiety dan Frustation Tolerance perlu didedahkan kepada mereka untuk merasai perasaan kalah itu.
Ya perlu dedahkan pada anak seawall yang mungkin kerana ANAK mudah ikut dan faham bila kita tunjuk dari awal lagi.
Dari awal lagi Ibu Ayah boleh sahaja bermain game dan Ibu atau Ayah yang kalah patut menunjukkan Cara kendalikan emosi kalah dengan betul supaya anak boleh faham apa tindakan mereka.
4. Fahamkan apa itu MENANG & KALAH
Ya terangkan pada mereka apa itu menang dan apa ganjaran yang mungkin mereka dapat. Namun terangkan jug ajika KALAH juga adalah perkara biasa dan kita tetap sayang pada mereka.
Ajarkan mereka untuk usaha tapi bukan untuk melawan untuk menang semata-mata.
5. Ajar mereka RESPON yang sepatutnya mereka lakukan ketika MENANG atau KALAH
Ya ini antara Teknik untuk ajar mereka kawal perasaan mereka.
Dan ya jangan galakkan anak menyalahkan pihak lain ketika terangkan apa kalah dan menang ya.
Menyalahkan pihak Luar akan menyebabkan anak akan lebih MARAH pada permainan dan menjadikan pengalaman itu tidak positif. (Rosenzweig, 1935; Canossa et al., 2011).
Jadi lakukan SOCIAL STORY berulang kali untuk mereka faham.
Saya kongsikan beberapa Social Story di bawah”
Belajar sesuatu ?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.