Tip elak anak tantrum jangan segera hapuskan kesakitan anak dengan kata-kata. Kebiasaannya, kalau anak kita terjatuh, terlanggar, tercedera, ramai yang akan cuba tenangkan anak dan kata:

” Sakit sikit je kan, tak sakit pun”.
” Ala baby kan dah besar, tak yah nangis nangis, senyap senyap “.
” Tulah ke sana ke mari, kan dah jatuh”.

Sudahnya anak selalu tantrum, dan sukar dikawal, senang merengek. SEBAB APA?
Bila anak sakit , kita senyapkan dia untuk mengakui dan meluahkan sakit.

Emosi yang perlu dilepaskan dipaksa untuk disimpan. Akhirnya, dia susah nak cerita dan tahu di mana dia sakit.

Kesannya bawa ke masa hadapan. Jadi bila anak nangis sebab sakit ke, lapar, tak selesa ke,

Anak tak boleh nak beritahu, sebab dah terbiasa disenyapkan oleh ibu ayah. Dan sebenarnya mungkin dia sendiri pun tak tahu apa benda yang aku rasa ini.

Maka, anak hilang kawalan sebab tak mampu nak ekspresikan apa yang dia rasa.
Tulah jadinya anak makin susah dikawal sebab tak tahu punca.

IKLAN

Anak sebenarnya lapar, tak boleh beritahu, kita ingat dia nak tidur.

Anak sebenarnya sakit perut, tak boleh beritahu, kita ingatkan sakit kaki.

Anak sebenarnya nak tidur, kita ingat dia nak main.

Ha, kan dah kelam kabut jadinya?

Tip Elak Anak Selalu Tantrum, Ibu Ayah Perlu Buat Macam Ni. Anak Cepat Tenang!

IKLAN

Jadi, contohnya, kalau anak tersadung kaki, tunjukkan pada anak,

” Kaki sakit ye! Takpe mai ibu ayah gosokkan “.
” Adam sedih ye sebab jatuh ye “.

📍Jelaskan pada anak di mana sakitnya.
📍Jelaskan pada anak apa emosi yang dia rasa ketika itu.

Jadi, apa ibu ayah perlu buat?
✔Beri ruang dan masa untuk dia menangis sebentar sambil memberi sentuhan.
✔ Acknowledge perasaan dan sakit anak.
✔Sebutkan untuk anak jika belum mampu bercakap dan memahami.
✔ Sentiasa bercerita tentang jenis emosi dan sakit supaya anak tahu.

Hasilnya, anak tahu apa yang dirasa, anak boleh ekspresikan tanpa rasa takut dan dihakimi.

Tip Elak Anak Selalu Tantrum, Ibu Ayah Perlu Buat Macam Ni. Anak Cepat Tenang!

IKLAN

Hasilnya, kita tahu apa yang anak rasa, dan kita dapat mencari penyelesaian yang betul.
Jangan cepat melabel anak tak dengar kata, buat perangai, padahal sebenarnya mereka nak beritahu sesuatu pada kita melalui tingkah laku mereka.

Kredit: Wan Nur Syakira

Ketahui fungsi carseat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Tip Elak Anak Selalu Tantrum, Ibu Ayah Perlu Buat Macam Ni. Anak Cepat Tenang!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI