
Setiap kali dapat duit raya baru ketika Aidil Fitri, baik kanak-kanak mahupun dewasa pasti rasa teruja. Bagi mak dan ayah, urusan tukar duit raya 2026 menjadi satu kewajipan bagi melengkapkan lagi Hari Raya yang bakal disambut tidak lama lagi.
Menjelang musim perayaan, ramai yang mula mencari maklumat mengenai tukar duit raya 2026 di bank-bank utama supaya dapat menyediakan wang pecahan kecil lebih awal.
Untuk memeriahkan lagi Hari Raya tahun ini, dua bank sudah pun mengumumkan tarikh untuk menukar duit raya mereka. Ini panduan untuk anda yang merancang melakukan tukar duit raya 2026
.Berdasarkan makluman terkini setakat 2 Mac 2026, semua cawangan Bank Islam telah membuka kaunter untuk perkhidmatan tukar duit raya 2026.
Namun begitu, kemudahan ini hanya ditawarkan kepada pemegang akaun Bank Islam sahaja. Ini bermakna pelanggan perlu mempunyai akaun aktif untuk menggunakan kemudahan tukar duit raya 2026 di bank tersebut.
Pelanggan juga dinasihatkan membawa kad pengenalan serta kad ATM atau dokumen berkaitan bagi memudahkan urusan di kaunter.
Memandangkan permintaan biasanya tinggi menjelang Aidil Fitri, pelanggan Bank Islam digalakkan hadir lebih awal untuk melakukan tukar duit raya 2026 sebelum kehabisan stok wang pecahan kecil.
Sementara itu, Maybank turut mengumumkan tarikh khas bagi pelanggan yang ingin melakukan tukar duit raya 2026 di cawangan mereka.
Tarikh: 10 Mac 2026
Masa: 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Orang ramai disarankan hadir lebih awal bagi mengelakkan kehabisan stok wang pecahan kecil semasa proses tukar duit raya 2026
, selain mematuhi garis panduan yang ditetapkan pihak bank.Seperti biasa, ketersediaan wang pecahan kecil adalah terhad dan tertakluk kepada setiap cawangan. Justeru, pelanggan digalakkan untuk menyemak terlebih dahulu dengan cawangan berhampiran sebelum hadir bagi urusan tukar duit raya 2026.
Setiap tahun, ramai yang terlepas peluang mendapatkan wang pecahan kecil kerana datang terlalu lewat. Berikut beberapa tips mudah untuk memudahkan urusan:
Dengan membuat perancangan awal, urusan tukar duit raya 2026 boleh dilakukan dengan lebih mudah dan lancar.
Pastikan anda merancang lebih awal supaya penyediaan duit raya berjalan lancar menjelang Syawal nanti dan dapat menggembirakan anak-anak serta ahli keluarga.
Sumber: Threads fadzlyramly