
Bila tengok anak usia dua atau tiga tahun nak buat sesuatu atau ingin tolong, sebagai mak ayah kita rasa tak perlu. Sebabnya kita anggap mungkin hasilnya tak seperti yang diharapkan.
Jika diikutkan waktu ini baik untuk proses perkembangan anak walaupun apa yang dilakukan tak sempurna. Biar anak belajar sendiri daripada dia susah nak menolong kita bila mereka besar.
Perkongsian dari Dr Taufiq Razif ini sangat-sangat membantu dan menunjukkan apa yang sepatutnya anak seawal usia dua tahun boleh lakukan.
Baru ni geram juga tengok anak saya yang umur 2 tahun tu basahkan lantai dengan susu. Lebih geram lagi bila dia ambil baju saya dan letak dekat tumpahan susu tu dengan muka yang tak bersalah langsung! Geram je rasa tapi tahan je.
Saya tak boleh halang! Sebab saya kena baca niat di sebalik perbuatan pelik anak saya ni. Bila saya perhatikan balik dari jauh rupanya dia gunakan baju saya tu untuk serap air susu tu sebenarnya.
Ye, dia sedang cuba keringkan lantai dengan keringkan tumpahan susu tu!
Mungkin dia pernah nampak saya ataupun umminya buat benda ni kot. Mujur saya tak larang dia buat ‘ benda pelik ‘ tu tadi. Kalau saya jerit atau jerkah, boleh jadi ‘intention’ ataupun niat suci dia untuk tolong saya tu akan terbantut dan hilang buat selama lamanya!
Padahal mengikut kajian daripada Harvard anak yang buat ‘chores’ ataupun bantu kerja di rumah ni akan jadi orang dewasa yang berjaya! Daripada situ seorang anak belajar ‘work ethic’ untuk menempuhi alam dewasa mereka nanti.
Ni cadangan untuk ajar anak kita buat kerja yang ringan di rumah.
Umur 2-3 tahun :
+ Lap air yang tumpah
+ Sapu habuk
+ Letak baju dalam bakul sebelum mandi
+ Simpan mainan selepas digunakan
Umur 4-5 tahun :
+ Kemas tempat tidur
+ Sidai tuala di tempatnya
+ Cuci cawan dan pinggan plastik sendiri
+ Siram pokok bunga
+ Semua kerja yang umur 2-3 tahun tu buat
Kepada yang ada anak lelaki jangan risau. Setakat ni saya tak jumpa lagi kajian yang cakap anak akan tiba-tiba bertukar jadi pondan lepas dah buat kerja rumah.
Sumber: Dr Taufiq Razif
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lahir Waktu Pagi, Petang Atau Malam Boleh Mempengaruhi Peribadi Anak Bila Besar

Waktu bayi lahir boleh menentukan apa peribadinya pada masa depan. Mungkin sukar untuk percaya, namun ilmu astrologi mengajar yang waktu lahir bayi memang memberikan pengaruh besar terhadap watak si anak. Mari lihat penjelasan lengkap dari kami untuk mengetahui watak anak anda berdasarkan waktu lahirnya.
Waktu lahir bayi jam 5-7 pagi: Waktu Subuh
Anak yang lahir di waktu ini adalah anak yang sangat lembut, dia suka kebersihan dan juga suka berpakaian rapi. Anak yang lahir pada waktu subuh sangat peramah, dan bersikap rendah diri. Dia juga cenderung memiliki akhlak yang sopan. Anak yang lahir waktu subuh sangat sesuai untuk menjadi seorang ahli psikologi kerana karakternya yang memahami orang lain, murah hati, dan selalu membantu orang lain.
Waktu bayi lahir jam 7-9 pagi: Waktu Pagi
Karakter bayi yang lahir di waktu pagi memiliki cita-cita tinggi, dan sedikit kurang sabar juga keras hati. Namun demikian, dia juga memiliki komitmen kuat, bersifat jujur, harga diri tinggi yang membuatnya boleh mencapai masa depan cerah berkat usahanya sendiri.
Waktu lahir anak jam 9-11 pagi: Waktu Pagi
Bayi yang lahir di waktu awal tengahari akan membesar sebagai seorang yang mementingkan penampilan. Dia juga memiliki sifat tenang, ceria, pintar, pandai berbicara dan pandai menyimpan perasaan. Dia menyukai persaingan, dan sangat gembira jika boleh memenangi sesuatu dan berada di puncak. Dia juga seorang yang suka merancang secara bijak.
Waktu bayi lahir jam 11 pagi: Waktu Pagi
Jam sebelas pagi adalah masa kelahiran para atlet yang memiliki banyak tenaga dan kekuatan. Dia juga seorang pengembara dan bersikap murah hati. Anak ini juga memiliki banyak ruang untuk cinta di dalam hatinya. Cinta kepada keluarga dan temannya akan membuatnya menjadi seorang yang suka bekerja keras demi kebahagiaan orang lain.
Waktu lahir anak jam 12 – 1 petang: Waktu Tengahari
Anak yang lahir di waktu siang dan pada waktu tengahari khususnya adalah anak yang aktif dan energetik. Dia penuh rasa ingin tahu dan suka bermain. Selain itu, bayi yang lahir di waktu matahari sedang tinggi memiliki kemampuan mengajar yang bagus. Dia akan menjadi orang yang bercita-cita tinggi namun penuh rasa tanggungjawab. Dia juga akan mudah bertemu jati dirinya kerana dia tahu apa yang diinginkan dalam hidup ini.
Bayi yang lahir pada pukul 2-5 petang: Waktu Petang
Anak yang lahir pada jam ini bersopan santun, ramah, tenang, dan lembut. Anak ini juga sering kelihatan sedih, padahal dia hanya sedang berfikir. Jika diperlakukan secara buruk oleh orang lain, dia akan melawan dan membela diri. Kepercayaan dirinya tersembunyi di sebalik sikap yang tenang. Dia membenci kekerasan, namun juga bersifat keras kepala untuk meraih kejayaan sebanyak-banyaknya.
Waktu bayi lahir jam 5-7 malam: Waktu Menjelang Maghrib
Anak yang lahir di waktu ini memiliki keperibadian terbuka, namun juga kurang sabar dan cenderung untuk melawan. Meski demikian, dia akan membesar menjadi seorang yang bijaksana, pintar, berani melakukan hal yang benar, perancang yang baik, dan juga tahu bagaimana caranya untuk bertahan dalam situasi sukar. Anak ini juga memiliki kemampuan beradaptasi dengan orang-orang di sekelilingnya. Dia mempunyai dedikasi tinggi pada pekerjaan dan juga boleh dipercayai. Selain itu, dia mudah menarik perhatian orang di sekelilingnya dengan gayanya yang suka bergurau namun tetap tegas saat diperlukan.
Waktu anak lahir jam 7-8 malam: Waktu Maghrib
Bayi lahir waktu magrib sehingga Isyak akan membesar menjadi seorang yang penuh rasa empati. Dia akan selalu tulus membantu orang lain. Dia juga memiliki pembawaan diri yang ceria dan menerima apa saja dalam hidupnya.
Waktu lahir anak jam 8-12 malam: Waktu Malam
Anak yang lahir di waktu malam memiliki kepercayaan diri dan semangat tinggi. Karakter ini boleh dilihat sejak usia muda.
- 8 – 10 malam:Anak akan suka membantu orang lain dan bertemu kebahagiaan dalam berbuat kebaikan. Sayangnya, dia akan menjadi seorang yang perfectionist dan benci melakukan kesalahan.
- 10 – 12 malam:Bayi yang lahir pada waktu ini membesar menjadi anak periang. Dia sangat menghargai kreativiti dan pantang menyerah untuk mencapai apa yang diingini.
Waktu bayi lahir 12 malam–4 pagi: Waktu Tengahmalam Menjelang Pagi
Tengah malam hingga menjelang pagi adalah waktu kelahiran anak-anak yang penuh imaginasi. Ia disertai dengan keperibadian yang sedikit sensitif.
- 12 – 2 pagi: Bayi yang lahir ketika ini cenderung memiliki kepercayaan diri tinggi dan berasa senang berkawan. Mereka juga suka berkongsi pengetahuan dan mendorong orang lain untuk berfikiran positif dan menjalani hidup dengan baik. Keluarga adalah hal utama bagi mereka yang lahir di tengah malam.
- 2 – 4 pagi: Anak yang lahir di waktu awal pagi sehingga menjelang subuh akan membesar menjadi seorang yang mahir berkomunikasi. Dia juga penuh rasa ingin tahu. Peluangnya untuk berjaya dalam karier sangatlah besar. Dia selalu berusaha keras dan teguh menjaga harga diri.
Semua ramalan di atas adalah berdasarkan ilmu astrologi. Sama ada benar atau tidak, terpulanglah pada diri untuk percaya atau sebaliknya. Paling tidak, ia boleh menjadi panduan karakter yang harus ada pada diri setiap anak itu. Yang pastinya, jam berapa pun anak anda lahir, dia akan membesar dan mempunyai peribadi yang luar biasa jika betul cara didikan kita.
Sumber: eyqahasnan.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak terlalu manja boleh membesar jadi bossy. Ibu bapa masih belum terlewat untuk membantunya semula!

Siapa yang tidak sayangkan anak tambah lagi anak sorang atau tunggal. Kalau boleh segala-galanya akan diikutkan. Bukan tidak boleh manjakan anak tetapi kalau ia terlampau manja hinggakan si anak tidak kenal erti salah atau betul ia akan membahayakan. Ini akan membuatkan dia seakan besar kepala dan terkadang bersikap bossy apabila bersama kawan-kawan, sepupu seusia malah dengan ibu bapa sendiri. Namun andai ini berlaku ibu bapa jangan putus asa. Masih belum terlambat untuk membantunya mengubah sikapnya itu. Berikut antara tip yang berguna untuk anda.
- Adakan satu peraturan baru di mana satu keluarga perlu mengikutinya. Contoh bangun pagi harus siap sendiri tempat tidur, selepas makan bawa pinggan ke singki dan sebagainya. Setiap orang di dalam rumah perlu di ajar berdisiplin.
- Paling penting ia perlu bermula dengan ibu bapa. Contoh yang terbaik untuk anak ikuti adalah daripada ibu bapanya. Ibu bapa perlu menunjukkan perbuatan yang tidak perlu diterangkan atau memintanya mengikuti perbuatan yang ibu bapa lakukan.
- Sentiasa perlu bersabar dan masa untuk membentuknya semula. Jangan terlalu memaksa hinggakan anak jadi memberontak dan seterusnya memberi kesan yang lebih buruk. Pujuk perlahan-perlahan agar dia mengikut kembali peraturan yang di tetapkan.
- Lazimnya perbuatan yang spontan dan tidak dipaksa untuk dipelajari dan diikuti, maka itulah yang paling mudah dipelajari. Contohnya, apabila mama dan papa meminta tolong antara satu sama lain maka mulakanlah dengan ayat yang lembut “Papa, mama nak mintak tolong sikit…” atau “Boleh tak tolong …” Sedangkan, biasanya kita akan kata “Papa ni ha bukak!” atau “ Buat tu dulu!”. Kita memberi arahan dan bukannya meminta tolong.
- Sentiasa ucapkan terima kasih apabila perbuatan tolong menolong telah berlaku seperti “Terima kasih ayah”, “Terima kasih abang” atau “Terima kasih mama”. Tujuan kita berbuat demikian untuk mendidik anak. Malah, dalam masa yang sama hubungan keluarga akan lebih erat dengan kata-kata yang lembut seperti itu. Anak mudah mengikut tingkah laku kita. Bahkan sebahagian besar perlakuan anak adalah mirip cara kita melayan dan membesarkannya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Suka Koyak & Conteng Buku Buat Ibu Ayah Give Up Nak Pupuk Minat Membaca. Kaunselor Ini Kongsi Tip Kurangkan Stres

Bila anda mahu memperkenalkan buku kepada anak-anak, mereka kerapkali akan koyak dan conteng buku. Itu kebiasaan yang berlaku membuatkan ibu ayah mudah give up & stres.
Membaca jambatan ilmu. Amalan yang baik ini bolehlah dipupuk daripada awal lagi, sejak daripada usia anak masih bayi.
Akan tetapi tabiat bayi dan kanak-kanak kecil yang sukamengoyak helaian muka surat pada buku mencontengnya membuatkan proses ini tidak lancar, malah boleh terbantut dan ibu ayah mudah putus asa (give up). Tiap kali buka buku untuk baca, dia lebih fokus kepada mengoyak, menggigit dan menconteng. Ini secara tidak langsung boleg mengurangkan motivasi anda untuk terus mengajarnya isi kandungan buku itu.
Menurut kaunselor, Puan Farhan, anda harus kenal dahulu tabiat mereka apabila mereka bersama dengan buku. Hal ini akan memudahkan anda mengendalikan anak dalam mendidik mereka membiasakan diri melakukan aktiviti jambatan ilmu ini.
SITUASI #1: ANAK SUKA MENGOYAK BUKU
Anak anak dibawah usia 3 tahun memang suka mengoyak buku.
Bila kita beri buku kepada mereka, mereka akan merasa sangat seronok.
Sebelum kita memperkenalkan buku kepada mereka, pastikan anda memilih dengan buku yang sesuai untuk mereka.
Apabila anda memiliki anak dibawah umur 3 tahun elakkan memilih buku yang NIPIS dan mudah dikoyakkan kerana anak anda akan mudah kecewa.
Anak anak akan excited dengan buku yang ada beli.
Pada usia mereka dibawah 3 tahun mereka sukar untuk mengawal keinginan mengoyak buku.
Ini kerana mereka suka meneroka apa yang mereka boleh buat dengan buku.
Mereka akan belek, tarik dan mungkin juga gigit!
Jadi pemilihan buku yang bersifat tidak mudah rosak dan kukuh perlu diutamakan.
Saya masih ingat apabila saya pergi ke pesta buku Big Bad Wolf, buku yang mereka sediakan untuk baby biasanya dari kain dan juga kertas keras yang tidak bahaya dan sukar rosak.
Jika kita memilih buku yang nipis kertasnya mereka akan koyakkan dan juga mudah bosan kerana apabila buku itu rosak mereka akan mencari buku lain pula.
Saya pasti anda juga akan penat untuk membaiki buku yang rosak itu. Bukan setakat penat, malah mungkin juga anda akan marah marah.
Anak mengoyak buku, itu bukan salah mereka,tetapi itu khilaf kita kerana gagal mencari buku yang sesuai untuk mereka.
Kita bukan sayang duit, tetapi kita mahu anak benar benar boleh ‘menikmati’ buku mereka tanpa kekecewaan.
Apabila kita mahu ajar anak cintakan buku, kita harus bijak memilih buku yang sesuai dengan peringkat umur mereka.
Anak akan cintakan buku jika mereka boleh explore buku sepuas puasnya.
Bayangkan jika anda membeli buku yang tidak sesuai untuk mereka, contohnya kertas yang nipis dan mungkin juga berbucu tajam.
Bila anak mahu mengigit sahaja buku itu kita halang.
Bila anak mahu koyak buku kita kata jangan.
Lama lama memang anak akan frust dan tidak beminat lagi pada buku itu.
Oleh kerana itu pemilihan buku yang sesuai dengan peringkat umur dan perkembangan mereka sangat penting agar mereka sentiasa besemangat bersama buku mereka.
p/s: Sekiranya anak mahu mengoyak juga, cari buku dan kertas yang sudah rosak dan bukan buku yang baru!
SITUASI #2: ANAK SUKA MENCONTENG BUKU
Oleh kerana anak anda suka menconteng buku, pastikan anda memilih buku yang boleh di conteng.
Biasanya, buku dari luar negara banyak yang boleh digunakan bersama dengan marker, kerana kertasnya sudah di letak plastik.
Jadi anak anak boleh conteng menggunakan marker yang boleh dibersihkan.
Saya percaya anak anda akan seronok apabila mereka mendapat peluang menconteng buku.
Selain itu, asingkanlah buku untuk mereka conteng dan mereka baca.
Apabila kita disiplinkan mereka dari awal, mereka sudah tahu yang mana buku untuk mereka conteng atau baca.
Oleh kerana itu juga, penting untuk kita ada bersama mereka saat mereka membaca supaya kita boleh memberi tunjuk ajar kepada mereka.
Contoh:
Bila anak mahu dengar cerita, kita ambil buku cerita.
Bila anak mahu menconteng, ambil buku buku yang sesuai untuk mereka dan letakkan mereka di sudut yang sesuai.
Apa yang penting, kawalan itu mesti ada walaupun kita beri kebebasan kepada mereka.
SITUASI #3: ANAK AKAN ADA FAVOURITE BOOK MEREKA
Perasan atau tidak, anak anak ada ada favourite mereka.
Biasanya buku itu ada sesuatu yang menarik perhatian mereka.
Kalau untuk baby, buku yang akan menarik perhatian mereka adalah yang wordless, colour yang menarik dan juga buku yang kukuh.
Kadang kadang buku yang menjadi favourite anak adalah buku pertama yang kita beli untuk mereka ataupun buku yang kita selalu bacakan untuk mereka.
Jadi, perhatikan buku mana yang menjadi favourite anak anda kerana buku itu akan diulang ulang sampailah mereka jumpa buku favourite yang lain!
Kesimpulannya, mengenali tabiat anak anda bersama buku akan memudahkan anda untuk mendidik anak mencintai buku. Apa yang paling penting anda juga senang untuk mengurus mereka.
p/s: Tidak adalah yang pening mahu mengutip cebisan buku yang anak sesuai anda koyak. hihi
Sumber: Puan Farhan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI