Bau kepam di dalam rumah biasanya boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Selalunya bau yang kurang enak ini datang daripada bau masakan, makanan/minuman yang tertumpah serta karpet yang tidak dikeringkan dengan betul.
Maka terhasillah bau yang menusuk hidung ini. Untuk menghilangkannya, ada di antara kita yang menggunakan pewangi, namun tidak semuanya berkesan. Ada yang jenis berbau harum sekejap sahaja, selepas beberapa minit hilang begitu sahaja.
Berikut dikongsikan cara terbaik supaya rumah tidak berbau kepam. Selalunya bau kepam ini disebabkan karpet yang berhama dan sudah lama tidak dibersihkan.
Cara yang paling berkesan, selamat dan menjimatkan bagi mengatasi masalah ini ialah dengan cara menggunakan dua bahan ini:
1. Baking Soda
2. Essential Oil
Boleh guna bau lemon dan lavender agar rumah berbau segar.
Ads
CARA-CARA:
1.Letak baking soda dalam bekas yang berlubang seperti bekas garam.
2.Masukkan lebih kurang 10 titis essential oil pilihan anda.
Ads
3. Taburkan atas karpet, biarkan dalam 30 minit kemudian vakum. Hasilnya rumah anda akan kekal wangi sentiasa. Selamat mencuba!
Banyak sangat cabaran dalam mendidik anak-anak zaman ini. Banyak sekali ancaman yang terpaksa dihadapi oleh anak-anak. Baik dari segi pemikiran, pembentukan akhlak bahkan keselamatan jasad mereka.
Menerusi perkongsian Puan Wan Nur Syakira, ada beberapa doa yang boleh diamalkan untuk melindungi diri dan keluarga.
Menurutnya, doa ini dia jadikan ikhtiar dan doa peribadi. Doa ini ada dalam al Mathurat.
Mindset saya untuk menenangkan hati saya sebagai ibu, setelah apa yang kita telah usahakan dan didik anak,
Berdoalah. Bertawakallah. Memang jagaan kita tak sempurna. Jagaan siapa paling sempurna ? Allah yang Maha Menjaga. Ya Hafiz.
Siapa boleh jamin keselamatan anak bila kita tiada di sisi ?
Siapa boleh jamin anak boleh jaga diri bila kita tiada ?
Siapa boleh jamin anak tak lakukan benda pelik bila kita berada jauh dari anak ?
Hanya Allahlah, sebaik-baik penjaga. Yang jauh dari kemampuan kita, kita serah dan tawakal. Hasbunallah wa ni’mal wakil.
Begitulah, jadi ibu ayah, memang banyakkan doa. Doa ibu lagilah, kan mustajab. Guna keistimewaan yang ada.
Saya kongsikan ikhtiar dan amalan Ustazah Asma’ Harun dalam menjaga anak-anak beliau
Letakkan tapak tangan kita atas kepala anak kita dan baca 3 ayat-ayat ni sebelum tidur atau masa lain pun tak apa ;
1️⃣ Ya ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin 3x
(Yang menjaga, Yang Memelihara)
(Dalam hati, kita doa; Ya ALLAH yang menjaga, jagalah anakku ini Ya ALLAH. Aku serahkan anakku dalam jagaan dan pengawasan-MU.
2️⃣ Baca Ar-Rahman ayat 1-4.
اَلرَّحۡمٰنُۙ
Tuhan Yang Maha Pemurah
عَلَّمَ الۡقُرۡاٰنَؕ
Yang mengajarkan Al-Quran.
خَلَقَ الۡاِنۡسَانَۙ
Dia mencipta kan manusia
(Dalam hati kita doa, Yang menjadikan anakku ini insan, jadikan dia insan)
عَلَّمَهُ الۡبَيَانَ
Mengajarnya pandai berbicara
(Dalam hati, kita doa; Ajarkanlah anakku ini ilmu Al-Bayan, ilmu yang jelas, kemahiran untuk bercakap, kemahiran untuk mendapatkan ilmu, beramal dengan ilmu)
4️⃣Akhir sekali kita pesan pada anak kita,
احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ
“Jagalah Allah, Allah akan menjagamu”.
5️⃣ Amalkan surah al Ghafir, ayat 44.
وَأُفَوِّضُ أَمري إِلَى اللهِ ۚ إِنَّ اللهَ بَصيرٌ بِالعِبادِ
Maksudnya : Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”.
Jangan terlalu bimbang, terlalu rasa tak berdaya. Allah ada bukan? Kunci tenang ketika berusaha,
Adalah BERDOA SENTIASA. Kunci tenang selepas usaha, adalah TAWAKAL.
Kita yakin Allah ada.
Allah berkuasa. Untuk menjaga anak kita di kala pancaindera kita tak mampu nak melihat anak kita. Ajarkan doa-doa ini kepada anak juga. Amalkanlah al Mathurat.
Jadi, jangan lupa ketika berusaha melindungi anak dengan ilmu pendidikan seksualiti yang kita bekalkan, berdoalah dan bertawakallah.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Tekanan emosi dan perasaan dalam mendidik anak adalah sebahagian dari pakej yang datang dengan status menjadi seorang ibu atau bapa. Mari bersikap jujur dengan diri sendiri. Kita bukan Superhero!
Menguruskan urusan diri sendiri, keluarga, kerjaya dan anak-anak dalam masa yang sama adalah sumber tekanan yang datang hampir setiap hari. Kalau tidak betul gaya menguruskan tekanan ini, kita mungkin akan tersilap langkah.
Berikut dikongsikan tips ini untuk panduan bersama
TANGGUHKAN REAKSI ANDA – Tidak kita seteruk mana pun masalah yang ditimbulkan oleh anak anda, jangan terus bertindak. Tindakan serta merta anda, selalunya didorong oleh emosi (baca: Amygdala Hijack). Selalunya kesilapan dalam bertindak berlaku sewaktu kita impulsif, bertindak melulu tanda memikirkan kesan. Jadi berhenti sejenak, fikir dengan otak rasional, bukan otak emosi. Kemudian baru tentukan tindakan anda dalam situasi tersebut.
BELAJAR TEKNIK RELAKSASI – macam-macam teknik anda boleh pelajari dari buku, alam maya mahupun professional. Tak semestinya yang terlalu rumit. Teknik pernafasan dalam (deep breathing technique – sedut-tahan-hembus dengan kiraan dan kitaran teratur), teknik distraction dan sebagainya sudah cukup berkesan dengan syarat di lakukan dengan betul dan konsisten.
PERBETULKAN FOKUS ANDA – Kita mudah terkesan dengan perkara yang kecil dan remeh seperti anak tumpahkan air, anak hilang jadual, anak berebut remote televisyen sehingga kita lupa fokus yang lebih besar. Pilih pertarungan anda. Jangan sampai isu kecil seperti air tumpah menjadi luka besar pada emosi anda dan anak-anak yang kekal sampai bertahun. Fikirkan apa yang anda ingin capai dalam situasi itu. Tugas anda mendidik dan bukan mengherdik. Ada masa diam dan tunjuk cara penyelesaian lebih berkesan dari membebel berjam sambil menyumpah seranah.
FIKIR PANJANG – orang putih kata, begin with end in mind. Bila ingin berbuat sesuatu kepada anak atau diri sendiri, fikirkan apakah kesan jangka masa panjang tindakan kita. Apa yang kita ingin capai dari situasi ini. Kita mungkin puas hati seketika dapat kepas geram dengan memukul anak, tapi kesannya pada anak mungkin sampai bila-bila.
CARI HARI HUJUNG MINGGU UNTUK ANDA – Anda juga perlu cuti rehat dari jadi ibu bapa. Bila kali terakhir anda bercuti berdua dengan pasangan? Kalau rumahtangga dan anak-anak kelam kabut tak tahu punca, mungkin sebenarnya ia signal minta anda mohon cuti. Parkirkan anak di rumah ibubapa, ganjarkan diri anda dengan percutian seketika.
CARI HOBI/ AKTIVITI SOSIAL – jangan ingat hobi dan bersosial hanya layak untuk orang bujang. Cari semula minat yang anda telah tinggalkan dek kesibukan menajdi ibu bapa. Jangan pencen awal dari main bola, membakar kek, menjahit manik, melukis, berkebun atau apa juga hobi yang membantu anda rehat dan rawat enjin anda.
URUS MASA – bangun lambat, kerja tak siap, anak lewat ke sekolah, kerja sekolah anak tak siap – bahan asas yang cukup sempura untuk memulakan hari dengan keadaan tertekan. Susun semula prioriti kehidupan. Senaraikan apa yang perlu di buat sekarang, kemudian dan akan datang mengikut ketetapan yang realistik. Kaji penggunaan masa anda. Buang tabiat membuang masa – layan internet tanpa tujuan, bersembang tak bertopik atau drama yang bersiri-siri.
CARI KAWAN – Jangan ingat berkawan maksudnya ‘tak ingat anak bini’. Kawan ada ruang khas dalam hidup. Ia membantu menampung kelompongan yang ada dalam jiwa. Jangan duduk dalam gua dan berharap kita akan hidup gembira.
BERKONGSI – setiap ibu bapa ada pengalaman tersendiri. Kongsi masalah anda, kongsi kejayaan anda. Belajar antara satu sama lain membantu membesarkan lensa kita dalam melihat cabaran mendidik anak-anak.
UBAH CARA FIKIR – cara fikir kita menentukan emosi dan reaksi kita. Kalau kita rigid dan negatif dalam berfikir, emosi dan tindakan yang datang juga akan negatif. Contohnya anak buat salah, kalau kita fikir “kenapalah anak aku ni tak faham-faham!” – sudah tentu emosi yang akan terbit juga sama rasanya. Adakalanya kita berhenti dan ubah cara fikir “adalah tu yang tak kena, mungkin dia penat agaknya”. Emosi dan tindakan kita sudah tentu berbeza.
JANGAN LUPA TUHAN – Anak adalah amanah Allah. Allah jualah yang sumber kekuatan kita semua. Lebih dekat dengan pencipta, lebih dekat yang dicipta pada kita.
Berminat untuk tahu lebih banyak tips, jom dapatkan buku PSIKOLOGI SI KECIL sebagai panduan setiap keluarga dalam memahami psikologi anak-anak.
Dapatkan di link berikut: bit.ly/Psikologi_Si_Kecil
#psikologisikecil
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila anak berderet dan semuanya inginkan perhatian, ibu bapa banyak yang panik dan gelabah. Memang mahu berikan yang terbaik, tapi bagaimana kerana tangan & kaki hanya ada dua pasang sedangkan keperluan emosi si kecil yang perlu dipenuhi banyak…
Anak ramai memang seronok, meriah suasana rumah. Tapi tak dinafikan memang ada cabarannya semasa anak-anak membesar. Perhatian dan keperluan emosi adalah yang sesuatu yang kritikal semasa anak-anak membesar.
Perkongsian Puan Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect ini memberikan panduan kepada ibu bapa yang mempunyai anak ramai menguruskan cara untuk memberikan perhatian dan yang mana perlu didahulukan.
Ibu bapa tidak memahami, anak dihukum sedangkan mereka dahagakan perhatian
Ibu anak 4 semua nak perhatian. Serentak!
Paling mencabar dengan cara menguji kesabaran
Penatnya balik dari kerja, kerja bertimbun perlu diselesaikan ditambah dengan kerenah anak nakkan perhatian
Dalam keadaan letih, kelakuan anak yang normal pun sangat mencabar kesabaran
Ayah main peranan dalam menguruskan huru hara dalam rumah, bagi masa ibu bertenang
Perhatian pertama ialah kepada tingkah laku biggies yang membahayakan, memudaratkan & merosakkan
Tingkah laku biggies anak untuk tagih perhatian ibu bapa.
Tingkah laku biggies diperbetulkan dengan cara tidak memudaratkan orang lain. Mesti ada peraturan.
Perhatian kedua ialah kepada tingkah laku smallies. Hati-hati kerana jika tidak diberikan perhatian smallies boleh jadi biggies.
Satu kelebihan mempunyai anak yang ramai adalah, mereka boleh dilatih untuk saling membantu dan mengasuh antara satu sama lain. Ini juga adalah skil yang harus dipupuk.
Perlu tahu cara beri perhatian. Kalau tidak sia-sia umpama mencurah air ke daun keladi.
Perhatian positif bantu anak berkelakuan baik dan positif.
Silap cara anak boleh jadi manipulatif. Perhatian negatif akan menyebabkan anak mengulangi tingkah laku negatif untuk mendapatkan perhatian.
Anak yang baik jangan diabaikan untuk elak rasa cemburu & tidak puas hati.
Favouritism dalam didik anak boleh memberi kesan psikologi jangka panjang tanpa disedari ibu bapa, termasuk trauma emosi yang berlarutan hingga dewasa.