Tragedi Batang Kali: Tiga Lagi Mayat Ditemui! Seorang Bayi Lelaki, Kanak-Kanak Perempuan & Seorang Wanita

Share

Pada jam 4.05 petang, 1 mayat mangsa kanak-kanak perempuan telah dijumpai oleh pasukan penyelamat. Kerja-kerja membawa naik mayat mangsa sedang dilakukan.

Manakala pada jam 1pm tadi mayat seorang bayi lelaki, dan seorang wanita berjaya dikeluarkan.

Sehingga jam 4.38 petang, jumlah mangsa yang terlibat adalah seramai 94 orang.
Pecahan mangsa seperti berikut :

Selamat : 61 orang
Meninggal dunia : 24 orang
Hilang : 9 orang

Jumlah anggota keseluruhan yang terlibat dengan operasi tanah runtuh dianggarkan seramai 128 orang. Maklumat kejadian akan dikemaskini dari masa ke semasa

Sumber: Pusat Pengurusan Operasi, JBPM

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN