
Tragedi rumah terbakar yang berlaku ketika penghuni sedang berehat pastinya sesuatu yang tidak pernah terjangka. Dalam sekelip mata, sebuah keluarga kehilangan dua insan tersayang selepas kediaman mereka di Kampung Tok Jembal, Kuala Terengganu, Terengganu terbakar awal pagi tadi.
Lebih memilukan, kedua-dua mangsa yang merupakan bapa dan anak ditemukan dalam keadaan berpelukan di sebuah bilik tidur di tingkat atas rumah dua tingkat berkenaan selepas api berjaya dipadamkan pihak bomba.
Mangsa, Amirulfahmi Wan Jusoh, 40, bersama anak lelakinya, Rehan Yusuf, 9, dipercayai terperangkap di tingkat atas ketika kebakaran berlaku.
Ipar mangsa, Nik Mohd Zaim Nik Abdul Rahim, 36, berkata ibu mentuanya, Maimunah Muda, 67, yang tidur di tingkat bawah berjaya diselamatkan oleh menantunya yang tinggal di rumah bersebelahan.

Menurutnya, Amirulfahmi yang merupakan anak keempat daripada lapan beradik bekerja sebagai jurufoto dan videografi di sebuah restoran di Kuala Terengganu.
“Amirulfahmi yang mesra dipanggil Uda pulang ke rumah ibunya bersama anaknya, Rehan Yusuf, 9, semalam.
“Sebelum itu, dia berada di rumah mentuanya di Kampung Paloh, Kuala Terengganu untuk melihat isterinya, Nur Izzah Ahmad berusia lingkungan 30-an yang baru selesai berpantang.
“Dia dan anak lelakinya kemudian pulang ke rumah ibu dan mereka dikatakan sedang dalam proses untuk berpindah ke sini bagi menjaga ibu yang kurang sihat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Isteri baru Habis Berpantang Hiba
Difahamkan isteri Amirul Fahmi, Nur Izah Ahmad, 30-an yang baru habis berpantang bersama dua anak mereka yang lain berusia tiga bulan dan tiga tahun berada di rumah ibunya di Paloh, Kuala Terengganu sewaktu kejadian.
Lebih meruntun hati, Amirulfahmi sebelum itu berada di rumah mentuanya untuk melihat isterinya yang baru selesai berpantang sebelum pulang bersama Rehan ke rumah ibunya. Mereka juga dikatakan sedang dalam proses untuk berpindah ke rumah berkenaan bagi menjaga Maimunah yang kurang sihat.
Tragedi Rumah Terbakar: Penduduk Cuba Selamatkan Penghuni
Sementara itu, saksi kejadian, berkata dia bergegas ke rumah berkenaan selepas terdengar jeritan isterinya yang memaklumkan berlaku kebakaran.
“Ketika itu isteri saya menjerit memberitahu rumah terbakar. Saya terus keluar dan berlari ke situ. Ketika saya sampai, sudah ada dua orang penduduk kampung di situ.
“Kami cuba memanggil penghuni rumah supaya keluar dan mengetuk pintu rumah utama yang terbakar, tetapi tiada jawapan.
“Kami terpaksa terajang pintu kerana terkunci dari dalam sebelum salah seorang anak penghuni rumah yang tinggal bersebelahan rumah masuk untuk mengambil motosikal dan menarik wanita berkenaan keluar,” katanya.
Menurut Wan Azri, mereka kemudian dimaklumkan bahawa masih terdapat dua lagi penghuni iaitu anak dan cucu Maimunah yang berada di tingkat atas rumah.
“Kami panggil berkali-kali tetapi tiada jawapan. Pada masa sama, api semakin marak dan mula keluar dari rumah.
“Api ketika itu belum terlalu besar, tetapi cepat merebak. Kami hanya mampu berusaha memanggil penghuni supaya keluar.
“Mak mereka berada di bahagian bawah, manakala anak dan cucu berada di tingkat atas,” katanya yang tinggal kira-kira 40 hingga 50 meter dari rumah mangsa.

Api Cepat Merebak Dalam Tragedi Rumah Terbakar
Wan Azri berkata, dia juga tidak mendengar sebarang bunyi pelik sebelum menyedari rumah berkenaan sedang terbakar.
“Saya tidak dengar bunyi apa-apa sebelum itu. Semuanya berlaku dalam keadaan kelam-kabut dan saya ada terdengar bunyi letupan seperti atap terbakar,” katanya.
Situasi itu menyebabkan penduduk yang berada di lokasi hanya mampu berusaha memanggil mangsa supaya keluar ketika api semakin marak. Dalam keadaan yang begitu pantas dan mencemaskan, usaha untuk mendapatkan respons daripada dua penghuni yang berada di tingkat atas tidak berhasil.
Keluarga Kehilangan Dua Insan Tersayang
Kejadian ini meninggalkan kesan mendalam buat ahli keluarga dan penduduk setempat, apatah lagi apabila kedua-dua mangsa ditemukan bersama dalam keadaan berpelukan.
Apa yang sepatutnya menjadi kepulangan seorang anak untuk berada lebih dekat dengan ibunya bertukar menjadi tragedi rumah terbakar yang meragut dua nyawa dalam satu keluarga.
Salam takziah buat seluruh keluarga mangsa yang kehilangan dua insan tersayang dalam tragedi ini. Semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi waktu yang sukar.
Baca lagi: MamaKerja2026: Ibu Bekerja Selangor Layak Mohon Insentif RM1,000 Mulai Ogos!
Sekat Video Indonesia Di Youtube, 7 Cara Berkesan Elak Anak Terpengaruh Bahasa Indonesia
MamaKerja2026 Dibuka 17 Ogos Ini, Ibu Bekerja Selangor Dapat RM1,000!
Sumber & Gambar: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!

