Pelakon dan penyanyi Safura Yaacob memuat naik status bagi memperingati anak perempuannya, Nur Aisyah Mariam semalam, yang meninggal dunia pada 12 September 2011 menyentuh hati pengikut Instagram.
Safura dalam statusnya itu memberitahu kehadiran Mariam selama tiga tahun dalam hidup mereka sekeluarga sudah cukup membahagiakan dan berdoa agar Allah mempertemukan mereka di Jannah suatu hari nanti.
Penyanyi lagu Sedalam Mana Cintamu itu juga memuat naik status itu sebagai memperingati tarikh kelahiran Allahyarham iaitu 23 Ogos 2008.
“23 Ogos 2008… Lahirnya anak syurgaku ke dunia. Tiga tahun menanti kehadiran mu dan tiga tahun sahaja Allah pinjamkan kami untuk membahagiakan kami sekeluarga.
“Sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik perancang. Kami reda dalam ketentuan Mu ya Rabb… Semoga Allah pertemukan kita nanti dalam Jannah Allah yang sudah tentu pasti,” tulisnya.
Perkongsian Safura di Instagram mengenai Allahyarham menyentuh perasaan.
Menerusi status sama, Safura turut memberitahu dia merindui anaknya itu selain memuat naik gambar Mariam dan kuburnya.
Ads
“Mama rindu, Al-Fatihah,” katanya.
Mariam meninggal dunia pada usia 3 tahun kerana demam berpanjangan adalah anak pertama penyanyi itu dengan pelakon Sahronizam Noor.
Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang dekat sini.
Ads
Selain Mariam, Safura dan Sahronizam mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Yusoff Firdaus, 9 tahun, Zara Nur Aisyah, 8 tahun dan Ariana Sofia, 4 tahun.
Safura turut mempunyai dua orang anak lain iaitu Nurul Natasha, 24 dan Muhammad Daniel Khaqim, 18, hasil daripada perkahwinannya sebelum ini.
Sumber: safurashah & mstar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Doa dianggap senjata buat orang Islam. Dalam keadaan apa sekalipun, mintalah pertolongan Allah. Sesungguhnya Allah SWT mendengar segala doa, dalam segala bahasa yang diucapkan kerana Allah Maha Mengetahui, Maha Mengasihani dan Maha Menganugerahkan.
Letak keyakinan tinggi pada-Nya dan teruskanlah berdoa. Hanya Allah tahu masa yang tepat untuk dimakbulkan doa kita.
TUKAR CARA BERDOA
INSYA-ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Biiznillah.
🍀FORMULA 1
Sebelum ini kita selalu berdoa, ” Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan.” Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa uji untuk test kekuatan kita. Faham faham?
Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,
” Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku)’.
🍀FORMULA KE 2
Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, “Ya ALLAH berilah aku…”. Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,
” Ya ALLAH kurniakanlah aku…”
Kerana apa? Jika kita sebut beri maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut kurnia, maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila INSYA ALLAH.
Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, “semoga DIMURAHKAN rezeki”. Selepas ini, latihkan baca doa begini,
” semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.”
Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.
🍀FORMULA KE 4
Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contonya, “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH.
Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,
‘ Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya ALLAH..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya ALLAH..
Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. ‘
Amin Ya Mujib.
Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu.
🍀FORMULA KE 5
Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..
Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh,
‘ Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya ALLAH..’
Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,
‘ Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya ALLAH.. bantu lah dia ya ALLAH, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya ALLAH..’
Moga Allah makbulkan setiap permintaan kita. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamiin.
Lepas bersalin, ramai ibu fikir cabaran melahirkan anak telah pun tamat padahal tubuh masih dalam fasa pemulihan. Salah satu risiko kesihatan yang jarang dibincangkan tapi boleh jadi bahaya ialah darah beku atau deep vein thrombosis (DVT).
Ubat cair darah lepas bersalin atau anticoagulant ialah ubat yang membantu mengurangkan risiko darah beku terbentuk dalam salur darah. Ia biasanya diberikan kepada:
Ubat ini sebenarnya tidak mencairkan darah sepenuhnya, tetapi membantu melancarkan peredaran darah dan mencegah pembentukan bekuan yang boleh membawa maut.
Jika doktor telah memberikan preskripsi tetapi ibu tidak mengambil ubat cair darah seperti diarahkan, beberapa risiko kesihatan serius boleh berlaku, antaranya:
Masalah ini sering berlaku secara senyap tanpa amaran awal, jadi sangat penting untuk mengambil ubat cair darah seperti yang disarankan doktor.
Jika ibu mengalami tanda-tanda berikut, segera ke hospital untuk rawatan kecemasan:
Ramai ibu tersilap anggap tanda ini perkara biasa selepas bersalin, padahal ia mungkin petanda darah beku yang berbahaya.
Berikut beberapa langkah mudah yang boleh membantu mencegah darah beku selepas bersalin:
Paling penting, jangan abaikan temujanji susulan (follow-up check-up) dengan doktor, terutama bagi ibu yang bersalin secara pembedahan Caesarean atau mempunyai sejarah kesihatan tertentu.
Ramai ibu selepas bersalin mengambil ringan kepentingan ubat cair darah lepas bersalin kerana merasakan ia tidak penting. Namun, darah beku ibarat bom jangka yang tidak kelihatan tetapi boleh membawa maut bila-bila masa. Jika doktor menyarankan pengambilan ubat ini, patuh dan ikut arahan dengan konsisten demi keselamatan diri dan keluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sakitnya hati bila tengok kotoran dan tahi lalat pada pakaian bayi susah nak hilang walaupun sudah dicuci menggunakan sabun khas
Mesti ramai ibu-ibu yang mengalami perasaan ini. Betul tak?
Sebelum mula basuh pakaian bayi, anda perlu baca dahulu labelnya yang ada menunjukkan cara membasuhnya. Setiap jenis fabrik bayi adalah berbeza cara basuhannya.
Sebaiknya basuh pakaian kotor bayi dengan segera dan elakkan terbiar beberapa hari. Ini kerana kesan kotoran boleh terus melekat pada pakaian dan lebih susah hendak dibersihkan serta berisiko tidak hilang bila dicuci.
Ada bermacam jenis kotoran pada pakaian bayi anda seperti air liur, kesan susu ibu atau susu formula, makanan dan kotoran lain.
Berikut adalah beberapa jenis kotoran pada pakaian bayi dan cara mudah membersihkannya. Oh ya, jangan lupa asingkan dulu pakaian bayi daripada pakaian orang dewasa kerana kulit bayi lebih sensitif.
1. Kotoran susu ibu, susu formula, makanan dan air liur
Rendam pakaian bayi dalam air bersih terlebih dahulu kemudian barulah letak pencuci pakaian bayi.
2. Kotoran daripada minyak bayi, krim dan minyak telon
Sebelum mencuci pakaian, taburkan tepung jagung atau bedak pada kotoran untuk menyerap minyak, biarkan lebih kurang 10-15 minit. Kemudian barulah cuci pakaian dengan sabun pencuci pakaian bayi.
Rendam pakaian dalam air yang dicampur 1 sudu kecil baking soda. Jangan tunggu sampai kotoran kering dan sudah melekat pada pakaian bayi kerana ia lebih susah hendak ditanggalkan. Selain itu anda boleh juga menggunakan cuka masak untuk menghilangkan kotoran ini. Caranya larutkan cuka dalam air paip dengan nisbah 1:3, kemudian baru cuci. Bila menggunakan cuka, ibu mesti lebih teliti semasa membilas pakaian anak supaya bau cuka hilang pada pakaian.
4. Kotoran air kencing
Campurkan 1 sudu besar campuran amonia dalam secawan air. Kemudian rendam pakaian kotor itu sebelum dicuci seperti biasa.
5. Kesan tahi lalat
Campur sedikit cuka ke dalam setengah liter air. Rendam semalaman pakaian bayi yang ada tahi lalat. Kemudian cuci pakaian seperti biasa menggunakan detergen. Sediakan air panas yang telah dicampur dengan perahan limau nipis.
Bilas pakaian yang sudah dibasuh dengan air panas campuran limau nipis. Biarkan beberapa saat kemudian cuci balik pakaian menggunakan pencuci pakaian yang sama. Bilas dengan air bersih.
Kalau tahi lalat masih ada buat sekali lag langkah merendam dalam perahan limau nipis hingga membilas dengan air bersih sampai kesemua tahi lalat hilang. Kemudian jemurlah pakaian tersebut sehingga kering.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...