Semua ibu mahu berikan yang terbaik untuk anak. Melihat anak membesar sihat dan gembira sentiasa menjadi keutamaan wanita bergelar ibu. Tetapi adakalanya dalam perjalanan membesarkan anak berlaku bermacam dugaan dan masalah yang tidak dijangkakan.

Itu antara yang pernah dilalui oleh Herny Hafiz, 36, bekas jururawat dalam bidang perawatan rapi yang memilik dua orang anak. Beliau berpengalaman menjaga anak sulungnya Puteri Nur Qairunnisa, yang kini berusia 9 tahun dan mengalami penyakit asma dan ekzema sejak kecil.

Selain menitikberatkan soal penjagaan diri anaknya yang ada masalah kesihatan, Herny menjadi lebih cerewet tentang bab pemakanan. Beliau percaya amalan pemakanan sihat turut membantu proses penyembuhan penyakit yang dialami oleh anak sulungnya.

Apabila dikurniakan anak kedua, Dayyan Putra Mohd Hafiz, yang kini berusia 2 tahun 4 bulan, Herny menjadi semakin prihatin tentang pemakanan yang diambil oleh kedua-dua anaknya.  Menggunakan kepakaran sebagai seorang bekas jururawat, beliau melakukan banyak kaji selidik amalan pemakanan sihat untuk anak-anaknya yang sedang membesar.

Herny mencari pelbagai maklumat tentang pemakanan anak bermula sejak anak keduanya masih kecil lagi. Menurutnya ia sebagai persediaan sebelum mula memperkenalkan makanan pejal kepada Dayyan.

“Rujukan berkenaan hal-hal pemakanan anak, kebanyakannya diperoleh menerusi laman-laman web berkaitan. Berbanding laman web barat, saya lebih suka merujuk informasi pemakanan anak menerusi laman web Indonesia. Bagi saya, pemakanannya sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia di samping menggunakan sumber-sumber tempatan yang sebenarnya lebih segar dan berkhasiat tinggi.”

IKLAN

 Menyedari kepentingan setiap anak untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui pemakanan sihat, maka Herny percaya ia bermula dari ibu sendiri. Baginya ibu mesti tahu tentang maklumat pemakanan sihat yang disediakan untuk anak-anak.

Justeru itu Herny tidak kisah memasak setiap hari demi memastikan anak-anaknya makan hanya makanan berkhasiat daripada air tangannya sahaja. Pelbagai resipi dicuba dan diolah menggunakan sumber makanan berkhasiat dan baik untuk perkembangan otak anaknya serta kesihatan fizikal mereka.

Tips Didik Anak Amalan Pemakanan Sihat

IKLAN

Beliau mengajak semua ibu sentiasa mengemaskini pengetahuan masing-masing tentang perkembangan teknologi pemakanan yang turut mengalami perubahan. Herny percaya anak yang sihat bermula dari segi dan cara pemakanan mereka. Selain dari itu, ibu juga perlu menjadi kreatif dalam menyediakan hidangan sihat untuk anak supaya mereka tertarik untuk makan makanan tersebut.

Tips Didik Anak Amalan Pemakanan Sihat

Memerhatikan gaya pemakanan ibu adalah perkara penting bagaimana Si Kecil membentuk tabiat pemakanan mereka. Jika ibu mahukan Si Kecil mengamalkan pemakanan sihat, pastikan bahawa mereka melihat dari segi dan cara pemakanan ibu juga sihat – seperti memilih makanan yang bernutrisi.

IKLAN

Contonya jika anda mahu anak makan snek sihat, pastikan ia sentiasa disediakan. Simpan makanan hanya di dalam kawasan dapur dan jangan ajar anak makan di merata tempat termasuk di depan televisyen atau bilik tidur. Sebaiknya elakkan memberi Si Kecil makan makanan seperti ais krim, gula-gula dan coklat sebagai salah satu ganjaran jika mereka berkelakuan baik kerana ia mendedahkan mereka kepada tabiat pemakanan yang tidak sihat. Sediakan makanan berkhasiat bersama anak anda dan lakukan ia dalam suasana ceria dan menyeronokkan bagi usaha untuk menggalakkan mereka dengan tabiat pemakanan sihat.

Tips Didik Anak Amalan Pemakanan Sihat

Kisah inspirasi ini dibawakan kepada anda oleh NESTLÉ NANKID OPTIPRO® – The science of mother. Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.startwell.nestle.com.my/brands/nankid-optipro

#NANKID #TheScienceOfMother

NANKID OPTIPRO® 3 adalah susu tepung diformulasi dengan “optimized protein”, DHA & ARA, dan probiotik bagi membantu menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Untuk kanak-kanak berumur 1 – 3 tahun.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI