
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berada di Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam bagi menjalani pemerhatian.
Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir yang turut menjelaskan bahawa keadaan bapanya ketika ini adalah baik dan tidak berada dalam situasi yang membimbangkan.
Menurut Mokhzani, keputusan untuk membawa Tun Dr Mahathir ke IJN dibuat bagi memastikan beliau mendapat perhatian dan pemantauan sewajarnya selepas melalui detik yang cukup berat susulan pemergian isteri tercinta, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

“Buat Masa Ini, Beliau Okey”
Mokhzani berkata bapanya berada di IJN untuk pemerhatian selepas melalui tempoh dua hari yang cukup mencabar dari segi emosi.
“Beliau dimasukkan ke IJN untuk pemerhatian. Dua hari lepas sangat menekan Tun M. Buat masa ini, beliau okey dan tidak dalam keadaan yang merisaukan,” katanya.
Sebelum ini, Mokhzani turut memaklumkan bahawa bapanya berada dalam keadaan baik ketika menghadiri istiadat pengebumian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah pada 28 September lalu.

Tun Dr Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun
Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia di IJN pada pukul 9.20 pagi, 28 September 2026 pada usia 100 tahun. Jenazah Allahyarham kemudiannya selamat disemadikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya pada petang hari sama.
Istiadat pengebumian itu dihadiri Tun Dr Mahathir bersama anak-anak serta ahli keluarga terdekat bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Seorang lagi anak pasangan berkenaan, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini turut memaklumkan bahawa Tun Dr Mahathir berada di IJN untuk menemani isterinya sepanjang Allahyarham menerima rawatan sebelum pemergiannya.

70 Tahun Melayari Bahtera Rumah Tangga
Tun Dr Mahathir dan Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 1956.
Tahun ini menandakan genap 70 tahun usia perkahwinan pasangan berkenaan yang melalui pelbagai fasa kehidupan bersama sejak sekian lama.
Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan tujuh orang anak.
Pemergian Tun Dr Siti Hasmah nyata meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga, khususnya Tun Dr Mahathir yang selama puluhan tahun berkongsi kehidupan bersama insan tersayang.
Baca lagi: Mykad Generasi Baharu Rasmi Hari Ini, Tak Perlu Tergesa-Gesa Tukar Mykad Lama!
Disipilin Anak Tanpa Perlu Jerit & Ugut Rotan, 6 Cara Berkesan Guna Time-Out!
Diabetes Jenis 1 Pada Anak, 8 Tanda Penting Yang Ibu Ayah Wajib Tahu!
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!

