Bukan senang untuk menggalas tangungjawab sebagai ibu dan ayah dalam masa yang sama lebih-lebih lagi anak-anak masih kecil dan tidak memahami apa-apa. Begitulah yang terpaksa ditangung oleh Puan Putri apabila suaminya dijemput Illahi akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Baca Selanjutnya kisah Puan Putri:

“Saya Tak Minta Lebih, Cukuplah Anak Dalam Kandungan Ini Mirip Ayahnya” Wanita Ini Kehilangan Suami Saat Hamil 4 Bulan

Memegang “title” ibu tunggal bukan halangan buatnya untuk terus berjuang membesarkan anak-anak. Dia yang sarat hamil dan dijangka melahirkan bayi keduanya bersama arwah suami pada bulan 10 ini, dia tetap redha dan kuat demi anak-anak walaupun tanpa suami disisi. Puan Putri berkongsi luahan di instagramnya.

“Tolong Doakan Anak Yatim Dalam Kandungan Ni” Suami Sempat Kemas Rumah Sebelum Meninggal

Assalamualaikum 

Tolong doakan anak kami sihat & kuat. Hidup dua beradik elok2 ye ayra & adik. Papa xda, ibu ada akan jaga anak2 ibu sebagai papa & ibu serentak. semoga ibu panjang umur. Papa tunggu kita kat sana, nanti papa sambut kita kat sana sama2 

Anak yatim kesayangan Nabi Muhammad s.a.w.

IKLAN

Dia juga turut memuatnaik situasi sebelum suaminya pergi buat selamanya akibat kemalangan jalan raya. Suaminya sempat mengemas barang-barang di rumah, walaupun pelik dengan situasi tersebut tapi mulutnya bagai terkunci daripada terus bertanya suaminya.

“Tolong Doakan Anak Yatim Dalam Kandungan Ni” Suami Sempat Kemas Rumah Sebelum Meninggal

Sebenarnya saya sedaya upaya taknak ingat tapi saya tetap sentiasa ingat. Start hari jumaat saya dah tak tentu arah, setiap minggu macam tu. Saya trauma. Saya takut rasa mcm taknak benda tu terjadi tapi tu suratan takdir yang dah ditetapkan oleh Allah.

Tolong sedekahkan surah Al Fatihah utk arwah suami sy Muhamad Noor Hafizie Bin Jamaludin

IKLAN

‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
‎الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
‎الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
‎مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
‎إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
‎اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ
‎صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

“Tolong Doakan Anak Yatim Dalam Kandungan Ni” Suami Sempat Kemas Rumah Sebelum Meninggal

Pernah ke kalian bayangkan situasi macam ni? Tak pernah saya bayangkan akan menyirami kubur suami sendiri dalam usia yang sangat muda saat saya tunggu dia balik kerja & dah siap2 nak g dinner sama2 tapi berita lain yang saya dapat 

Ramai cakap muka kami seiras, orang cakap muka seiras jodoh panjang & saya sangka jodoh kami panjang di dunia ni. setiap kali orang cakap mcm tu rasa happy sgt2 tapi rupanya sekejap saja di dunia & akan bersambung semula di alam yang seterusnya inshaAllah.

Rasa sakit & rindu tu langsung tak berkurang malah rindu makin hari makin rindu makin terasa kehilangan makin remuk hati. Dulu saya ingat tak pelah lama2 mesti ok rupanya tak, rindu pada yang tiada ni makin hari makin sakit rupanya hati ni. .
Ntah, tak dapat nak gambarkan macam mana perasaan ni, kadang2 rasa macam nak tidur tak bangun2 sebab bila bangun rasa kosong, rasa pilu, tapi fikir masih ada dua orang anak yang perlukan ibunya, anak dalam kandungan & Putri Ayra Haifa kesayangan suamiku.

IKLAN

Semoga Allah berikan kekuatan yang luar biasa buatku

“Tolong Doakan Anak Yatim Dalam Kandungan Ni” Suami Sempat Kemas Rumah Sebelum Meninggal

Papa, ayra datang ni tapi ayra kacau ibu sebab ayra panas + ada semut gigit kaki pulak ehehe

Kejap je ibu singgah sebelum ramadhan. Papa tau ibu & ayra datang, selamat sambut ramadhan papa

Putri yang mendirikan rumahtangga bersama arwah suaminya dikurniakan dua cahaya mata, Ayra dan bayi yang dikandungnya kini.

Sumber: Putri

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI