
Gambar Hiasan AI
Trauma C-section adalah realiti yang ramai ibu tidak akan lupa seumur hidup. “Bius tak jalan, rasa toreh, overdose…” semua ini bukan kisah yang dibuat-buat. Siapa kata C-section tu tak sakit bila ada bius? Hakikatnya, tak semua ibu melalui pengalaman yang sama.
Beberapa ibu yang berkongsi pengalaman mereka di ruangan komen posting Pa&Ma baru-baru ini buat ramai tersentak rupanya trauma C-section ni sangat besar, sampai ada yang kata rasa macam “nyawa tercabut”.
Posting itu dihujani ratusan komen setiap satu bawa cerita yang buat kita sedar betapa besar pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan anak. Untuk ibu-ibu lain, kisah ini boleh jadi panduan, kekuatan, dan persediaan mental kalau situasi sama berlaku.
“Trauma masa doktor belah perut, bius tak jalan. Last-last kena full bius. Sedar pun lambat dari orang lain. Lepas tu nak baik tu… Ya Allah, dekat sebulan nak bangun tegak pun tak larat. Nangis nak ke tandas.”
Seorang lagi kongsi,
“Masa doktor toreh tu boleh rasa hujung pisau. Perut kena tekan, kena golek, muntah… trauma betul. Mujur anak kedua tak rasa dah—tahu-tahu je dengar suara baby kuat.”
Dan ada yang rasa bius habis sebaik saja baby keluar:
“Azab rasa dia… sampai terfikir kalau Allah nak tarik nyawa pun redha sebab sakit tak tertanggung.”
“Ada masa doktor jahit layer ke berapa entah, tiba-tiba rasa sakit balik. Minta gas semula. Lepas bersalin kena pula darah tinggi sampai ward semula. Ubat makan 2 bulan.”
Ada juga yang melalui saat paling mencemaskan:
“Bius tak jalan. Torehan pertama boleh tahan lagi. Masuk kali kedua, kaki naik sendiri. Kecoh OT. Pakar bius suruh syahadah… Alhamdulillah akhirnya baby sihat. Pengalaman luar biasa.”
“Doktor tengah jahit… bius habis. Sakit amat sangat. Doc tambah bius tapi tak jalan. Nak tak nak mereka teruskan juga.”
“Suntik heparin 14 hari, sehari dua kali… luka pula terbuka sedikit. PJJ dengan suami, semua buat sendiri dengan anak. Memang struggle.”
“Tak sedar, terus ICU. Doktor kata kalau 24 jam tak bangun, ventilator akan dicabut. Suami tunggu dengan redha.”
“Parut lama melekat, masa tarik tu boleh rasa. Lima kali sedut gas. Tuhan je tahu sakitnya.”
“Anak pertama, doktor buka balik jahitan tanpa bius. Kulit rasa macam dibelah macam durian.”
“Lepas tu OT untuk cuci perut. Seminggu perut terbuka. Dressing hari-hari pedih. Lepas tu masuk OT balik untuk jahit semula. Keluar OT nurse rupanya lupa pasang tiub kencing… 2 jam kemudian azab rasa macam nak bersalin balik.”
“Anak kedua, sedar-sedar dah dalam ICU sebab tekanan darah tinggi, jantung laju, badan shaking. Anak pun masuk HDU. Badan kena bungkus dengan selimut zink panas. Dengar orang menangis… ingatkan aku dah tak ada, rupanya pesakit sebelah meninggal accident.”
Inilah realiti yang ramai tak nampak. Setiap kelahiran ada ceritanya ada yang indah, ada yang perit. Tapi semuanya berkongsi satu benda: kasih seorang ibu memang tak ada tandingannya.
Semoga pengalaman ibu-ibu ini jadi kekuatan untuk yang bakal melalui C-section, dan jadi peringatan bahawa setiap kelahiran itu penuh pengorbanan. Dan untuk ibu yang pernah melalui trauma C-section, semoga luka fizikal dan emosi itu akan pulih dengan masa dan sokongan sekeliling.
Sumber: PA&MA QOUTE