Tiada yang lebih menggembirakan bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga apabila dikurniakan kehamilan. Fasha Sandha akhirnya mendedahkan usaha yang dilakukannya untuk hamil cepat selepas berkahwin.

Sebelum ini dikongsikan kejutan Fasha kepada Aidil tentang kehamilan anak pertama mereka berdua. Rakaman video Fasha membuat surprise berita bahagia tersebut mengundag tangisan sebak Aidil.

“Tukar, Tambah Ayat Doa. Merayulah Kepada-Nya.” Ini Amalan Fasha Dikurnia Rezeki Hamil Anak Ke-3

Artikel berkaitan: Tangisan Sebak Sambut Berita Bahagia, Hajat Miliki Anak Cepat Dimakbulkan. Fasha Sandha Hamil 3 Minggu

Dalam posting Instagram, Fasha berkongsi dia turut menerima direct message di Instagram memintanya berkongsi apa yang dilakukan untuk hamil. Ada juga yang meminta tip bagaimana Fasha boleh mendapat kekuatan untuk berkahwin buat kali kedua selepas  menjadi ibu berdikari beberapa tahun.

“Tukar, Tambah Ayat Doa. Merayulah Kepada-Nya.” Ini Amalan Fasha Dikurnia Rezeki Hamil Anak Ke-3

Syukur Alhamdulillah
Kali ke dua nampak suami mengalirkan air mata semalam (kali pertama di hari pernikahan kami)

Rasanya terlalu awal untuk berkongsi kerana kehamilan ini terlalu awal, tak mengapa, Redha. Semoga kandungan ini selamat sehingga melahirkan.

Ramai bertanya, apakah tips mudah hamil. Ramai juga DM untuk mengadu dan bertanya tips untuk bahagia di peluang kedua, ada mengadu kahwin dah lama tapi belum hamil, ada juga DM mintak kekuatan selepas penceraian.

IKLAN

“Tukar, Tambah Ayat Doa. Merayulah Kepada-Nya.” Ini Amalan Fasha Dikurnia Rezeki Hamil Anak Ke-3

Doa. Its Miracle.

Saya ingin kongsi pada semua,

Jawapannya adalah ‘Doa’, Percayalah pada keajaiban Doa. Its Miracle.
Selepas Pada bulan pertama berkahwin, suami bertanya saya, adakah saya hamil, jawapan saya belum lagi sayang. Dia kata dia

“Tukar, Tambah Ayat Doa. Merayulah Kepada-Nya.” Ini Amalan Fasha Dikurnia Rezeki Hamil Anak Ke-3

Tambah, Tukar Ayat Dalam Doa & Berusaha

Oh.. dia nak mintak baby cepat. Bila masuk bulan kedua, saya terus menukar pattern doa saya, saya tambah kan ayat lain dalam doa, dan saya berusaha, syukur Allah makbulkan dalam masa yang singkat.

IKLAN

Kepada yang telah lama berkahwin dan masih menunggu saat ini, cuba ikut cara ni, tukar dan tambah ayat dalam doa, Allah Maha mendengar. Kalau nak merayu, merayulah pada Nya. Syukur Alhamdulillah , Allah maha mengetahui.

“Tukar, Tambah Ayat Doa. Merayulah Kepada-Nya.” Ini Amalan Fasha Dikurnia Rezeki Hamil Anak Ke-3

Kekuatan Untuk Meneruskan Perkahwinan Kedua

Kepada yang bertanya, macam mana nak dapat kekuatan dan bagi peluang pada orang baru, hmmm macam ni lah..Sy sendiri pun tak pernah terpikir saya akan kahwin kali ke dua sbb terlalu selesa menjadi ibu tunggal. Tiba2 je Allah buat kita terkenal tanpa dirancang, dan sama2 tersuka, dan selamat menjadi suami isteri.

Lagi satu, selalu kena ingat ‘ semua dalam dunia ni adalah ‘Pinjaman’, Allah yang bagi, dan Allah berhak ambil balik bila2 masa je, cuma kita teruskan berdoa agar Pinjaman Allah ni berkekalan sehingga ke Akhir hayat, Insyaallah.

“Tukar, Tambah Ayat Doa. Merayulah Kepada-Nya.” Ini Amalan Fasha Dikurnia Rezeki Hamil Anak Ke-3

IKLAN

Tahniah Encik Suami

Gambar ni diambil semalam di studio adikku @pinography . Terima kasih adik! @arymuzamer juga. Tahu tak , semalam satu studio menangis. I terkejut tengok, cuma tak sempat nak rakam je. Rugi tak letak camera di semua tempat. Kenangan manis.

Tahniah encik suami kerana berjaya menjadi ayah kepada 3 anak. (2 anak instant dan 1 anak kita). Insyaallah kalau ada rezeki dan dipermudahkan,due date pada jatuh pada 2 Feb 2020. Syukur

#aidilfasha
#motherof3

Doa peminat mengiringi

Para peminat Fasha turut mendoakan kehamilan Fasha berjalan lancar

@psct_bunge Tahniah alhamdulillah aidilfasha…moga diberi kesihatan yg baik ibu dan baby.

@putrisalwabte Tahniah semoga Fasha bahgia hingga ke Jannah. Aaminn.

@mummyserojaa Tahniah @fashasandha akan menimang baby baru lgi srmoga you dgn husband bahagia lgi

Sumber: fashasandha

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI