
Setiap kali bayi lahir dan kelihatan kuning, mesti ada ‘doktor-doktor kampung’ yang bagi pelbagai nasihat. Ada yang betul, ada juga yang langsung tak masuk akal — tapi masih diamalkan. Dalam artikel ini, kita akan bongkar mitos-mitos popular tentang bayi kuning dan padankan dengan fakta perubatan yang sebenar. Sebab bila melibatkan kesihatan anak, mak ayah kena berilmu bukan ikut cakap orang.
Cahaya matahari pagi (sebelum jam 9 pagi) mungkin bantu sedikit dari segi pencahayaan semula jadi — tetapi ia bukan rawatan utama. Jemur bayi pada waktu tengah hari sangat berisiko kerana boleh menyebabkan panas berlebihan (overheating), dehidrasi, dan kerosakan kulit. Rawatan sebenar untuk jaundis yang serius adalah melalui pemantauan doktor dan fototerapi, bukan jemur tengah panas.
Memberi bayi bawah 6 bulan air kosong boleh menyebabkan masalah serius seperti keracunan air, menggangu keseimbangan elektrolit, dan boleh menjejaskan tumbesaran. Bayi yang kuning perlu menyusu lebih kerap, sama ada susu ibu atau formula, untuk bantu tubuh buang bilirubin secara semula jadi melalui najis dan air kencing — bukan dengan air kosong.
Tiada bukti saintifik yang menyokong dakwaan ini. Mandikan bayi seperti biasa sangat digalakkan untuk menjaga kebersihan kulit dan keselesaan bayi. Air mandian tidak menjejaskan paras bilirubin dalam darah. Jadi jangan risau — mandi itu bukan punca kuning naik, malah bantu bayi rasa lebih segar dan aktif.
Dapatkan nasihat dari pakar, bukan sekadar dengar cakap sesiapa. Jangan jemur sesuka hati, jangan beri air masak sesuka hati, dan jangan percaya bulat-bulat tanpa bukti. Rawatan sebenar jaundis mesti berpandukan pemeriksaan dan keputusan perubatan.
Sebagai ibu bapa, tugas kita bukan hanya menjaga, tapi memastikan apa yang kita buat betul dan selamat.