
Lagi khabar duka. Satu keluarga ibu, bapa, anak-anak semuanya pergi dalam sekelip mata. Tragedi di Sungai Korok, Kedah ini bukan sekadar sebuah berita, tetapi sebuah luka besar buat negara.
Tragedi di Sungai Korok: Satu Ingatan, Satu Kesedaran Enam nyawa hilang sekelip mata. Tiada kata mampu menggambarkan kesedihan dan kehilangan ini.
Kita hanya mampu menitipkan doa, agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Dan kepada keluarga yang ditinggalkan, semoga diberi kekuatan yang luar biasa untuk menghadapi ujian yang sungguh berat ini.
Bila Kesedihan Menjadi Peringatan
Di sebalik tangisan dan rasa hiba, tragedi ini membuka mata kita semua. Betapa cepatnya musibah boleh berlaku. Betapa pentingnya kita bersedia bukan untuk mengelak takdir, tetapi untuk cuba menyelamatkan nyawa.
Menerusi Public Health Malaysia berkongsi cara tindakan apa perlu kita buat jika kereta terjunam ke dalam sungai. Ramai antara kita tidak tahu. Bila panik, semua jadi buntu. Jadi, ambil masa untuk hadam langkah-langkah penting ini.
Mungkin hari ini bukan kita, tapi siapa tahu esok siapa pula yang diuji? Mari sama-sama sebarkan kesedaran ini. Biar pemergian enam insan tersayang ini menjadi titik perubahan untuk lebih ramai orang. Al-Fatihah buat mereka. Dan semoga kita semua lebih bersedia, lebih berilmu, dan lebih peka terhadap keselamatan diri dan keluarga.