
Hati mana yang tak luluh bila dengar khabar begini sekali lagi dalam minggu. Seorang lagi anak syurga pergi terlalu awal Muhammad Syeikhu Azrin, murid Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Meru, Jalan Tap, meninggal dunia awal pagi tadi akibat Influenza A. Baru berusia 8 tahun, namun takdir Allah lebih dahulu menjemputnya pulang.
Pihak sekolah turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian arwah, yang disifatkan sebagai anak istimewa yang ceria dan disenangi ramai. Seluruh warga sekolah kini berduka, dan doa terus dipanjatkan agar rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, seluruh ahli keluarga arwah turut disahkan dijangkiti wabak yang sama.
“Mangsa yang juga murid pendidikan khas berusia lapan tahun disahkan meninggal dunia kira-kira 4.30 pagi.
Hasil siasatan mendapati mangsa disahkan dijangkiti Influenza A, manakala seluruh ahli keluarganya turut positif wabak sama,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Vijaya Rao berkata pihak Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah pencegahan termasuk pemeriksaan terhadap ahli keluarga serta pemantauan bagi mengawal penularan jangkitan di kawasan berkenaan.
Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Lebih membimbangkan, ini bukanlah kes terpencil. Sebelum ini, dua lagi kematian akibat Influenza A melibatkan kanak-kanak lelaki berusia empat dan 11 tahun turut direkodkan masing-masing di Sabah dan Terengganu.
Untuk kurangkan risiko jangkitan Influenza A, ibu bapa dan guru perlu lebih peka dengan langkah pencegahan harian:
Sumber: Astro Awani