Ads

Jenazah Kanak-Kanak Mangsa Bunuh Dibedah Siasat Pada Hari Lahir, Sayunya!

Tragedi Taman Cerating Damai menyentuh hati masyarakat apabila jenazah lima sekeluarga dipercayai dibunuh di Taman Cerating Damai di sini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cerating pada Rabu.

Jenazah mangsa wanita, Nurul Asshiykin Kamaruzaman, 33, dua anak perempuan, Nur Sumayyah Humairah, 2, dan Saffiyah Humairah, 5, serta ibu mentuanya, Tuan Kamaria Tuan Puteh, 56, dikebumikan dalam satu liang lahad. Manakala jenazah suami dikebumikan dalam liang lahad berasingan.

Jenazah Kanak-Kanak Mangsa Bunuh Dibedah Siasat Pada Hari Lahir, Sayunya!
Kredit Foto: Sinar Harian

Bedah Siasat Pada Hari Lahir

Semalam lalu proses bedah siasat ke atas salah seorang kanak-kanak perempuan yang disyaki dibunuh dalam kejadian lima sekeluarga maut di Taman Cerating Damai, di sini dilakukan pada hari jadinya yang kedua pada Rabu.

Nur Sumayyah Humairah yang dilahirkan pada 18 Februari 2024 antara mangsa yang disyaki dibunuh bapa kandung dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu.

Proses Bedah Siasat Semua Mangsa

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, proses bedah ke atas mangsa bersama jenazah kakaknya, Saffiyah Humairah, 5 dan nenek mereka, Tuan Kamaria Tuan Puteh, 56 dijangka selesai selepas jam 1 tengah hari.

Ads

Menurutnya, mayat bapa kanak-kanak terbabit dibedah siasat jam 4 petang semalam manakala ibu mereka, Nurul Asshiykin Kamaruzaman, 33, dibedah siasat jam 8.30 malam hari yang sama.

Semua jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cerating, di sini, sekali gus mengakhiri episod hitam dalam tragedi Taman Cerating Damai yang menggemparkan penduduk setempat.

Kronologi Kejadian Tragedi Taman Cerating Damai

Sementara itu, mengulas lanjut kejadian tragis itu, Ashari berkata, keterangan awal saksi kejadian iaitu adik bongsu suspek, dia terdengar bunyi bising orang bertengkar kira-kira jam 7 pagi.

Ads

“Remaja lelaki berusia 15 tahun itu keluar dari biliknya dan mendapati dinding bilik tidur utama yang didiami suspek dan keluarga terdapat kesan percikan darah.

Jenazah Kanak-Kanak Mangsa Bunuh Dibedah Siasat Pada Hari Lahir, Sayunya!
Kredit Foto: Sinar Harian

“Saksi itu juga mendapati ibunya terbaring dalam keadaan berlumuran darah sebelum menjerit meminta bantuan bapa saudaranya yang berada di belakang kawasan perumahan yang sama,” katanya.

Ashari berkata, setelah tiba di rumah itu, bapa saudaranya mendapati kesemua mangsa dan suspek berada dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.

Ads

“Siasatan di tempat kejadian mendapati suspek menikam isteri terlebih dahulu dan kemudian menikam ibunya seterusnya mengelar dua anaknya sebelum menikam diri sendiri.

“Sebilah pisau berukuran 29 sentimeter turut ditemui di lokasi,” katanya.

Kesan Emosi Kepada Masyarakat

Tragedi Taman Cerating Damai bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam kepada ahli keluarga terdekat, malah turut meruntun hati masyarakat setempat. Kejadian yang berlaku pada awal pagi itu mengejutkan jiran-jiran yang tidak menyangka pertengkaran bertukar menjadi tragedi berdarah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Protein Ibu Menyusu: Jangan Panik Susu Drop Masa Puasa, Ini Panduan...

Protein ibu menyusu sangat penting ketika berpuasa. Ketahui jumlah protein yang diperlukan, saiz bahagian yang betul dan cara elak susu drop sepanjang Ramadan.