Perkhabaran positif kes Covid-19 kini makin melegakan rakyat Malaysia. Namun cara hidup dalam norma baharu mesti dititikberatkan. Ini bagi mengelakkan berlaku semula penularan wabak ini dalam diam.
Cuma apa yang dirisaukan kini adalah kes JE melalui gigitan nyamuk culex yang lebih cepat membiak di kawasan ternakan babi dan boleh menjangkiti penduduk di sekitarnya.
Gambar Hiasan
6 kes dikesan di Pulau Pinang
Seperti yang dilaporkan, tiga lagi kes Japanese Encephalitis (JE) direkodkan di Pulau Pinang selepas ujian makmal yang dijalankan menjadikan keseluruhan enam kes dikesan setakat ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Norlela Ariffin berkata, tiga kes baharu itu membabitkan dua di Sungai Bakap, daerah Seberang Perai Selatan (SPS) manakala satu lagi di Balik Pulau, daerah Barat Daya.
“Saya dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang ujian makmal tiga kes itu positif dan mangsa yang dijangkiti JE terdiri daripada kanak-kanak, namun semua mereka dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Ads
Gambar Hiasan
Jangkitan mungkin dari ladang ternakan babi berdekatan
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan umur serta jantina kanak-kanak yang dijangkiti JE itu namun memaklumkan mereka tidak menunjukkan gejala serius.
Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan semua mereka dijangkiti JE dari ladang ternakan babi terdapat di kawasan mereka kerana nyamuk culex membiak di air kumbahan ternakan serta parit tersumbat yang kotor.
Ads
Norlela berkata, sehingga semalam Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang mengambil sampel dari 90 babi di ladang ternakan di SPS dan Barat Daya serta lima babi hutan di daerah SPS, Seberang Perai Utara serta Seberang Perai Tengah, namun ujian makmal mendapati semuanya negatif JE.
“Menurut JPV Pulau Pinang ujian pada babi biasanya negatif JE, kerana ruang buat JE untuk muncul agak terhad, jadi masih ada kemungkinan ia datang dari babi yang diternak di ladang, tambahan pula kebanyakan JE kes menunjukkan apa-apa simptom,” katanya.
Katanya, memandangkan penyakit ini disebarkan melalui gigitan nyamuk culex, kegiatan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk, semburan ‘larvasiding’ dan semburan kabus akan dilaksanakan di lokaliti berkenaan bagi memutuskan rantaian jangkitan penyakit dengan membunuh jentik-jentik dan nyamuk dewasa.
Beliau turut menasihatkan pemilik ladang babi untuk memastikan ia dalam keadaan bersih dan tiada takungan air, serta pergerakan air parit berjalan lancar bagi mengelak nyamuk jenis culex membiak.
Gambar Hiasan
“Orang ramai juga dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital apabila mengalami demam dan tanda penyakit JE seperti sakit kepala, sawan atau perubahan neurologi,” katanya.
Pada 27 Jun lalu, dua kes JE yang dilaporkan di SPS membabitkan dua kanak-kanak berusia dua dan lapan tahun, dengan seorang daripadanya masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP), dan mereka dalam keadaan stabil.
Memandangkan sekarang virus influenza semakin merebak, langkah pencegahan harus dilakukan bagi memastikan keadaan ini terkawal dan tidak menjangkiti orang lain.
Biasanya golongan kanak-kanak lebih berisiko kerana antibodi mereka belum kuat selain warga emas.
Sebagai persediaan awal untuk ibu bapa senarai kit pencegahan dan kawalan influenza ini boleh membantu seperti yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia.
Anda ada anak yang terkena demam influenza? Risau anak lain juga terkena influenza?
Di sini kami senaraikan kit yang perlu ada untuk mengurangkan risiko anak anda daripada terkena jangkitan influenza di rumah dan juga boleh diamalkan di Taska/sekolah.
Kami senaraikan juga 5 perkara basic dalam pencegahan dan kawalan influenza
1) Penjagaan kebersihan diri
2) Amalan cuci tangan yang betul
3) Penjagaan kebersihan persekitaran
4) Pemeriksaan/saringan pintu masuk
5) Disinfeksi dan nyakuman permukaan tercemar
Selain daripada mengambil langkah pencegahan, ibu bapa perlu pastikan anak-anak minum air putih dan amalkan pemakanan berkhasiat.
Antara gejala awal adalah:
1. Demam tinggi berulang
2. Batuk berpanjangan selepas demam
3. Kanak-kanak lebih mudah terdedah
4. Dewasa biasanya berasa tidak selesa, sakit kepala dan berkaitan dengan pernafasan
5. Sangat senang berjangkit
Tangisan tanpa henti bayi berusia sebulan membongkar kematian seorang ibu muda di Jawa Tengah, Indonesia.
Lebih menyayat hati, wanita tersebut dipercayai sudah meninggal dunia selama dua hari di sebuah rumah sewa di Desa Kutoharjo di daerah Pati.
Semasa ditemui, bayi tersebut dalam dakapan ibunya, manakala dua lagi anak yang berusia dua dan empat tahun memeluk tubuh kaku wanita itu dalam keadaan lesu serta tidak bermaya akibat kelaparan.
Mangsa dikenali sebagai Budiati, 31, dan pemeriksaan pada tubuhnya terdapat banyak kesan lebam dipercayai dipukul dengan objek tumpul.
“Kita percaya mangsa yang masih berpantang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.
“Anak-anaknya hanya makan seadanya, bayi pula dalam keadaan dehidrasi yang kronik,” kata Ketua Siasatan Jenayah Polis Pati, Onkoseno G Sukahar.
Tambah Onkoseno, polis menahan suami mangsa, Mahsuri yang berusia 45 tahun dan lelaki itu mengaku menzalimi isterinya kerana cemburu.
“Siasatan mendapati mangsa enggan menyerahkan telefon bimbitnya kepada suspek menyebabkan lelaki itu naik berang dan mengesyaki isterinya curang.
“Berlaku pertengkaran mulut sebelum suspek bertindak luar batasan dengan membelasah mangsa,” ujar Onkoseno.
Tambah Onkoseno, suspek ditahan dan didakwa mengikut Seksyen 351 Kanun Keseksaan Jenayah Indonesia.
Suspek berdepan hukuman sehingga 15 tahun penjara jika sabit kesalahan. – Agensi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dato’ Seri Aliff Syukri, Jutawan kosmetik berkongsi sebuah video di laman instagramnya. Video tersebut dengan kepsyen yang panjang menerangkan kenapa dia berbuat demikian kepada anak perempuanya, Qadejah atau lebih manja dipanggil Cess.
Dato’ Aliff yang mendirikan rumah tangga bersama Datin Shahida dikurniakan 3 cahaya mata lelaki iaitu Ammar Ahyan, Ibraheem Adham, Yusoff Alqardawi dan seorang cahaya mata perempuan, Qadejah serta seorang anak angkat perempuan, Ameena Aliffshah.
Anak perempuan sy kena jaga yg terbaik
maafkan abah cess, abah teramat syg cess tapi ni semua utk masa depan cess utk @qadejah_terlajaklaris .
Hari ni abah rotan cess sebab abah nak ces faham erti maruah seorang perempuan…..qadejah ni ada satu habit kadang2 dia buka tudungje depan lelaki yg x kenal…mungkin dia x faham sebab dia kecik lagi tapi dari kecik ni saya kena didik la supaya dia tahu batas2 …tutup aurat
Saya nak anak perempuan saya jadi yg terbaik,pandai agama dan tahu jaga kehormatan. diri…Harap2 dia dapat pengajaran dan belajar dari kesilapan….
Ada yang bersetuju dengan cara Dato’ Aliff mendidik anak agar menjaga aurat dengan baik, ada juga netizen yang tidak bersetuju dengan caranya yang merotan anak di tempat yang salah.
Sama macam anak saya, kena rotan jugak
Sebagai parent mesti rasa bersalah rotan anak kan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila kandungan sudah masuk trimester ketiga, especially bila due date dah makin dekat, kebanyakan ibu mula rasa cemas dan tertanya-tanya adakah cara bagi membantu percepatkan bersalin secara natural?