“Tudung Bagi Nampak Macam Pn Amirah Sikit..” Mira Filzah Selesa Suami ‘Filter’ Penampilan

Share

Sejak mendirikan rumah tangga dan menjadi seorang ibu, pelakon dan pengacara, Mira Filzah mengakui penampilannya kini ditapis terlebih dahulu oleh suaminya, Wan Emir Astar.

Menurut Mira atau nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, suaminya mempunyai pendekatan tersendiri dalam menegur cara pemakaiannya sekiranya tidak berkenan dengan sesuatu yang digayakannya.

“Sekarang yang bagi pelepasan Emir lah. Dia selalu tegur secara subtle (halus). Macam dia selalu kata dia nak tengok penampilan seorang Puan Amirah bukan Mira Filzah.

“Kadang-kadang saya nak keluar, dia akan tegur ‘tudung bagi nampak macam Puan Amirah sikit.’

“Jadi saya pun faham maksud Puan Amirah itu seperti mana yang dia mahukan,” kata Mira dalam program bual bicara Next To Neelofa 2.

ARTIKEL MENARIK:

[“Cantik Mommy Medinah.” Mula Berpakain Longgar & Bertudung, Erynne Mohon Doa Semua]

[Dapat Tidur 3 Jam Pun Tak Apa.” Anzalna Puas Dapat Jaga Sendiri Anak Depan Mata]

Rancang nak tiga atau empat anak

Dalam program itu juga, Mira mendedahkan dia merancang untuk memiliki tiga atau empat cahaya mata untuk menyerikan lagi bahtera rumah tangganya.

“Saya merancang nak ada tiga atau empat cahaya mata. Yang anak pertama ini, memang saya dan suami merancang sampai kami dapat suntikan dos kedua vaksin.

“Sekarang saya teruja untuk melihat perkembangan Amir, kalau boleh saya nak tengok setiap first momen dia, seronok jadi ibu ini.

“Dan saya juga banyak belajar daripada Neelofa yang sering berkongsi apa-apa maklumat dan informasi yang berguna tentang perkembangan usia awal kanak-kanak,” katanya.

Kredit: MH ; IG Mira Filzah

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

IKLAN