Rasa macam baru je isteri kepada Youtuber terkenal dan juga pengarah muda, Syahmi Sazli melahirkan anak kedua. Pejam celik, pejam celik, dah sebulan lebih usia Khabib Umar.
Anissa Faizul yang bersalin 3 Julai lalu telah berkongsi gambar anak lelakinya ketika sesi photoshoot mereka sekeluarga.
Dengan hanya menulis kapsyen ringkas, ‘Keluargaku, Syurgaku’ dah dianggap lengkap kehidupan keluarga kecil ini dengan dikurniakan sepasang cahaya mata.
Dalam pada itu, Anissa juga menitipkan doa buat anak lelakinya supaya membesar menjadi anak yang soleh serta adik yang baik untuk kakaknya.
Ads
“Assalamualaikum aunties & uncles. Doakan Khabib Umar sentiasa diberikan kesihatan yang baik & menjadi anak yang soleh untuk ibu & baba.
“Termasuklah menjadi adik yang tersangat baik untuk kakak, Ainul Mardhiah.
“Semoga Allah SWT merahmati & taburkan kebahagiaan dalam keluarga kami selamanya,” kongsi Anissa.
Ads
Menerusi ruangan komen, masing-masing menyatakan, Khabib Umar sebiji ikut muka Syahmi. Mungkin lepas ni, kalau Anissa bersalin lagi baru ikut mukanya.
“Comeynyaaaa❤️ Kembar baba sangat ni hehehhe cumeyy🥰🥰”
“Muka Syahmi ni semua eii tapi comel 😍 Moga sihat selalu semua”
Menjadi ibu bapa adalah satu fasa kehidupan yang penuh dengan keajaiban, namun ia juga hadir bersama tanggungjawab besar yang tidak pernah diajar secara formal. Ramai menyangka menjaga bayi bawah setahun hanyalah soal menyusu dan menidurkan mereka sepanjang hari. Hakikatnya, realiti itu jauh berbeza.
Apabila cahaya mata lahir ke dunia, keutamaan hidup berubah sepenuhnya. Setiap tangisan, setiap gerak geri, dan setiap perubahan kecil pada tubuh bayi menjadi perkara yang perlu diberi perhatian. Inilah cabaran utama dalam menghadapi masalah kesihatan bayi bawah setahun, kerana mereka belum mampu bercakap atau menyatakan rasa tidak selesa dengan jelas.
Sistem imun bayi masih dalam proses pembentukan. Ini menyebabkan mereka lebih terdedah kepada jangkitan, gangguan pencernaan dan masalah kulit. Apa yang kelihatan remeh bagi orang dewasa boleh memberi kesan besar kepada bayi.
Berikut ialah masalah kesihatan yang paling kerap dialami oleh bayi sepanjang tahun pertama dan langkah awal yang boleh dilakukan di rumah sebelum mendapatkan rawatan klinikal.
Sedu merupakan keadaan biasa dan sering berlaku, malah ada bayi yang sudah mengalaminya sejak dalam kandungan. Walaupun kelihatan tidak selesa, sedu jarang menyebabkan kesakitan kepada bayi.
Punca: Bayi terlalu kenyang atau menelan udara ketika menyusu, menyebabkan pengecutan diafragma secara tiba-tiba.
Cara Melegakan: Tegakkan bayi selepas menyusu dan pastikan teknik penyusuan betul. Sedu biasanya akan berhenti dengan sendiri tanpa rawatan khusus.
Jeluak adalah keadaan biasa di mana sedikit susu keluar dari mulut bayi. Namun, muntah yang memancut dan kerap tidak boleh dipandang ringan.
Punca: Kapasiti perut bayi yang sangat kecil dan penyusuan berlebihan.
Langkah Pencegahan: Susukan bayi dengan kerap tetapi dalam kuantiti kecil, dan sendawakan bayi setiap kali selepas menyusu.
Kembung perut sering menjadi punca bayi menangis berpanjangan, terutama pada waktu malam. Ini antara masalah kesihatan bayi bawah setahun yang paling mencabar emosi ibu bapa.
Punca: Udara terperangkap dalam sistem pencernaan akibat cara penyusuan atau sensitiviti terhadap susu.
Cara Tradisional: Sapuan minyak telon atau tuam herba suam pada perut bayi boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan.
Cirit-birit boleh menjadi berbahaya jika tidak dipantau dengan rapi kerana bayi mudah kehilangan cecair.
Tanda Amaran: Najis terlalu cair, berbau kuat, dan kerap.
Tindakan Awal: Teruskan penyusuan dengan lebih kerap dan pantau tanda-tanda dehidrasi seperti bibir kering dan kurang kencing. Namun jika masih tiada perubahan, segera berjumpa doktor.
Sembelit jarang berlaku pada bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, namun sering dialami apabila bayi mula makan makanan pejal atau bertukar susu formula.
Petua: Urutan lembut pada perut bayi dan pastikan pengambilan cecair mencukupi.
Kulit bayi sangat sensitif dan mudah merengsa jika terdedah kepada kelembapan berlebihan.
Pencegahan: Tukar lampin dengan kerap dan biarkan kulit bayi kering sebelum memakaikan lampin baharu.
Saluran pernafasan bayi yang kecil menyebabkan selsema ringan boleh mengganggu tidur dan penyusuan.
Rawatan Semula Jadi: Wap suam dan sapuan minyak semula jadi pada dada boleh membantu melonggarkan kahak. Namun jika masih tiada perubahan, segera berjumpa doktor.
Demam menandakan tubuh bayi sedang melawan jangkitan dan perlu dipantau dengan teliti.
Tindakan: Pastikan bayi tidak berpakaian terlalu tebal dan pantau suhu badan menggunakan termometer.
Mengetahui dan memahami masalah kesihatan bayi bawah setahun membantu ibu bapa bertindak lebih tenang dan berinformasi. Jika keadaan bayi tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan, segera dapatkan nasihat doktor kerana pemeriksaan awal boleh mencegah komplikasi yang lebih serius.
Betapa pentingnya belaian & sentuhan buat bayi, eksperimen mendapati bayi meninggal dunia akibat yang tidak dirangsang menjadi tular hingga dikongsi sebanyak 10 ribu kali. Apa pengajaran yang perlu diambil oleh ibu bapa ialah jangan abaikan keperluan emosi anak.
Guru, Puan Adhwa Adnin berkongsi kisah eksperimen bayi yang dilakukan pada 1940an yang mendapati bayi yang tidak dibelai & diberikan sentuhan kasih sayang walau pun diberikan keperluan asas seperti susu dan pakaian serta dibersihkan boleh meninggal dunia secara perlahan-lahan. Berikut ialah perkongsian beliau.
Para netizen dan follower Puan Adhwa Adnin telah memberikan responds. Mereka dari kalangan ibu bapa sangat gerun dan mengaitkan persekitaran yang didedahkan kepada bayi di taska yang tidak memberikan penjagaan yang cukup sama juga dengan eksperimen yang dinyatakan.
IBU BAPA PERLU BERIKAN KASIH SAYANG SEPENUHNYA KEPADA ANAK-ANAK
MEMBERIKAN PERHATIAN TIDAK AKAN MEMBUAT BAYI MENJADI MANJA
KELAKUAN YANG PELIK BERMULA DARI APA YANG DIDEDAHKAN SEJAK KECIL
TASKA DI TEMPAT KERJA PERLU DIWUJUDKAN
CARA DIDIKAN AKAN MEMPENGARUHI SIFAT APABILA ANAK BESAR NANTI
Salah seorang netizen telah berkongsi tentang update di Facebook Puan Adhwa Adnin di mana dia menegaskan yang perkongsiannya tersebut adalah bertujuan untuk memberitahu ibu bapa tentang pentingnya memenuhi keperluan emosi anak selain daripada keperluan-keperluan lain.
Trend ibu bapa sekarang merakam momen bayi untuk dijadikan kenangan dan kebanyakannya menganggap gambar inilah yang akan dilihat apabila anak-anak besar.
Baru-baru ini, anak penerbit Datuk Ziela Jalil, Dr Puteri Julia Nabilah berkongsi beberapa keping foto ketika sesi fotografi bersama anak sulungnya, Tun Alayna Zeeya.
Gambar-gambar menarik sepanjang sesi penggambaran itu dikongsikan oleh Julia menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Bertemakan Snow White, The Barbie Edition, Woodling Creature Series sesi fotografi itu mendapat khidmat jurufoto terkenal Camora Arts Official.
“After multiple attempts at fighting, at last tewas juga. Kesian anak mama,” tulis Julia.
Perkongsian itu mendapat pujian daripada pengikut yang rata-ratanya menyifatkan Alayna kelihatan comel beraksi di depan kamera.
Malah ada segelintir netizen mengatakan Alayna seakan patung.
Terdahulu, Dr Puteri Julia Nabilah telah berkahwin dengan Dr Dziya Faqhran Mahmod Fauzi pada 1 Julai 2018.
Pasangan ini menerima cahaya mata sulung pada 14 Jun lalu.
Dalam posting instagram Ziela Jalil, dia sangat bersyukur kehadiran Alayna ini. Alayna ibarat penyeri dalam keluarganya
Syukur diatas kurniaanmu ini Yaa Rabb, penyejuk hatiku, penawar kehidupan ini, semoga membawa cahaya kegembiraan pada semua hamba Allah yang memandang dan dekat dengannya, berjayalah cucuku ini dengan ilmu dunia dan akhirat dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara, Aamiin Yaa Allah Yaa Mujib
Sumber: ig Ziela Jalil, Dr Puteri Julia Nabilah & Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Power Pumping membantu merangsang penghasilan susu ibu apabila hasil perahan merudum. Ketahui cara melakukannya, kekerapan yang disyorkan serta tip mengepam dengan lebih berkesan.