Tiga lelaki bersenjata parang samun taska, guru tak dapat tanggal cincin terus ditampar sampai jatuh. Seorang guru wanita berdepan detik mencemaskan apabila menjadi mangsa rompakan oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Tali Air 11, Pasir Panjang pada pagi Isnin.

Tiga Lelaki Bersenjata Parang Samun Taska, Guru Tak Dapat Tanggal Cincin Terus Ditampar Sampai Jatuh

Menurut wanita berusia dalam lingkungan 40-an itu, dia telah cuba menanggalkan cincin emas miliknya apabila diminta oleh salah seorang suspek, namun gagal kerana terlalu ketat.

“SAYA DAH CUBA BUKA CINCIN, TAPI KETAT SANGAT. SUSPEK BERSENJATA PARANG MARAH, TERUS TAMPAR SAYA SAMPAI JATUH.”

Tambahnya lagi, suspek tersebut kemudian sekali lagi menampar pipi kirinya apabila cubaan kedua untuk menanggalkan cincin itu juga tidak berhasil.

“Bila saya berjaya keluarkan cincin tu, saya terus lempar ke lantai, tapi mereka tak ambil pun,” ujarnya.

Tiga Lelaki Bersenjata Parang Samun Taska, Guru Tak Dapat Buka Cincin Terus Ditampar Sampai Jatuh

Kejadian itu berlaku sekitar jam 9.35 pagi apabila tiga lelaki tersebut menaiki kereta jenis Perodua Bezza dan menceroboh masuk ke premis taska berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad, kumpulan penjenayah itu berjaya melarikan seutas rantai emas, dua utas gelang, sebentuk cincin, dan sebuah telefon bimbit.

“Ketika kejadian, terdapat dua orang guru wanita, seorang pembantu dapur serta 10 orang kanak-kanak berusia antara dua hingga empat tahun berada di dalam taska. Tiada kecederaan serius berlaku kepada mana-mana kanak-kanak,” jelas beliau.

Ads

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, selain boleh dikenakan denda dan sebatan jika disabitkan bersalah.

Pihak polis kini sedang giat menjejaki ketiga-tiga suspek dan meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.

Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Aimi Lyana Mohd Khairani menerusi talian 018-2510452 atau hadir sendiri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.

Sumber: Sinar Harian

Ads

Baca artikel lain: Detik Cemas, Tiga Lelaki Senjatakan Parang Samun Taska

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Ads

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI