Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.
Ads
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Jom daftar sebagai Moms To Be VIP Member kerana mama hamil akan mendapat pelbagai keistimewaan termasuk Pa&Ma E-Workshop PERCUMA. TAWARAN ISTIMEWA MINGGU INI bagi yang sign up sebagai Moms To Be VIP member akan dapat voucher membeli belah 9 Months. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member/ untuk join.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Anak saya menangis bila buka channel lain, asyik nak dengar lagu kanak-kanak sahaja”. Selalu sangat kita dengar rungutan mak ayah yang semacam ini. Saban waktu, 24 jam terpaksa mendengar anak memasang lagu kegemarannya di rumah. Jamgan dibiarkan.
Menurut Pn Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist di Beyond Home Therapy, sebaiknya mak ayah elakkan anak-anak kecil kita khususnya di bawah usia dua tahun terlebih mendengar lagu-lagu kegemarannya sehingga menjadi taksub, siang dan malam. Hal ini boleh mendatangkan kesan pada anak kecil kita.
“OVERDOSE” LAGU KANAK-KANAK
“Anak saya menangis bila buka channel lain, asyik nak dengar lagu kanak-kanak sahaja” Hari itu ada seorang ibu yang mengadu masalah di atas, kalau mak ayah yang ada anak umur bawah 2 tahun dan ada ciri-ciri ini:
1. Asyik nak dengar lagu kanak-kanak sahaja siang dan malam.
2. Buka channel Babytv, dia tak pandang langsung dan nampak bosan.
3. Tidak respon bila namanya dipanggil.
4. Tidak teruja nak pandang atau menuju ke arah bunyi yang baru atau pelik, contohnya “rattle”.
5. Tidak segembira melihat mak atau ayahnya balik rumah kalau dibandingkan menonton lagu kanak-kanak.
6. Tidak sedar perubahan persekitaran contohnya hujan atau bunyi petir.
Jika perasan anak anda mempunyai ciri-ciri di atas dan dalam masa yang sama memang sehari lebih 30 minit anak menonton lagu kanak-kanak, ketahuilah yang mungkin anak sudah menunjukkan ciri-ciri sudah “overdose” lagu kanak-kanak atau terlebih pendedahan skrin. (Melainkan ada masalah perkembangan yang lain)
Semakin awal mak ayah ambil langkah pencegahan, semakin kurang risiko anak kelewatan perkembangan.
Banyak kes yang sebenarnya tanda-tanda ini sudah ada pada anak sejak anak umur 6 bulan tetapi dibiarkan beralutan sehinggalah anak umur 1 tahun 6 bulan atau 2 tahun. Biasanya apabila mak ayah mula sedar yang anak masih belum pandai bercakap.
Kebanyakan kes yang saya jumpa dan analisa mempunyai masalah dan punca yang sama. Sehinggakan saya rasa nak bongkarkan sahaja segala-galanya tentang bahaya lagu kanak-kanak untuk anak umur bawah 2 tahun, apatah lagi bayi.
Ya, memang tidak dinafikan lagu kanak-kanak memang menarik sehinggakan kita yang sudah dewasa juga boleh tertarik.
Jadi, kebanyakan mak ayah merasakan WAJIB dedahkan lagu-lagu ini untuk anak. Bukti kita dah jadi mak ayah. Anak pula nampak gembira dan teruja sangat bila kita buka lagu kanak-kanak.
Yang paling merisaukan bila ada mak ayah merasakan anak mereka “pandai” apabila pandai duduk diam tengok TV berjam-jam.
Tapi tahukah mak ayah yang sebenarnya banyak jenis rancangan lagu kanak-kanak yang sebenarnya tak sesuai untuk anak umur 2 tahun ke bawah?
1. Anak perlukan masa beberapa saat untuk memproses visual atau bunyi yang dia lihat atau dengar.
Jika mak ayah sedar, sewaktu anak umur 6-12 bulan. Bila kita ajar sesuatu skil baru contohnya “bye”, anak tak tiru buat terus.
Kadang-kadang kita dah “bye” lama, dalam 15 saat baru anak “bye” semula. Sebenarnya berapa lama jangka masa anak untuk meniru kita, masa itulah diperlukan oleh otak anak untuk memproses maklumat.
Agak-agak kalau kita buka lagu kanak-kanak yang bertukar skrin setiap 1 saat, anak boleh faham tak? Sudah tentu TIDAK.
2. Semua bayi “pandai” tengok TV.
Anak umur 2 tahun ke bawah memang dalam fasa tercari-cari rangsangan deria bunyi dan visual.
3. Anak tengok warna dan cahaja sahaja.
Jika 2 jam kita buka lagu kanak-kanak yang laju dan cepat, boleh jadi 2 jam itu sebenarnya anak hanya lihat pertukaran cahaya dan warna sahaja sekiranya anak tidak menunjukkan respon terhadap apa yang dia lihat.
Bagi saya, 2 jam anak tengok sesuatu yang dia tidak faham adalah umpama kita dah bazirkan 2 jam masa hidup anak.
4. Lagu kanak-kanak umpama ‘junk food” yang sedap tetapi tidak sihat untuk anak.
Sekali sekala tidak mengapa, jangan sepanjang masa. Isu yang berlaku adalah apabila anak dah biasa dengar bunyi yang “sedap” dan visual yang “cantik”, sehingga suatu masa sensitiviti anak terhadap visual dan bunyi kurang dari sepatutnya.
Itu yang menjadi punca utama anak mula tidak fokus bila namanya dipanggil atau tidak sedar apabila hujan lebat diluar. Paling sedih bila anak lagi termakan pujukan dengan sogokan lagu kanak-kanak daripada pelukan dan nyanyian sumbang mak ayah sendiri.
Bila perkara ini terjadi, bermaksud mak ayah dah kalah dengan watak dari lagu kanak-kanak itu. Jadi, mak ayah sekalian. Jika dalam keadaan terpaksa untuk beri anak tengok TV atau handphone, mohon sentiasa periksa respon dan perubahan pada anak.
Mengikut AAP, anak umur 18 bulan ke bawah tidak patut didedahkan dengan skrin lagi. Tetapi saya faham zaman pandemik ini, ramai terpaksa guna bantuan skrin kerana ada pelbagai kekangan.
Ada tak yang nak tahu ciri-ciri rancangan yang sesuai untuk anak umur bawah 2 tahun?
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Sertai Pa&Ma E-Workshop, Lindungi Ibu, Lindungi Penyusuan yang dianjurkan Pa&Ma. Perkongsian ilmu mengenai penyusuan yang begitu bermanfaat untuk semua. Jom cepat-cepat sertai kami di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila bayi menangis, kelam kabut ayah dan ibu mencari puncanya. “Baby lapar rasanya Mama. Bila last Ma menyusu?” tanya si ayah.
“Eh! Tak sampai sejam tadi. Belum sampai waktu menyusu lagi Pa. Basah agaknya.” Balas ibu resah sambil memeriksa lampin bayi.
“Tak penuh pun lampinnya. Angin agaknya perut dia.” Ayah lantas kelam kabut mencari minyak telon untuk disapu di perut bayi yang tangisannya semakin kuat.
Walau disapu dan diusap, tangisan bayi masih belum reda.
Ibu memeriksa suhu badan bayi, “Tak panas pun badannya Pa.
“Kenapa ya Pa?” Ibu semakin resah.
“Cuba kuatkan kipas angin dan bukakan tingkap. Abang rasa bilik ini agak ‘stuffy’. Mungkin sebab itu.” Tanpa berlengah ibu menuruti cadangan ayah. Apa saja sanggup dilakukan untuk menghentikan tangisan bayi dan mendamaikannya.
“Sama saja Pa. Tak berhenti jugak. Kenapa ni Pa? Jom kita bawa ke klinik. Risau saya.” Ibu sudah hampir mati akal. Ibu selalunya cepat tersentuh apabila anak menangis tidak berhenti. Iyalah, bukan senang hendak mengandung dan melahirkan. Jika tidak cepat bertindak, kalau berlaku apa-apa, menangis air mata darah sekalipun tidak akan mengubah apa-apa.
Tiba-tiba
“Eh! Ini semut merah ni. Mana datang semut? Bukankah syarikat kawalan serangga datang sembur baru-baru ini.” Ayah bingkas memeriksa ‘cot’ bayi.
“Ya Allah Ma, tengok ni. Ini bekas digigit semut. Patutlah dia menangis tidak berhenti. Sakit ni Ma. Kesian.” Ayah menunjukkan benjolan kecil pada kulit bayi akibat digigit seekor semut durjana itu.
“Cepat-cepat ambik krim yang Ma beli online tu dan sapukan. Mudah-mudahan melegakan.”
Setelah digosok, dituam, disusukan, dibelai, dibuai, dan didodoi, tangisan bayi pun reda. Bayi terus tertidur dalam dakapan ayah. Lega ayah. Lega ibu.
Begitulah respon kita kepada bayi. Setiap tangisan bayi adalah satu bentuk komunikasi yang harus kita rungkaikan kerana mereka belum boleh berkata-kata. Kita tidak melihat bayi sebagai manusia yang manipulatif, dan cuba menguji. Ibubapa yang peduli dan proaktif akan cuba untuk memahami dan mencari punca bagi mencari solusi masalah yang dihadapi oleh bayi.
Adakah kita mula berubah?
Sikap kita mula berubah apabila anak sudah boleh berjalan dan berkata-kata. Kita tidak lagi dengan sepenuh hati cuba untuk mencari punca. Kita jarang bertanya kenapakah anak saya begini? Kita terus bertanya apa yang harus saya lakukan? Ada yang terus melabel anak nakal, biadap, degil dan diratib tidak berhenti-henti di hadapan anak.
Mungkinkah anak tidak mempunyai skil untuk menghadapi kekecewaan maka dia selalu dilihat meragam dan memberontak apabila kecewa? Jika itu puncanya, bekalkan anak dengan skil untuk menghadapi kekecewaan. Bukannya terus marah apabila dia meragam. Hukuman tidak membina skil tersebut.
Mungkinkah anak tidak tahu cara untuk berinteraksi? Dia tidak mempunyai kosa kata yang positif dan baik untuk digunakan. Yang dia tahu hanyalah perkataan yang kasar dan mencarut untuk meluahkan perasaannya. Anak ini juga tidak mempunyai skil. Bekalkan anak dengan skil komunikasi yang positf, bukannya dengan hukuman yang tidak membantu membina skil tersebut.
Mungkinkah anak tidak berupaya untuk mengungkapkan kesakitan fizikal yang dialaminya maka dia selalu meraung walau disebabkan perkara yang kecil? Ataupun anak mungkin mengasingkan diri dan tidak berkawan disebabkan kesakitannya? Bekalkan anak dengan skil untuk memberitahu dan meluahkan. Kita juga perlu lengkapkan diri kita dengan skil untuk mendengar dan memantau, bukan hanya skil untuk membebel.
Sebagaimana seorang bayi, tingkahlaku dan tindakan seorang anak termasuklah anak remaja, adalah satu bentuk komunikasi.
Tanya diri kita, apa yang cuba anak sampaikan?
Apakah keperluan yang tidak cukup?
Apakah yang terlebih?
Apakah skil yang anak perlukan?
Pasti ramai ibu bapa mengalami keadaan di mana anak kecil menangis apabila ditinggalkan sekejap. Tapi terus terdiam apabila ibu ayah muncul di depan mereka. Magis kan? Sebenarnya situasi ini ada kaitan dengan ‘Separation Anxiety’.
Doktor Pediatrik, Dr. Redzal Zainol berkongsi tentang fasa ‘Separation Anxiety’ di mana akan berlaku pada anak yang berusia 6 bulan sehingga 2 tahun lebih. Fasa ini adalah fasa normal.
Bila mak tinggalkan anak sekejap, terus berlaku 3C ini:
Tapi bila mak muncul balik, terus senyap budak tu. Siap tersengih-sengih lagi.
Ini disebut sebagai fasa ‘Separation Anxiety’.
Dan sebenarnya fasa ini dikira normal antara usia 6 bulan hingga 2 tahun setengah.
Tambah Dr.Redzal lagi, fasa ini boleh dicegah dengan melakukan beberapa perkara antaranya bermain nyorok-nyorok bersama anak supaya anak faham tentang konsep ‘Object Permanence’.
Tips, kita ajak anak kita tu main nyorok-nyorok. Jadi mak ayah boleh menyorok di belakang pintu ataupun belakang sofa.
Kemudian biarkan anak kita tu sama ada merangkak atau berjalan ke arah kita. Di sini anak akan belajar satu konsep yang dinamakan sebagai ‘Object Permanence’.
Maksudnya walaupun dia tak nampak mak ayah dia di mana, tapi dia faham dan tahu mak dia wujud, sebenarnya ada.
Jadi taklah dia asyik menangis je bila tak nampak mak dia.