Penggunaan baby walker sememangnya tidak disarankan malah dilarang sama sekali kepada bayi kecil kita kerana risiko kecederaan yang terlalu tinggi. Pun begitu masih terdapat mak ayah yang gemar membelikan walker ini dengan alasan untuk merangsang anak berjalan dengan lebih cepat. Bukan hanya risiko cedera bahkan walker ini juga membuatkan proses perkembangan anak yang lain seperti merangkak, meniti dari satu tempat ke satu tempat terjejas.

Bagi mengelakkan risiko dan kecederaan, Dr Ahmad Luqman Bukhari berkongsi altenatif lain yang boleh digunakan mak ayah untuk meransang anak-anak supaya lebih cepat berjalan. Malah ini juga disarankan oleh American Academy of Pediatrics sendiri.

Trauma Anak Cedera Naik Baby Walker, Doktor Sarankan Cara Ni Nak Latih Anak Berjalan!


Sebak saya baca komen-komen mak ayah yang trauma bila nampak depan mata kepala sendiri anak tercedera sebab duk main dalam baby walker.

2 hari lepas masa saya pesan untuk elakkan letak anak kat dalam walker, saya dah janji nak tulis jugak apa alternative yang ada untuk parent semua.

Ini antara yang dicadangkan oleh American Academy of Pediatrics sendiri.

Serius si comel sangat enjoy dengan benda ni. Dalam masa sama kita pun tak adalah risau sangat sebab ia terbukti lebih selamat berbanding baby walker.

Trauma Anak Cedera Naik Baby Walker, Doktor Sarankan Cara Ni Nak Latih Anak Berjalan!

IKLAN

➡️ Stationary activity centers

Bentuknya lebih kurang macam walker tapi versi tak beroda. Nanti si comel tu statik je kat satu tempat dan tak adalah berlari merata ke seluruh ceruk rumah.

Benda ni ada beberapa version. Ada yang boleh bounce. Ada jugak yang kerusinya tu boleh berpusing 360 darjah untuk berikan peluang pada baby kita meneroka sekeliling. Sambil tu dia pun bebas nak berseronok dengan mainan.

Cuma sebelum terlupa, saya nak beritahu jugak saranan National Health Service UK untuk mak ayah yang gunakan benda ni sebaiknya tak lebih 20 minit dalam satu masa.

IKLAN

Trauma Anak Cedera Naik Baby Walker, Doktor Sarankan Cara Ni Nak Latih Anak Berjalan!

Kita tak nak baby terlalu lama dalam posisi tu je sebab takut nanti si kecil lambat belajar duduk, merangkak dan berdiri dengan sendiri.

Trauma Anak Cedera Naik Baby Walker, Doktor Sarankan Cara Ni Nak Latih Anak Berjalan!

➡️ Play yards atau playpens

IKLAN

Ini adalah ruang yang selamat untuk letakkan baby kita yang dah mula belajar duduk, merangkak dan bergerak.

Bila kita dah hadkan siap-siap ruang macam tu, tak adalah nanti dia merayap pergi bawah meja, bawah rak tv lepas tu kutip taik cicak masuk dalam mulut. Huhu.

Dekat dalam tu jugak bolehlah mak ayah susun mainan yang selamat untuk si kecil bermain sementara kita siapkan kerja lain.

Trauma Anak Cedera Naik Baby Walker, Doktor Sarankan Cara Ni Nak Latih Anak Berjalan!

Apa-apa pun ingat ye, walaupun kita dah tak guna baby walker yang bahaya tu dan ambil langkah yang lebih selamat, mak ayah tetap kena ambil tanggungjawab untuk pantau anak kita tu supaya dia sentiasa dalam keadaan selamat.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

p/s: Tolong sebarkan info penting ni pada mak ayah yang belum tahu ye.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI