“Tolong Selamatkan Anak!” Permintaan Bapa Sebelum Bayi 5 Hari Meninggal Dalam Pangkuan

Share

Mati itu pasti, tapi perancangan Allah adalah rahsia-Nya. Begitulah yang dirasai oleh pasangan suami isteri apabila kenderaan yang mereka naiki telah terlibat dalam kemalangan, lantas meragut nyawa bayi mereka yang baru sahaja berusia lima hari.

Menerusi perkongsian di Facebook Amirul Azuan salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian, telah menceritakan detik menyayat hati ketika dia cuba menyelamatkan bayi tersebut.

Mengalir air mata aku…

Menurut Amirul selalunya jika ada kemalangan dia jarang untuk berhenti, namun disebabkan terlihat ada seorang bayi di kawasan kejadian membuat hatinya terdetik untuk mengetahui apa yang berlaku.

Time aku lalu baru jadi dalam 5minit.
Jarang aku nak berenti kalau ada accident ni. Tp disebabkan ternampak ada baby dekat bahagian penumpang bezza biru tu aku berenti jugak.

Baby Tak Sedar, Minta Izin Buat CPR

Ketika berada berdekatan kereta itu, Amirul terus bertanyakan mengenai keadaan bayi tersebut kepada bapanya kerana melihat bayi tersebut sudah hampir tidak sedar. Tanpa berlengah dia meminta untuk membuat CPR kerana bibir bayi sudah bertukar biru.

Bila sampai aku tanya ayah baby tu. Baby okey x?
Dia cakap baby xsedar. Aku mintak izin nak cek baby tu. Bibir dah biru ?
Terus bukak helmet mintak izin nak cpr.
First 2 minute muka baby dah start merah. Tapi no sign of life. Aku terus cpr lagi, then baby tu muntah. Sama jugak still xbernafas. Dah clearkan airways pun sama. Then aku teruskan lagi lebih dari 10 minit. Baby dah start biru balik.

Ayah Minta Sedarkan Anaknya

Lebih memilukan, melihatkan anaknya masih lagi tidak sedarkan diri walaupun bantuan diberi, ayah kepada bayi merayu meminta agar sekali lagi Amirul cuba untuk menyelamatkan anaknya.

Allahu… Lagi sedih bila ayah dia mintak aku sedarkan anak dia. Aku xkuat nak hadap. Aku toleh belakang ada brader tu mintak nak sambung cpr.
Aku terduduk dekat tepi divider tu.

Apa yang buatkan ayah bayi tersebut begitu ralat, mereka sekeluarga dah nak sampai ke rumah neneknya itu.

Ayah dia xde injurt pun. Mak dia pecah mulut sebab airbag. Baby tu baru umur 5hari. Dah nak sampai rumah nenek dia dah pun. Tp ajal dia sampai dulu.

Tolonglah Letak Baby Dalam Carseat

Siapa yg ada baby tu tolong la letak dalam carseat.
Kalau xmampu jangan duduk depan. Duduk belakang pakai seatbelt. Yes… airbag tu selamatnya nyawa mak dia… but not the baby ?

Bayi yang diberi nama Inara telah pun disahkan meninggal dunia, semoga kedua ibu bapanya diberi ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan ini.  Syurga buatmu sayang!

Tenanglah baby Inara di syurga. Uncle mintak maaf, uncle dah try semampu yg boleh. Tp Allah lebih sayangkan Inara. 

Sumber: Amirul Azuan

 

IKLAN