
Tragedi Ramadan lima sekeluarga terkorban benar-benar menyentuh hati rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi ketika kita sedang berada di bulan Ramadan, bulan yang sepatutnya dipenuhi ketenangan, doa dan kasih sayang sesama keluarga. Namun berita pilu ini datang merentap jiwa ramai, sebuah kehilangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Dalam suasana umat Islam sedang memperbanyakkan ibadah dan mengeratkan hubungan kekeluargaan, kisah tragis ini hadir sebagai satu ujian yang amat berat untuk diterima. Ramai yang meluahkan rasa sedih dan tidak percaya apabila mengetahui butiran kejadian yang berlaku.
Detik Akhir Yang Meruntun Jiwa

Yang paling meruntun perasaan, perkongsian ini menceritakan detik terakhir suspek yang memeluk kedua-dua anak kecilnya sebelum mengakhiri nyawanya sendiri. Gambaran itu sahaja sudah cukup membuatkan ramai tidak mampu menahan sebak.
Bayangan seorang bapa memeluk anak-anaknya dalam detik akhir kehidupan adalah satu gambaran yang sangat menyayat hati. Lebih-lebih lagi apabila ia berlaku dalam konteks tragedi Ramadan lima sekeluarga terkorban yang kini menjadi bualan dan doa seluruh rakyat.
Perkongsian Sukarelawan Urus Jenazah
Ikuti perkongsian Afiz Ayub, antara sukarelawan yang turut membantu menguruskan memandi dan mengkafankan jenazah tragedi pilu itu. Pengalaman beliau pastinya bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui, apatah lagi apabila melibatkan kanak-kanak kecil dan satu keluarga.
Menurut beliau, suasana ketika menguruskan jenazah sangat hening dan penuh emosi. Setiap yang terlibat cuba menahan air mata sambil menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah. Dalam tragedi Ramadan lima sekeluarga terkorban ini, ramai yang benar-benar tersentuh apabila melihat sendiri keadaan mangsa.
Ramai sukarelawan mengakui bahawa menguruskan jenazah bukan sekadar tugas fizikal, tetapi juga ujian emosi dan rohani. Tambahan pula apabila tragedi berlaku dalam bulan yang mulia, ia memberi kesan mendalam kepada semua yang terlibat.

Wildan syurga maut di ulang tahun ke-2..
Doakan yang baik baik untuk keluarga 5 beranak ini dan sedikit perkongsian mengenai tragis ini.
Semalam saya & team sempat menguruskan mandi dan kafan jenazah lelaki iaitu suspek utama dalam tragedi yang menyayatkan hati.
Sewaktu kami di bilik mayat bagi tuntutan jenazah, pelbagai versi bentuk cerita yang keluar dan seperti biasa ianya hanyalah andaian sahaja. Saya pula pasti akan berpandukan punca kematian dari surat postmortem serta cerita sahih dari pihak waris.
Asbab kelewatan sedikit kami tiba di Masjid Cherating, bagi menghormati masa yang ditetapkan iaitu perlu siapkan ke lima jenazah untuk dihantarkan ke kubur sebelum mahgrib, saya dan team meminta jasa pihak polis untuk mendapatkan bilik mandi jenazah yang berhampiran dan kebetulan ade masjid lain di sekitar situ.
Maka saya bersama team mandi jenazah lelaki terus membawa jenazah lelaki mandi di masjid tersebut manakala jenazah wanita pula diteruskan mandi & kafan di masjid utama oleh team muslimah saya.
Sewaktu menguruskan jenazah lelaki, waris yang turut serta menyempurnakan jenazah tersebut sangat sedih dan tidak mempercayai apa yang berlaku. Pihak waris dan juga yang berada di tempat kejadian menceritakan bahawa Suspek sangat baik dan tidak mempunyai sebarang masalah lagi lagi dalam bentuk kewangan kerana baru baru ini suspek menjelaskan hutang PTPN beliau.
Suspek juga dikatakan peramah dan selaku anak kedua sempat bermesej tanya khabar kepada adik beradik lain. Ini juga dapat di sahkan oleh jiran sebelah dan pengerusi taman yang menceritakan suspek dan keluarga sangat baik perlakuannya.
Rumah kediaman ini dimiliki oleh keluarga suspek yang dibeli sejak 2009 pada awal pembukaan taman ini. Suspek yang berusia 32 tahun berasal dari Pahang sebelum ini berkerja sebagai pemandu lori di Selangor dan baru pulang ke Pahang pada bulan lalu. Suspek juga dikatakan baru memulakan pekerjaan baru sebagai pengawal keselamatan seminggu ini.
Sebelum pada hari kejadian, suspek yang baru pulang dari kerja ada mengalami kemalangan kecil sewaktu menunggang motosikalnya dan cedera. Menurut keluarganya lagi, sebelum ini, tiada cerita dari arwah ibu atau suspek mengenai masalah kewangan atau sebaliknya.
Cuma apa yang berlaku pada waktu subuh hari kejadian, sebelum ini suspek dan isterinya 33 tahun berasal dari Terengganu ada perbalahan ketika berpindah ke Pahang. Tak sangka pula perbalahan ini berlarutan hingga suspek mengakhiri nyawa isterinya di atas katil bilik tidurnya dengan punca kematian tikaman di leher.
Asbab dari pergelutan ini, keadaan riuh di rumah telah mengejutkan ibu serta adik lelakinya yang turut tinggal di rumah sama. Katanya warisnya, arwah ibu, 56 tahun berasal Dari Terengganu sempat meminta suspek mengucap dan selepas suspek menikam isterinya, suspek telah menyerang ibunya di dapur dengan tikman yang sama. Ibunya sempat meminta anaknya (adik suspek) keluar dari rumah dan memanggil bapa saudaranya yang tinggal berhampiran meminta bantuan.
Dalam jam 7 pagi, adik bersama bapa saudaranya yang dipanggil sampai di tempat kejadian dan kelihatan ke 5 keluarga ini tidak lagi bernyawa dengan berlumuran darah.
Suspek pula telah membunuh diri di bilik kamarnya di sebelah katil isterinya dengan keadaan masih memeluk anak kecil 2 tahun di sisi kanan riba manakala anak kecil pertama 5 tahun terbujur di hadapannya.
Ke lima lima keluarga ini maut dalam keadaan tikaman yang sama iaitu di leher dengan menggunakan pisau dapur.
Tiada campurtangan orang ketiga atau apa apa barangan terlarang dan suspek juga tiada masalah mental. Ianya berlaku dengan pantas asbab dari perbalahan rumah tangga hingga tidak dapat mengawal diri sendiri menyebabkan kematian orang yang tidak bersalah.
Semalam sekitar jam 630 petang kesemua jenazah di hantar ke kubur cherating dan ditanamkan berasingan demi menjaga maruah keluarga. Alhamdulillah ke semua jenazah selamat dikebumikan sebaiknya.

Ramadan Yang Sepatutnya Penuh Ketenangan
Ramadan adalah bulan rahmat, bulan pengampunan dan bulan memperbaiki hubungan sesama insan. Namun insiden seperti tragedi Ramadan lima sekeluarga terkorban ini menjadi peringatan bahawa ujian boleh datang pada bila-bila masa tanpa diduga.
Ia juga membuka mata masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan mental, mengurus tekanan hidup dan sentiasa mendapatkan bantuan jika berdepan masalah yang terlalu berat untuk dipikul sendirian. Jangan pendam sehingga memudaratkan diri dan orang tersayang.
Doa & Sokongan Buat Keluarga Mangsa
Berita ini bukan sekadar satu laporan kejadian, tetapi satu kisah yang meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat. Ramai yang mendoakan agar roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan keluarga yang ditinggalkan diberi kekuatan luar biasa untuk meneruskan kehidupan.
Semoga kisah tragedi Ramadan lima sekeluarga terkorban ini menjadi pengajaran buat kita semua tentang nilai kasih sayang, empati dan kepentingan saling mengambil berat antara satu sama lain. Di bulan yang mulia ini, marilah kita perbanyakkan doa dan saling menyokong agar tragedi seumpama ini tidak lagi berulang.
Sumber: Afiz Ayub
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





