Nak pujuk anak makan atau suruh diam bila makan diluar, perkara pertama yang dilakukan adalah dengan membuka cerita kartun atau apa saja rancangan kegemaran sebagai tarikan anak.
Alasannnya jika tak buat macam ni, anak susah makan, tak boleh duduk diam kerana bosan dan sebagainya. Sampai bila?
Menerusi perkongsian dari Perunding Keibubapaan, Puan Noor Afidah Abu Bakar, ibu bapa yang silap dalam hal ni.
Anak kecil itu diam tanpa sebarang pergerakan. Dia juga langsung tidak bersuara. Matanya memandang tepat ke hadapan tanpa berkelip. Dia terpaku dengan apa yang dilihatnya. Segala yang berlaku di sekeliling seolah-olah tidak memberi makna apa-apa kepada anak itu. Sebarang bunyi, sebarang pergerakan mahupun sebarang keajaiban yang berlaku di sekelilingnya seperti tidak langsung menimbulkan tanda tanya dalam dirinya. Perkara yang menjadi tumpuan utama dalam hidupnya dan dalam dunianya ketika itu hanyalah apa yang sedang ditonton di hadapannya.
Sudah berkali-kali saya melihat anak-anak yang diprogramkan oleh skrin yang berada di hadapan mereka ketika waktu makan. Anak-anak ini seumpama robot yang mengunyah, tanpa menunjukkan sebarang emosi dan tanpa interaksi. Mereka dinafikan hak untuk menjadi kanak-kanak yang memerlukan didikan dan bimbingan oleh orang dewasa ketika waktu makan.
Ads
Mungkin anak-anak kecil ini diharapkan lahir dalam keadaan sempurna akhlaknya tanpa bimbingan yang mengambil masa. Mungkin anak-anak kecil ini diharapkan agar berupaya untuk memenuhi harapan dan jangkaan orang dewasa dengan serta merta. Mungkin anak-anak kecil ini diharapkan agar berupaya menyuapkan makanan dengan sendiri tanpa mensepahkannya. Mungkin anak-anak kecil ini diharapkan agar dapat memberi tumpuan pada makanan tanpa mengganggu. Mungkin anak-anak kecil ini diharapkan agar melekat di tempat duduk mereka tanpa berganjak. Mungkin anak-anak kecil ini diharapkan agar dapat membisukan mulut mereka dari bersuara.
MUSTAHIL.
Kata si Ibu “Jika saya tidak beri skrin kepada anak saya, anak saya tidak mahu makan.”
Persoalannya siapakah yang mula memberikan anak skrin? Siapakah yang tidak melatih anak makan tanpa kebergantungan pada skrin dari awal lagi?
Ads
Waktu makan yang sepatutnya menjadi: momen yang mewujudkan perhubungan yang rapat antara ibubapa dan anak, momen penerapan adab dan akhlak, momen berinteraksi dan bergurau senda antara ahli keluarga, momen memerhatikan persekitaran yang menimbulkan sifat ingin tahu, momen memahami emosi, momen memahami komunikasi verbal dan tidak verbal, momen memantapkan skil motor halus dan motor kasar, momen mengembangkan skil bahasa dan menambahkan kosa kata, momen memahami nilai dalam keluarga dan masyarakat, kini hanya menjadi momen mengisi perut dan membasahkan tekak sambil dihiburkan oleh watak-watak yang ditonton di skrin.
Tiada latihan pengucapan Bismillah, dan tiada doa di awal makan untuk diamalkan anak kerana anak-anak ini terlalu asyik dihiburkan. Tiada ucapan penghargaan dan terima kasih yang diucapkan anak kepada ayah atau ibu yang berusaha menyuapkan makanan dengan penuh kasih sayang kerana anak-anak ini terlalu leka. Tiada senyuman di antara ibu atau ayah yang menyuap dan anak yang disuap. Tiada pandangan mata diantara ayah atau ibu dan anak, Tiada ekspresi wajah yang menggambarkan kegembiraan, kekecewaan dan tegahan daripada ayah atau ibu untuk difahami oleh anak. Tiada luahan emosi di antara ibubapa dan anak. Semuanya menjadi hambar tanpa sebarang keintiman dan emosi sesama manusia. Sedangkan perkara yang diabaikan inilah yang membezakan di antara MANUSIA dan ROBOT.
Anak-anak yang menyentuh, melihat, merasa, menghayati dan menikmati setiap butir dan suapan makanan yang masuk ke mulut mereka lebih mudah untuk mempelajari erti bersyukur akan nikmat rezeki yang dilimpahkan ke atas mereka oleh Allah SWT. Apabila tontonan skrin dipaksakan ke atas anak ketika waktu makan dari usia awal, seluruh sensori yang melahirkan rasa kesyukuran ini akan mati kerana fokus mereka bukannya pada pengalaman menghayati rezeki yang disuapkan ke mulut mereka tetapi fokus mereka kepada pengalaman menghayati skrin.
Ads
Latihlah anak menjadi manusia yang memuliakan adab dan akhlak ketika makan, menghargai ibubapa atau orang dewasa yang menyuapkan mereka makanan, memahami bahasa kasih sayang ibubapa, menghormati perhubungan sesama manusia, peka dengan sekelilingnya dan mensyukuri rezeki pemberian Allah kepadanya walaupun anak mungkin kurang menggemarinya.
Anak-anak kita dilahirkan sebagai manusia. Usah diubah mereka menjadi robot tanpa kerelaan mereka hanya kerana kita sangkakan itu lebih mudah.
Dalam gambar di artikel ini adalah anak kembar yang tidak diberikan skrin oleh ayah dan ibu mereka ketika waktu makan. Saya sendiri kagum dengan usaha ayah dan ibu ini untuk memanusiakan anak mereka walaupun sudah tentunya mencabar.
Syabas diucapkan kepada ayah dan ibu lain yang turut sama berusaha.
Pelat merupakan masalah pertuturan di mana kanak-kanak sukar bertutur dengan bunyi pertuturan yang betul dan bersesuaian dengan umurnya, yang menyebabkan percakapan mereka sukar untuk difahami oleh ibu bapa. Ini sering dilihat dalam kanak-kanak yang masih kecil dan ia seringkali dianggap ‘comel’ di mata ibu bapa.
Bagi kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah, kesukaran untuk menyebut sesetengah perkataan masih boleh dikatakan sebagai normal kerana mereka sedang melalui proses perkembangan bahasa dan pertuturan. Namun, apabila usia mencecah tujuh tahun, kanak-kanak sepatutnya sudah mampu bercakap tanpa pelat, jelas dan mudah difahami.
Sumber foto: https://www.freepik.com/free-photo/mother-daughter-studying-alphabet_5519320.htm#query=kanak%20kanak%20bercakap&position=3&from_view=search&track=ais
Menurut Aishah Kassim, pasti ramai ibu bapa yang berasa risau dan bimbang akan pertuturan pelat anak mereka. Beliau berkata bahawa kanak-kanak yang berusia dua tahun ke bawah itu masih normal jika mereka mempunyai kesukaran untuk bertutur.
Aishah Kassim berkongsikan beberapa tip yang boleh membantu para ibu bap ajika mempunyai anak yang bertutur pelat, antaranya:
1. Teknik Acoustic Highlighting * Tekankan bunyi yang anak salah sebut. * Bantu anak untuk menghasilkan bunyi yang betul. * Contohnya: boya > bola, matan > makan
2. Kenal pasti bunyi yang tidak dapat disebut oleh anak * Ajar anak kenali bunyi dalam bentuk individu. * Contoh: anak ada masalah sebut “S” > bantu anak buat bunyi sebutan “ssss” (bunyi ular)
3. Bantu anak betulkan kedudukan lidah * Perlukan konsistensi * Latih anak biasa dengan sebutan betul * Contoh: “lidah di belakang gigi dan rasakan angin untuk sebut sssss”
4. Tambah suku kata * Re-train kongnitif anak. * Latih anak tukar tabiat pelat. * Contoh: sa, si, su, se, so
5. Beri input perkataan sesuai dengan bunyi yang dilatih * Bantu anak hasilkan perkataan dengan jelas. * Contoh: huraf “K” jadi “T” >> latih anak sebut perkatan kakak, katak, kuku, kepala.
Ibu bapa juga digalakkan untuk bertutur dengan anak menggunakan perkataan yang betul. Jangan bertutur pelat dengan mereka hanya disebabkan anak-anak masih kecil dan mahu mengikuti “slang” mereka.
Semoga tip-tip yang dikongsikan dapat membantu ibu bapa untuk memperbetulkan pertuturan anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita nak anak-anak hormat kita sebagai ibu ayah tapi masih lagi layan mereka macam raja. Ikut semua cakap anak sampaikan anak susah nak dengar cakap ibu ayah.
Kadang-kala kita jadi geram dengan perangai anak yang masih kecil tapi cukup bijak memerintah ibu atau ayah hendak macam-macam. Kita terlupa sebenarnya kitalah yang mengajar mereka sedemikian tanpa sedar.
Perkongsian daripada seorang ibu, Nazz Nazihah ini mungkin boleh membuka mata kita supaya tidak terlalu ‘memuakan’ anak dengan macam-macam pilihan sampaikan mereka menjadi mengada-ngada dan tak hormat pada ibu ayah.
ANAK JADI SUKA MEMBENTAK
Dulu selalu tanya anak, “nak makan apa? Nasik nak? Ke nak Roti?”. Sampai lah satu hari saya tengah membeli cendawan kat gerai, terdengar seorang ayah cakap pada anaknya “nak x cendawan?”. Anaknya geleng.
Ayahnya tanya lagi, “kenapa tak nak? Kakak suka cendawan.” Anaknya membentak, taknak! Muka mencuka bila ayah tanya soalan sama dua kali. Saya terkesima sebab saya selalu tanya soalan yang sama pada anak.
Mak pernah sound saya, mak cakap, “you are the mother or he is the mother? He must listen to you,”.
Tapi masa mak sound tu saya blur, apa masalahnya kalau saya tanya anak nak makan apa. “Mari makan nasi.” Itu skema bahasanya cakap dengan anak. Mak kata. Kita yang menentukan dia makan apa kata mak.
Kita bukan hamba anak. Huhu. Dan sekarang ni Bilal dah mula paham, dia kena makan apa mak dia suruh makan. Ada benda kita kena tegas dengan anak, ada benda adalah pilihan mereka, eat this or no food. Learn how to syukur.
You know how hard my feeling when he says “Tak sedap lah susu ni. One more scoop mama,” He orders me like a boss, pandai mengomen ini tak sedap, itu tak sedap. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku.
“You drink it or you put it inside the fridge. I am not going to add susu dah.”
“Ni tak sedap mama, rasa air masak je ni,”
“Bersyukurlah, ada orang takde rezeki nak minum susu,” then I blahh….huhu. I cannot go further with this kind of argument. When he keeps telling me, I buat pekak saja. Luckily he either drink it or he keep it inside the fridge. Dia dah mula paham mak dia.
Namun semua tu setelah saya menyaksikan sendiri how rude anak yang treated like a king. Saya mula belajar bertegas, walaupun peringkat awal dulu dia mendesak-desak kerana mula-mula saya ikut je kata dia. Tapi akhirnya dia tahu, segalanya ada batas namun proses itu sungguh menggugah emosi seorang ibu yang adakalanya begitu fragile.
Kebanyakan ibu suka lakukan tabiat merasa makanan terlebih dahulu sebelum disuap ke dalam mulut. Niatnya nak merasa makanan tersebut tak panas dan selamat dimakan oleh si kecil.
Tanpa sedar, rupanya tabiat tersebut boleh menyebabkan berlakuk pemindahan bakteria ke dalam mulut anak dan lagi teruk menyebabkan masalah kerosakan gigi. Itu antara punca mengapa ada ibu yang pelik kerana anaknya minum susu ibu tapi tetap ada masalah gigi rosak.
Baca lebih lanjut penjelasan yang dikongsikan oleh doktor pergigian, Dr Iqbal Rosli seperti dikongsi di laman facebooknya.
“Anak saya tidak minum dari botol susu. Cuma susu badan. Kenapa gigi rosak juga?”
Pertama, mari kita bezakan bagaimana mekanisme keduanya ketika anak minum susu. Semasa menyusu badan, anak akan memasukkan puting hampir keseluruhan areola ke dalam mulutnya. Tindakan itu akan meletakkan puting dan susu yang keluar jauh ke dalam mulut. Anak akan terus telan.
Berbeza dengan botol susu, tidak perlu memasukkan semua puting, susu sudah keluar. Walaupun tak dihisap, susu tetap akan menitik dan berpotensi untuk berkumpul di dalam mulut jika tak ditelan terutamanya sewaktu tidur.
Kedua, mari kita fahami bagaimana gigi rosak terjadi. Ada 4 faktor utama terjadinya karies gigi.
Gigi- gigi susu adalah lebih rapuh berbanding gigi kekal kerana lapisan enamelnya yang lebih nipis
Makanan- apa-apa sahaja yang masuk ke dalam mulut termasuklah susu
Bakteria- bakteria dari banyak sumber. Barang mainan yang dimasukkan ke dalam mulut, puting tiruan, tangan ibu bapa
Masa- jika gigi lama tak dibersihkan, perlahan-lahan proses karies akan berlaku
Ketiga, penting untuk kita fahami juga, susu ibu semata-mata tidak menyebabkan karies. Ada kajian menunjukkan kandungan dalam susu ibu baik untuk pertumbuhan dan kesihatan gigi. Ada kajian menunjukkan kanak-kanak yang masih menyusu ibu selepas umur 2 tahun berpotensi mengalami kerosakan gigi lebih serius.
Seperti dalam point kedua, ada lagi faktor lain menyebabkan karies. Ibu-ibu bolehlah muhasabah dan re-check aktiviti seharian yang mungkin berkaitan dengan penjagaan gigi anak masing-masing.
Antara yang selalu terlepas ialah, apabila ibu-ibu merasa makanan dahulu sebelum menyuapkan ke dalam mulut si anak. Pemindahan bakteria boleh berlaku dan menyumbang kepada kerosakan gigi.
Selain itu, bergantung semata-mata kepada susu ibu, dan tidak menggalakan pemakanan selepas umur 6 bulan, juga adalah tidak betul. Malah tidak baik untuk pertumbuhan dan kesihatan gigi, dan juga perkembangan kesihatan anak secara amnya.
Keempat, sebab itu, hal paling utama dalam mengelakkan gigi rosak adalah penjagaan kesihatan gigi. Bagilah anak-anak susu ibu atau susu formula. Tapi sekiranya kebersihan gigi tak dititikberatkan, gigi tetap akan rosak juga.
Kelima, ketahuilah Puan-puan sekalian, komuniti doktor gigi tidak pernah menyalahkan penyusuan anak-anak sehingga menyebabkan gigi rosak. Sebaliknya, apabila tiada keseimbangan di antara penyusuan/pemakanan dan penjagaan kebersihan gigi, itulah punca utama gigi mudah dan cepat rosak.
Ramai ibu bapa fikir bila hantar anak ke sekolah berasrama, secara automatik anak akan berubah jadi lebih rajin, lebih pandai, dan lebih berdikari. Tapi...