Tak susah pun nak ajar anak-anak solat sejak kecil. Yang penting ibu ayah pun perlulah menitik beratkan hal solat masing-masing. Persoalannya bagaimana nak mendisiplinkannya.
Ini antara tip yang dikongsikan oleh Dr Farhuda sebagai panduan buat ibu bapa yang ingin mendidik anak solat.
TIP mudah ajar anak-anak solat:
1. Solat ibu ayah perlulah awal waktu, tunjukkan bahawa solat itu penting untuk kita dahulukan.
2. Sebaiknya solat di depan anak-anak sejak mereka bayi lagi. Walaupun ada anak kecil atau bayi, usahalah untuk solat berjemaah suami isteri. Letakkan bayi di sebelah kalian.
Jika dia sudah pandai merangkak atau berjalan, pastikan keadaan sekitar tidak merbahaya sebelum kalian mulakan solat. Ye mungkin kadangkala mereka akan memanjat, masuk dalam kain dan sebagainya. Itu fitrah mereka. Segala itu akan menjadi kenangan nanti. Bukankah cucu Rasulullah pun memanjat baginda ketika bersolat?
3. Lagi bagus jika ada ruang khas solat di rumah. Boleh jadi bilik khas mahupun sekadar suatu sudut khas. Pastikan keadaan kawasan berkenaan bersih dan jauh dari bunyi bising. Jika bersolat di ruang tamu, ajarkan anak-anak bahawa tv perlu ditutup atau dihentikan ketika waktu solat.
4.Jika ayah tiada di rumah, ibu harus memainkan peranan untuk ajak anak solat bersama. Jika ibu ‘cuti’ pastikan anak-anak tetap disuruh bersolat.
Ads
5. Sekiranya ada anak-anak yang baru sahaja melelapkan mata apabila tiba waktu solat, pastikan sebaik sahaja mereka bangun mereka harus solat biarpun telah melepasi waktu. Ajarkan yang solat itu wajib. Apabila sudah boleh berfikir, ajarkan apa itu solat qada’ dan juga masbu’.
6. Ayah perlu baca surah kuat-kuat, tertib dan tartil. Biar dapat didengari anak sepatah-demi sepatah. InsyaAllah mereka boleh menghafal surah dengan hanya mendengar bacaan kita setiap hari.
7. Ajarkan mereka perlahan-lahan. Tidak perlu tinggu mereka pandai semua rukun baru nak suruh solat. Biarkan mereka bersolat walupun sekadar meniru pergerakan dalam solat. Walaupun ada yang kejap meniarap, kejap menonggeng, kejap pandang belakang. Semakin besar nanti ajarlah mereka apa itu rukun solat, apa yang tidak boleh dilakukan.
8. Ajarkan wudhu’ bila mereka sudah faham. Awal-awal belajar solat itu wudhu’ boleh diajar kemudian. Kalau tidak, jenuh juga bertukar baju yang lencun nanti bila yang umur 3 tahun ambil wudhu’. Slowly but surely.
9. Didik dan semailah dalam jiwa mereka kenapa kita perlu melaksanakan solat. Ajarkan berapakah solat wajib yang perlu dilaksanakan. Berapa rakaatkah setiap solat. Apakah tanda masuknya waktu solat.
Ads
10. Ibu ayah, jika boleh solatlah berjemaah. Selain pahalanya berganda-ganda, anak-anak juga akan lebih excited jika mereka memerhatikan semua perkara kita buat bersama-sama. Berjemaahlah sekalipun hari itu kita tengah berkecil hati/ salah faham/ berperang dunia dengan pasangan kita. InsyaAllah akan sejuk selepas itu.
11. Sediakan sejadah peribadi milik mereka setiap satunya. Sekarang ini pelbagai jenis sejadah moden yang dijual. Ada juga yang specially designed untuk kanak-kanak dengan gambar kartun dengan saiz yang lebih kecil. Kami membelikan sejadah kecil begini untuk mereka. Sejadah-sejadah ini dibeli ketika masih kecil, kebetulan pula warna-warna itu bertepatan dengan warna character kartun PJ Mask dengan Owlette (merah), Geko (hijau), Catboy (biru). Rehal pun beli warna yang sama.
12. Reward system. Ketika mereka masih kecil, boleh galakkan mereka untuk solat dengan sistem reward menggunakan sticker. Tampalkan sticker pada board peribadi mereka. It may look for fun but it works.
13. Beri peluang kepada anak-anak kecil untuk mengetuai bacaan doa. Usai doa abah yang panjang, minta merela mengetuai bacaan doa ringkas sambil kita turut menadah tangan. Contoh doa yang paling mudah adalah doa ibu bapa. Si anak bujang boleh diberi mandat untuk Iqamah. Tidak lupa ajak juga anak – anak untuk membaca alFatihah untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Semoga mereka istiqamah melakukan perkara yang sama apabila kita meninggal kelak.
Ads
14. Apabila tiba sahaja waktu untuk solat, boleh minta abah yang garang bagi hint : Whudu’!! Maka akan bertempiaran larilah yang si besar-besar untuk segera ambil wudhu’ meninggalkan apa yang sedang mereka kerjakan.
15. Solat tidak boleh tinggal langsung. Jika di rumah solat lima waktu ajarkan juga mereka bahawa sama juga jika balik kampung atau semasa jalan-jalan. Tiada pengecualian.
16. Akhir sekali, tunggulah mereka di atas tikar sejadah sebelum kalian mengangkat takbir. Pastikan semua orang bersedia sepenuhnya barulah mereka bersemangat solat bersama dan tanda kita mahu mereka bersama-sama menghayati solat.
Marilah melentur buluh dari rebungnya.
Children won’t follow your orders, they imitate you.
Kalau bercakap tentang gaya parenting masyarakat di Asia, kita biasanya menggunakan pendekatan yang tegas. Kebanyakan ibu atau ayah biasa menggunakan suara yang sedikit kuat (ditekankan) atau rotan dalam mendisiplinkan anak.
Menurut penulis keibubapaan, Pn. Wawa Shauqi, beliau melahirkan rasa kagum terhadap sebuah video yang dikongsikan di Tiktok. Dalam video tersebut, dalam dilihat bagaimana ibu tersebut menggunakan teknik ‘Positive Dicipline’ dalam mendidik dan membentuk peribadi anak tanpa perlu marah-marah.
Ikuti penulisan penuh ini;
Ya Allah. Kagum lahai saya tengok video ni. Mak dia tak payah pukul, tak payah marah pun, tapi boleh latih anak dia perangai elok. Ini namanya teknik Positive Dicipline.
Disiplinkan anak, dengan coaching anak tu macam mana nak selesaikan masalah. Kalau kita handle anak dengan baik, anak pun belajar handle diri dengan baik. Dalam positive parenting, ‘words matter’. Kena hati-hati pilih perkataan. Bukan boleh sembur je anak ikut suka.
❌ Bising la! ✔ “Boleh rendahkan suara?” ❌ Biadap ya dengan mama! ✔ “Tolong guna bahasa yang lebih elok.” ❌ Alah, benda senang je pun. ✔ “Mama selalu nampak awak boleh buat benda yang susah-susah. Cuba usaha lagi.”
Bila kita hati-hati dalam memilih perkataan, kesan dia, kita boleh nampak pada anak : ✅ Anak pun ikut bercakap dengan baik ✅ Anak ada kawalan diri yang baik ✅ Anak rasa motivated nak buat baik. Sebab tak rasa kena provok
Cuba perhati cara mak dia cakap dengan anak dia. Dia guna beberapa strstegi Positive Discipline yang disarankan child psychologist Dr Jane Nelson;
1️⃣ Highlight solution. Not the problem. Dia tak payah bebel berjela pasal perangai buruk anak tu. Terus ajar solusi.
2️⃣ Set limit. Budak, budak jugak. Tapi limit kena tau. Sebab anak kecil ni tak tau nak beza, betul dan salah. Jadi kita kena tunjuk ajar. Bila dah tunjuk ajar, kena tegas dengan limit dan peraturan.
3️⃣ Jadi teladan pada anak-anak. Anak belajar cara kita bagi respon. Mereka ikut apa yang mereka tengok kita buat. Bukan apa yang kita suruh.
4️⃣ Bagi perhatian waktu anak buat baik. Bukan waktu anak buat perangai buruk tu baru kita nak sergah. Anak yang nakal ni lagi kena rajin puji. Lebih-lebih lagi waktu mereka buat benda baik.
5️⃣ Listening Rajin-rajin pasang telinga dengar mereka bercakap dan meluah. Bersoal jawab apa yang mereka rasa, apa yang mereka fikir, apa idea yang mereka ada dan sebagainya.
6️⃣ Speak nicely. Guna suara nada yang rendah. Pilih perkataan yang elok-elok.
Ya, memang susah rasa nak apply. Sebab bukan budaya kebiasaan kita. Lagi pulak genetik singa tu dah turun temurun ada dalam diri kita. Tapi insya Allah, dengan ilmu, usaha dan latihan, kita mampu jadi COACH yang terbaik buat anak-anak. Semoga kita dapat besarkan generasi yang lebih baik dari zaman kita. Especially dari segi mental dan emosi.
Bawa sekali car seat anak naik flight? Siapa ada buat macam ni? Kagum sangat dengan usaha dilakukan oleh ibu ayah ini yang sanggup bersusah payah mengangkut car seat anak ke dalam kapal terbang demi memastikan keselamatan anaknya.
Inisiatif yang dilakukan oleh Puan Sarah Sulaiman dan suaminya wajar dijadikan contoh oleh ibu bapa lain. Bab keselamatan anak memang tiada kompromi. Terpulang pada masing-masing melakukan yang terbaik untuk anak-anak.
TRAVEL DAN BAWA CHILD CAR SEAT DALAM KAPAL TERBANG?
Siapa baru nak cari child restraining system (CRS) untuk anak?
Jangan lupa cari CRS yang Federal Aviation Administration (FAA) approved iaitu CRS yang selamat digunakan dalam kapal terbang selain kereta
1. Check pada manual CRS mengenai label stiker FAA approved.
2. Hubungi airline sebelum buat belian tiket kapal terbang. Ada juga polisi yang tidak membenarkan pemakaian CRS tetapi diganti dengan sistem CARES harness contohnya Firefly airlines. (rujukan CARES safety harness on flights : http://kidsflysafe.com/ )
3. Bagi anak yang berusia bawah 2 tahun (infants) perlu beli full cost child tickets jika nak guna CRS. Untuk anak yang 2 tahun lebih, cuma perlu maklumkan pada airlines mengenai CRS anda selepas anda semak polisi mereka tiada halangan mengenai pemasangan CRS
4. Semak adakah CRS anda boleh digunakan di lokasi yang dituju? Contohnya jika anda mempunyai CRS US standart, anda tidak boleh menggunakannya di Australia kerana tidak mengikut polisi CRS di negara berkenaan.
5. Semak manual pemasangan CRS adakah ia memerlukan lap-shoulder belt? Jika ya, ia tidak boleh digunakan di dalam kapal terbang kerana hanya pemasangan melalui lap belt dan tanpa tether anchors pada kerusi kapal terbang. Most European seats are not airlines approved since they requires lap – shoulder belt installation. American Standard car seat normally will be Aircraft approved tetapi check pada manual sebelum pembelian.
6. Untuk membawa masuk CRS, berdasarkan pengalaman kami, staff di kaunter check in tak membenarkan CRS digunakan di dalam kapal terbang, jadi minta untuk bercakap dengan air crew dan tunjuk label stiker FAA approved pada CRS bagi membolehkan CRS anda digunakan pada seat anak anda boleh request belt extender untuk pasang CRS.
Untuk flight kali ni route kami guna Malaysia Airlines (MAS) flight dari Kota Bharu transit ke KLIA untuk ke Sarawak.
CRS: Graco Extend2Fit
Buckle Up! Bawa CRS sendiri anak duduk dalam flight pun selesa dan lebih selamat. Bila sampai lokasi boleh terus pasang dalam kereta sewa. Tiada alasan untuk travel dan tak guna CRS ye
Bab rezeki ni bukan kerja kita. Kerja kita sebagai hamba Allah perlu berusaha dan berikhtiar. Dalam usaha dan ikhtiar perlu cari KEBERKATAN! Jangan sekadar usaha dan ikhtiar sahaja semata-mata.
Menerusi perkongsian Imam Muda Hassan, bila di dalam usaha ada keberkatan, di situ akan ada KEREDHAAN Allah! Part ni banyak orang abaikan.
Jangan Kedekut Dengan Isteri Dan Anak-Anak
Salah satu cara mendapatkan keberkatan ialah dengan menggembirakan isteri dan anak-anak. Bila isteri dan anak-anak gembira, ia akan menjemput keredhaan Allah hadir dalam hidup kita.
Mungkin ramai yang tidak perasan, sebenarnya isteri dan anak-anak adalah Pintu rezeki yang sangat Powerful!
Kalau kita faham tentang rezeki, pasti kita akan menghargai sangat-sangat anak dan isteri kita kerana kehadiran mereka sebenarnya telah membawa 1001 rezeki yang tidak disangka-sangka dalam hidup kita sebagai seorang suami ataupun ayah.
Buktinya?
Cuba lihat kehidupan kita sepuluh tahun dulu dengan kehidupan kita pada hari ini.
Dulu naik motor, sekarang sudah berkereta. Dulu berkereta kecil, sekarang sudah berkereta besar. Dulu menyewa bilik kecil, sekarang sudah ada rumah yang selesa.
Bukankah kehadiran mereka telah menjadikan kehidupan kita semakin baik?
Pernah tak dengar orang tua-tua kata, “rezeki anak ini tidak akan pernah putus. Sentiasa ada sahaja. Kadang tidak disangka, rezeki itu datang tanpa dicari dan tanpa dipinta pun”.
Saya selalu cakap dengan anak-anak, doakan kebaikan untuk Abi dan Umi selalu, sebab teman tahu mereka ini adalah anak-anak yang suci bersih tanpa dosa.
Jangan terlalu berkira dengan perkara-perkara ini:
1. Makan minum isteri dan anak-anak. Bila mereka kenyang, seorang suami atau ayah akan beroleh pahala yang besar kerana menunaikan nafkah untuk mereka.
2. Hadiah. Selalulah berikan hadiah pada mereka. Bukanlah setiap hari, ikutlah waktu yang sesuai. Sabda Nabi SAW, “Hendaknya kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai” (Al-Bukhari)
3. Keperluan harian. Ia juga sebahagian daripada nafkah seorang suami atau ayah terhadap ahli keluarganya.
4. Pendidikan. Jangan takut untuk buat pelaburan ilmu. Cuma seimbangkan ilmu dunia dan akhirat. Jangan hanya hanya ilmu keduniaan sahaja.
5. Perlindungan. Buatlah perancangan yang baik untuk keluarga, termasuk perlindungan untuk isteri dan anak-anak. Jangan terlalu berkira-kira. Suami atau ayah akan terus bahagia bila isteri dan anak-anak kekal sihat. Kata Nabi SAW, “Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang.” (Al-Bukhari)
Semoga Allah SWT meluaskan dan melimpahkan para suami atau ayah sekalian yang membaca tulisan ini. Allahumma Amiin.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.