Tak Sangka Trauma Masa Kecil, Punca Ibu Suka Marah Anak

Share

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Siapa sahaja ibu ayah yang tak mahu jadi yang terbaik untuk keluarga? Tapi ada realiti yang ramai tak nampak ada ibu yang membesar dengan luka, dan hari ini mereka sedang cuba membesarkan anak sambil memikul beban emosi yang tak pernah dirawat.

Dalam banyak kes, trauma masa kecil menjadi punca ibu suka marah anak tanpa mereka sedar.

Puan Adlil Rajiah sering memberi motivasi kekeluargaan buat ibu bapa muda

Inilah kisah yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Adlil Rajiah, melalui sesi personal beliau bersama sepasang suami isteri. Perkongsian ini membuka mata ramai bahawa marah-marah bukan semestinya berpunca daripada sikap, tetapi daripada luka lama yang tidak pernah diberi ruang untuk sembuh.

Kisah Yang Menyentuh Hati Tentang Luka Yang Tidak Terlihat

Ingat tak watak ‘the landlady’ dalam kartun Tom & Jerry? Tuan rumah yang garang tu. Kita tak pernah nampak muka dia. Cuma dari paras pinggang ke bawah. Dan selalunya dia tengah hangin, nak hayun penyapu. Dalam personal session tadi, si isteri berkata, “Saya selalu bayangkan mak saya macam watak tu. Saya tak pernah betul-betul ‘nampak’ muka mak saya. Saya tak berani pandang muka dia. Saya sentiasa rasa kecik. Dan mak saya ‘terlalu besar’, garang, sangat menakutkan. Dia tak pernah peluk atau belai saya. Pukul je selalu.”

Saya terdiam dengar ayat dia. Sebenarnya klien ini sign up couple session bukan sebab nak cerita pasal mak dia. Tapi sebab konflik rumahtangga yang berpanjangan. Si isteri selalu rasa gagal. Gagal sebagai isteri, gagal sebagai mak. Terlalu panas baran, selalu rasa kecewa dengan diri, kecewa dengan suami dan anak-anak. Dia sendiri penat dengan sikap asyik marah-marah dan terlalu perfectionist. Tapi tak tahu macam mana nak stop.

Bila suami makin jauh hati, anak-anak pula jadi mangsa. Kena marah, kena tampar, barang disepak. Tapi selepas itu, datang rasa bersalah yang mendalam. Dia teresak-esak sambil berkata, “I’m a monster. I’m unfit to be a mom. I’m not a good person.” Itulah kitaran trauma masa kecil yang menghantui jiwa dewasa setiap hari.

Apa Yang Berlaku Sebenarnya?

Gambar Hiasan AI

Bila digali lebih dalam, ada sesuatu yang lebih heartbreaking sedang berlaku. Dia penat jadi ‘isteri/mak yang garang’ kerana dia sendiri dah sekian lama rasa unseen and unheard. Dia dah terlalu lama mahu merasa dilihat dan didengari sejak kecil lagi. Trauma masa kecil yang tidak disembuhkan membentuk cara dia melayan anak dan suami secara tidak sedar.

Kenapa dia struggle nak sayang suami dan anak-anak? Kenapa dia rasa drained dan kosong dalam keluarga? Sebab template “ibu” yang dia ada hanyalah watak perempuan Tom & Jerry itu ibu garang, hypercritical, tiada ruang untuk anak buat silap, tiada ruang untuk anak beremosi, tiada ruang untuk anak jadi vulnerable. Tiada emotional connection.

Macam mana kita nak beri sesuatu yang kita sendiri tak pernah terima? Sedangkan we can only give what we have.

Bila Anak Yang Terdalam Masih Tidak Sembuh

Jadi, ini bukan cerita tentang seorang mak yang kuat marah. Ini cerita tentang seorang anak yang tak pernah rasa dilihat, yang kini terdesak mahu suami dan anak sentiasa “melihat” dia. Ini bukan cerita tentang ibu yang tak sayangkan anak. Ini cerita tentang seorang wanita yang tak pernah tahu rupa kasih sayang seorang ibu. Setiap hari dia cuba memberi sesuatu dari perigi yang kosong.

Di akhir perbualan, dia berkata perlahan, “But she’s my mom. Hadap je lah kan.” Seolah sedang memujuk diri untuk menerima kesakitan yang dibawa sejak bertahun. “But you’re her child,” saya balas. Dia angguk teresak-esak. Satu kebenaran pedih dia adalah anak yang patut disayangi, dibimbing, dipeluk.

Kita Semua Ada Luka, Dan Luka Itu Membentuk Cara Kita Hidup

GAMBAR HIASAN

Kita semua ada watak-watak dari masa lampau yang membentuk cara kita berfungsi hari ini. Kita semua ada luka dan kesengsaraan yang kita bawa senyap-senyap. Dan selalunya, orang paling kita sayanglah yang terpijak luka tu paling kerap. Bukan sebab mereka jahat. Tetapi kerana luka itu belum sembuh.

Buat setiap jiwa yang sedang berjuang, semoga Allah memeluk luka kalian yang tak terlihat di mata manusia. Semoga Dia menghembuskan kekuatan di saat lelah. You are worthy. You are seen. You are significant. You are loved. Mungkin bukan daripada ibu atau ayah, tetapi daripada Dia, pemilik sekalian alam.

You are bigger than your pain. You are stronger than your trauma. May Allah heal you completely, insyaAllah.

Sumber: Adlil Rajiah

Published by
Nor Yusoff