Sampai hati tragis yang tak mampu digambarkan dengan kata-kata. Di dunia yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk seorang bayi, wujud manusia bertopengkan syaitan yang sanggup meragut maruah dan masa depan seorang insan kecil tak berdosa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail  mendedahkan wujud kes seorang bayi berusia tiga bulan dirogol dan dirakam sebelum rakaman itu dijual.

Berita ini bukan sekadar mengejutkan, ia meruntun jiwa. Bayi tiga bulan dirogol dan divideokan serta dijual. Ke mana hilangnya nilai kemanusiaan tu. Memang tragis!

Ads

Berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini, beliau menyifatkan kes berkenaan adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Tragis! Bayi 3 Bulan Jadi Mangsa Seksual, Video Dirakam Dan Dijual
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Saya diberi taklimat (oleh polis baru-baru ini) pada jam 12.30 tengah malam, kalau sudah waktu itu, maknanya seriuslah.

“Sekarang ini dah berlaku satu keadaan yang teruk, tak terjangkau dek akal. Bayi umur tiga bulan kena rogol, divideokan dan (rakaman) dijual video itu.

“Itu sudah kira gila, ya dah gilalah, tak terbayang oleh kita,” katanya tanpa mendedahkan sama ada kes itu berlaku dalam negara atau sebaliknya.

Ads

Tragis! Bayi 3 Bulan Jadi Mangsa Seksual, Video Dirakam Dan Dijual

Ads

Saifuddin berkata, pihaknya kini sedang merancang untuk memperkasakan D11 Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah.

Bagaimanapun, pada sidang media selepas majlis berkenaan, ketika diminta mengulas lanjut mengenai kes terbabit, Saifuddin enggan memberi butiran.

Sumber: Berita Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads