Menyokong penuh penyusuan susu ibu, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia bertujuan menyebarkan maklumat dan khidmat nasihat kesihatan serta perkongsian pengalaman kepada masyarakat setempat.

Tingkat Imu & Kesedaran, Pa&Ma-UPM Bekerjasama Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

Pa&Ma yang sememangnya memperjuangkan penyusuan susu ibu bertindak sebagai media rasmi memberikan sokongan kepada kempen ini. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh merasmikan program berharap  program seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kepentingan penyusuan susu ibu.

Artikel berkaitan: Susu Tak Ada Lepas Bersalin, Risau Bayi Lapar! Fahami Realiti & Cabaran Penyusuan Sesudah Kelahiran

IKLAN

Tingkat Imu & Kesedaran, Pa&Ma-UPM Bekerjasama Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

Program setengah hari ini bertujuan meningkatkan kesedaran umum khususnya pasangan muda mengenai kepentingan penyusuan ibu, memberikan motivasi dan garis panduan untuk penyusuan ibu, menyebarkan maklumat dan khidmat nasihat kesihatan khasnya berkaitan wanita kepada masyarakat serta mendekatkan masyarakat setempat dengan staf kesihatan terutamanya daripada Hospital Pengajar UPM (HPUPM).

Tingkat Imu & Kesedaran, Pa&Ma-UPM Bekerjasama Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

IKLAN

Program Sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2019 yang bertemakan “Caknakan Ibu bapa, Jayakan Penyusuan” itu diisi dengan pelbagai program seperti forum ‘Eh! Mudahnya Breastfeeding’, peragaan fesyen busana penyusuan, kuiz, kaunseling serta demonstrasi penyusuan dan masakan mesra penyusuan.

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi FPSK turut berkolaborasi dengan Klinik As-Salam dan Pusat Laktasi Kebangsaan, 9 bulan 10 hari serta HPUPM dalam menjayakan program ini.

IKLAN

Tingkat Imu & Kesedaran, Pa&Ma-UPM Bekerjasama Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

Artikel berkaitan: Ibu Menyusu Yang Layak Boleh Claim Peralatan Penyusuan Sebelum Hujung Bulan Ini

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI