Proses melahirkan bayi bukanlah perkara yang mudah dan ada kalanya ia boleh menyebabkan trauma selepas bersalin.

Anda tidak bersendirian dalam situasi ini dan berikut dikongsikan cara untuk mengatasinya. Semoga bermanfaat.

Trauma selepas bersalin

Birth trauma adalah kesukaran yang dialami ibu semasa atau selepas proses melahirkan bayi. Walaupun trauma boleh bersifat fizikal, namun selalunya ia dikaitkan dengan emosi dan psikologi.

Ia bukan sekadar merujuk apa yang berlaku semasa atau setelah melahirkan. Tetapi turut berkaitan, bagaimana anda sebagai ibu mudah berasa tersinggung selepas itu. Kesan trauma ini boleh muncul dan berterusan untuk beberapa tempoh selepas beranak.

Kesan trauma selepas bersalin

Kesan trauma adalah berbeza bagi setiap ibu bapa. Antara isu yang boleh timbul adalah:

  • Rendah diri
  • Rasa bersalah
  • Berasa gagal atau tidak beri secukupnya
  • Sukar menjalinkan hubungan dengan bayi
  • Masalah rumah tangga
  • Kegelisahan
  • Kemurungan selepas bersalin
  • Takut mengandung atau melalui proses melahirkan bayi

Birth Trauma Association (BTA) mendefinisikan trauma kelahiran sebagai istilah pendek untuk gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).

Antara gejalanya:

  • Teringat pengalaman lepas
  • Mimpi ngeri mengenai pengalaman lepas
  • Gambaran atau sensasi berulang yang menekankan
  • Sensasi fizikal seperti sakit, berpeluh, berasa loya atau gementar
  • Pemikiran negatif berkaitan pengalaman yang berterusan
  • Berusaha untuk mematikan emosi dan mengalihkan perhatian diri daripada memikirkan apa yang berlaku
  • Mengelakkan tempat, individu atau perkara lain yang mengingatkan kepada peristiwa traumatik

Mengatasi trauma kesan proses melahirkan bayi

Memulihkan diri daripada trauma selepas bersalin akan mengambil masa.

Berikut antara petua dan strategi dapat membantu memulihkan diri ibu daripada pengalaman kelahiran yang sukar itu:

1. Berlembut dengan diri sendiri

Walaupun pengalaman bersalin anda tidak seperti yang diharapkan, namun itu tidak menggambarkan anda sebagai individu mahupun ibu bapa yang gagal.

IKLAN

Segala rasa bersalah, kesedihan atau kesukaran berhubungan dengan bayi yang mungkin anda alami dapat difahami sebagai kesan trauma selepas bersalin.

Berbanggalah kerana berjaya mengharungi proses itu dan kesusahan kesan daripada pengalaman itu adalah wajar.

Cuma anda perlu mengakui bahawa diri memerlukan sokongan pada masa ini.

2. Dapatkan sokongan praktikal

Sekiranya boleh, dapatkan bantuan penjagaan bayi sebaik sahaja pulang ke rumah. Pasangan, ahli keluarga dan/atau rakan boleh memainkan peranan penting dalam menyelesaikan tugasan harian yang mungkin sukar. Ini terutamanya jika anda mengalami trauma fizikal atau sedang pulih daripada prosedur pembedahan caesarean.

3. Cari & terima sokongan emosi

Dapatkan sokongan daripada individu sekitar yang bersikap empati dan dapat menjaga keperluan diri anda.

4. Terima perasaan anda terhadap bayi

Menjaga bayi yang mempunyai kaitan dengan trauma selepas bersalin boleh mencetuskan kesukaran. Dalam situasi ini, anda mungkin berasa jauh atau mempunyai perasaan negatif terhadap bayi.

IKLAN

Berikan masa kepada diri untuk menerima segala yang berlaku. Dalam masa yang sama, cuba untuk singkirkan tekanan daripada diri.

Percayalah bahawa secara beransur-ansur perasaan anda kepada si manja akan berubah dan menjadi lebih positif seiring peredaran masa.

5. Meluahkan

Sekiranya berasa tekanan yang berterusan, luahkan kepada individu dipercayai mengenai pengalaman anda. Jangan hanya memendam dan berharap perasaan itu akan hilang dengan sendirinya.

Walaupun sukar untuk mengingati dan menceritakan kembali pengalaman itu, namun melalui proses ini, ia dapat membantu:

  • Beri lebih banyak maklumat tentang dan bagaimana perkara itu berlaku
  • Beri peluang untuk mengekspresikan diri serta pengalaman didengari dan diakui
  • Mewujudkan rasa lega
  • Mengurangkan kemungkinan untuk teringat kembali pengalaman tersebut dalam fikiran
  • Mengurangkan kemungkinan anda terus membawa perasaan tidak menyenangkan dalam diri
  • Anda boleh memilih untuk meluahkannya kepada pasangan, ahli keluarga atau rakan baik.

Sebagai alternatif, perbincangan ini juga boleh dilakukan bersama pakar perubatan yang anda selesa untuk bercerita sama ada di wad atau hospital.

6. Pertimbangkan kesannya terhadap hubungan

Trauma daripada proses melahirkan bayi ini juga boleh memberi kesan negatif terhadap hubungan anda, terutamanya jika pasangan juga mengalaminya.

Kesan daripada trauma berkemungkinan boleh menimbulkan kekeliruan, menjarakkan hubungan antara pasangan dan tanpa sedar boleh mencetuskan kembali peristiwa tersebut.

IKLAN

Kaunseling hubungan dapat membantu dalam situasi seperti ini. Ia membantu pasangan memahami dan belajar bagaimana bertindak balas dengan penuh perhatian dan sokongan.


7. Dapatkan perincian tentang apa yang berlaku

Ini dapat memberikan gambaran mengenai intervensi yang digunakan dan mengapa ia berlaku. Walaupun ia mungkin menyakitkan untuk anda teringat kembali pengalaman melahirkan dahulu, namun dengan memperincikan keadaan yang membuatkan rasa trauma anda itu akhirnya boleh membuat anda lega.

Ia boleh dilakukan dengan bercakap bersama bidan atau pakar obstetrik anda.

8. Berikan diri masa

Normal untuk ibu bapa yang trauma membuat kesimpulan bahawa mereka tidak mahukan zuriat lain. Namun, seiring masa berlalu dan keyakinan diri kembali hadir, pastinya wujud kesediaan untuk menimang cahaya mata sekali lagi.

Semoga perkongsian ini membantu anda menghilangkan rasa trauma kelahiran.

Kredit: Hello Doktor

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Jom daftar sebagai Moms To Be VIP Member kerana mama hamil akan mendapat pelbagai keistimewaan termasuk Pa&Ma E-Workshop PERCUMA. TAWARAN ISTIMEWA MINGGU INI bagi yang sign up sebagai Moms To Be VIP member akan dapat voucher membeli belah 9 Months. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member/ untuk join.