Bagi setiap ibu bapa, bilik bersalin adalah ruang peribadi di mana hanya keselesaan dan keselamatan bayi dan ibu diutamakan. Namun, baru-baru ini, timbul satu isu yang mencetuskan kemarahan ramai apabila seorang petugas kesihatan melakukan siaran langsung semasa menjahit luka pembedahan caesarean (czer).
Tular sebuah video di platform TikTok yang memaparkan dua jururawat lelaki dari sebuah hospital di Jawa Timur, Indonesia. Mereka dilihat tanpa segan silu membaca komen penonton sambil melakukan proses menjahit luka pembedahan caesarean seorang ibu yang baru melahirkan anak.
Ads
Dalam rakaman tersebut, salah seorang jururawat sempat mengumumkan jantina bayi, “Bayinya sudah keluar. Tinggal jahit saja. Anak lelaki,” walaupun proses tersebut jelas memerlukan tumpuan penuh demi keselamatan pesakit yang sedang berada dalam keadaan rapuh.
Ads
Tindakan tersebut bukan sahaja membahayakan proses perawatan kerana ruang bedah perlu dikekalkan steril, tetapi juga memperlihatkan sikap kurang bertanggungjawab dengan mengejar tontonan sosial media berbanding kepentingan pesakit.
Ads
Susulan kejadian itu, pengarah hospital tersebut mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan kedua-dua jururawat tersebut merupakan satu kesalahan etika berat dan melanggar hak privasi pesakit. Mereka dianggap seolah-olah memperdagangkan momen peribadi pesakit demi mendapatkan ‘views’ di media sosial. Akhirnya, kedua-dua jururawat terlibat telah dipecat serta-merta.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Letak nama anak panjang-panjang dan ada juga yang mengabungkan nama ibu bapa seolah-olah satu trend untuk ibu bapa masa kini untuk anak mereka. Adakah setakat untuk glamour atau nak nampak cantik je nama itu.
Sepatutnya nama anak biarlah diberi maksud yang elok. Walaupun nama ringkas tapi ia seolah-olah doa untuk anak kita sehingga mereka besar kelak.
Justeru inisiatif yang dialaksanakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang melarang ibu bapa mendaftar anak mereka dengan nama yang panjang sehingga melebihi 80 aksara sangat tepat.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN, Jasri Kasim, berkata 80 aksara itu turut merangkumi nama bapa, bin atau binti serta simbol seperti koma dan sebagainya.
“Ini kerana ruangan nama yang disediakan di borang pendaftaran adalah terhad kepada 80 abjad malah jarak antara perkataan juga dikira sebagai satu abjad.
“Oleh itu kita minta ibu bapa untuk mematuhinya dan untuk rekod nama individu yang paling panjang setakat ini adalah 78 aksara,” katanya.
Jasri berkata demikian ketika ditemui pada program Kembara Mobile JPN 2018 Peringkat Negeri Perlis di Kampung Behor Masjid dan Kampung Bumbung Lima, Arau
Jasri berkata, selain pemberian nama yang membawa maksud tidak baik, nama yang panjang juga secara tidak langsung bakal memberi kesan kepada anak.
“Ini menyusahkan anak mereka kelak khususnya ketika berurusan rasmi dengan agensi kerajaan kerana tidak semua jabatan menyediakan ruangan nama yang mencukupi seperti di JPN.
“Selain itu kasihan kepada anak yang mempunyai nama panjang kerana setiap kali musim peperiksaan orang lain sudah menjawab beberapa soalan, mereka masih sibuk mengisi nama di kertas soalan,” katanya.
Selain pemberian nama yang membawa maksud tidak baik, turut ditegah memberikan nama anak dengan kumpulan nama gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan seperti Tun, Tan Sri, Datuk, Datin, Puan Sri, Datuk Patinggi, Datuk Wira, Datuk Bentara Dalam dan Datuk Bentara Luar.
Ini diikuti nama pangkat atau jawatan contohnya, haji, imam, nabi, mufti, ketua menteri, gabenor, sarjan, laksamana, hakim atau permaisuri.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bermula 1 Januari tahun depan, kerajaan akan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan bagi menyelamatkan mereka daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata langkah baharu itu susulan statistik yang membimbangkan apabila sebanyak 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari tahun 2007 hingga 2017.
“Kita kehilangan satu nyawa setiap 84 minit akibat nahas jalan raya. Kanak-kanak adalah golongan yang turut sama berada di atas jalan raya dan mereka juga terdedah kepada risiko yang tinggi terhadap kecederaan sekiranya terbabit di dalam nahas jalan raya.
“Child Restraint System (CSR) atau disebut sebagai kerusi keselamatan kanak-kanak adalah sebuah kerusi direka khas yang berfungsi untuk melindungi kanak-kanak di dalam kenderaan semasa berlakunya pelanggaran,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Minggu Keselamatan Kenderaan 2019 dan Majlis Pelancaran Pelaksanaan Mewajibkan Penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak di Malaysia di Makmal Ujian Pelanggaran di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Melaka.
Yang hadir sama, Ketua Menteri, Adly Zahari dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Dr Wan Azizah berkata, penggunaan CRS dalam kalangan negara maju adalah tidak asing bagi mengurangkan impak pelanggaran kepada penumpang kanak-kanak dan seterusnya mengelakkan kecederaan parah dan kematian.
“Kerusi keselamatan kanak-kanak yang akan digunakan di Malaysia perlu mengikut standard yang ditetapkan oleh United Nation Regulation, iaitu R44 dan R129.
“Langkah ini adalah sangat bertepatan dengan visi untuk mengurangkan kadar kematian dan kecederaan serius dalam kalangan pengguna jalan raya,” katanya.
Hanya satu pertiga atau kira-kira 36 peratus daripada pengguna jalan raya di negara ini yang menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dalam kenderaan.
Ini menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah penguatkuasaan bagi penggunaan CRS untuk memastikan tahap keselamatan kanak-kanak terus menjadi keutamaan.
Ibu bapa ingkar bakal dikenakan tindakan
Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akan terus meningkatkan kempen kesedaran berhubung penggunaan CRS dalam kenderaan di media cetak dan elektronik, papan gergasi, poster info grafik dan media sosial.
“Keutamaan langkah penguatkuasaan CRS bermula 1 Januari tahun depan adalah untuk mendidik pengguna jalan raya, bukannya menghukum,” katanya.
Mengulas lanjut, Loke berkata, kerajaan masih belum menentukan bentuk mekanisme yang akan digunakan bagi penguatkuasaan undang-undang terhadap pihak yang ingkar penggunaan CRS di dalam kenderaan bermula awal tahun hadapan.
“Perkara ini termasuk penetapan kenderaan, kos pembelian peralatan CRS selain pengurangan kadar cukai Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
“Kita mengalu-alukan mana-mana pengeluar tempatan untuk menghasilkan CRS ini yang sekali gus boleh memastikan harga produk berkenaan lebih mampu milik,” katanya.
Seorang kanak-kanak perempuan mengalami kesan parut seumur hidup apabila kelopak matanya terkoyak selepas dia terjatuh dan mukanya terkena rak pakaian di sebuah premis.
Cecilia Chen, 6 tahun hampir buta akibat insiden itu. Ketika kejadian dia pergi membeli-belah bersama neneknya di gedung Chatswood Chase di Lower North Shore, Sydney Australia minggu lalu.
Cecilian yang baru meraikan ulang tahunya tiga hari sebelum kejadian mahu membeli baju bewarna merah jambu, justeru neneknya membawa Cecilia membawanya ke Kmart.
Ketika neneknya sedang melihat baju-baju yang dipamerkan, kanak-kanak itu ternampak baju merah jambu yang digantung dan melompat untuk mengambilnya.
Dia bagaimanapun tidak dapat mengawal badanya dan terjatuh, menyebabkan mata kananya cedera terkena cangkuk besi di bahagian rak bawah
Kelopak mata Cecilia, termasuk bulu matanya terkopek. Cecilia meraung kesakitan.
Ibunya, Jill Huang bergegas datang dari tempat kerja sebelum ambulans datang dan membawa mereka ke Hospital Kanak-Kanak Randwick.
Selepas menunggu selama tujuh jam, Cecilia menjalani pembedahan kelopak mata selama empat jam pada malam itu, tetapi ibunya berkata keadaanya tidak akan sama seperti dahulu.
Huang berkata anak perempuanya menjalani pembedahan plastik untuk memperbaiki otot kelopak mata dan kelenjar lacrimal.
“Nasib baik bola matanya tidak rosak, tetapi masa yang lama akan diambil untuk melihat Cecilia kembali normal.
“Kelopak mata kananya akan ‘jatuh’, kecil dan tidak kelihatan sama. Dia sangat sedih dan takut.” katanya
Huang kini sedang berkempen supaya Kmart menggunakan rak pakaian lebih selamat untuk kanak-kanak. Kmart pula sedang menyiasat kemalangan itu.
Seorang jurucakap memberitahu Daily Mail: “Di Kmart Australia keselamatan penlanggan dan keluarga mereka adalah keutamaan kami.
“Kami dalam proses untuk meninjau sebarang kecedaraan yang dialami oleh pelangan atau staf di kedai kami dan kami sedang meneliti pilihan keselamatan untuk mengurangkan risiko kecederaan yang terjadi pada masa hadapan.
“Kami saling berhubung dengan keluarga pelanggan secara langsung berhubung kejadian ini. Cecelia dan keluarganya sentiasa dalam ingatan sepanjang proses pemulihan” katanya
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.