Kandungan belum cukup bulan, bayi akan keluar awal walaupun usia kandungan belum matang. Itu yang dilalui oleh seorang ibu apabila keempat-empat kandungannya dilahirkan sekitar usia 20 minggu lebih.

Berkongsi mengenai pengalaman melahirkan bayi tak cukup bulan ini, Puan Nur Sakinah Izzatie Binti Nasri menganggap semua yang berlaku adalah ketentuan ilahi dan tetap bersyukur dapat memeluk dua anak walaupun dua lagi tak sempat melihat dunia.

Anak-anak saya asalnya semua dilahirkan pramatang. Dari anak sulung lagi. Sekitar usia 27 dan 29 minggu dah lahir anak sulung dan kedua. Alhamdulillah sekarang usia 4 dan 3 tahun.

Disebabkan melahirkan anak sulung dan kedua awal, doktor menasihatkan untuk menjarakkan kehamilan jika ingin mengandung seterusnya. Selepas 3 tahun merancang selepas melahirkan anak kedua, penghujung tahun 2019 saya disahkan hamil anak ketiga.

“Tunggu Umi, Ayah Di Sana”. Dua Anak Syurga Sempat Bertahan 20 Minggu Dalam Kandungan 

Arwah anak ketiga lahir usia 20 minggu

Lepas saya dapat tahu saya mengandung anak ketiga, saya pergi check up macam biasa sampailah usia kandungan saya cecah 20 minggu.

IKLAN

Pada 30 Mac 2020 saya pergi buat rutin pemeriksaan macam biasa dan apabila doktor periksa jalan dah buka 2cm. Terus ditahan dalam wad dan buat cerclage.

Namun usaha doktor untuk menyelamatkan kandungan saya gagal sebab jalan makin buka jadi saya dipaksa bersalin pada 31 Mac pada usia kandungan 20 minggu dan bayi meninggal selepas dilahirkan.

“Tunggu Umi, Ayah Di Sana”. Dua Anak Syurga Sempat Bertahan 20 Minggu Dalam Kandungan 

Bayi keempat lahir berat 370 gram

Ujian yang dilalui Puan Sakinah bukan untuk kehamilan ketiga tetapi dia sekali lagi diuji apabila mengandung anak keempat pun lahir awal.

IKLAN

Bagi kehamilan yang keempat, dan anak syurga kedua situasinya tetap sama. Cuma bezanya saya pakai Arabin Pessary pada kandungan 16 minggu.

Namun pada 28 Disember lalu saya pergi check up macam biasa kemudian saya balik rumah rehat. Lepas tu malam pukul 10 lepas balik makan saya start contraction dan mengeras.

Saya ingatkan sakit perut biasa. Pukul 3 pagi saya terbangun dan saya leaking. Turun tanda lendir dan darah. Saya pergi hospital cek jalan dah buka 4cm. Masa tu kandungan 22 minggu.

Pada 29 Disember, tengah hari pukul 12 saya bersalin anak keempat arwah. Pukul 2 petang arwah meninggal dan baru doktor sahkan bayi dah tiada. Berat lahir waktu tu 370 gram.

IKLAN

Kongsi Nur Sakinah lagi, awal-awal kandungan tiada masalah dan semuanya berjalan lancar. Cuma apabila masuk kandungan 20 minggu baru ada masalah.

“Tunggu Umi, Ayah Di Sana”. Dua Anak Syurga Sempat Bertahan 20 Minggu Dalam Kandungan 
Kubur bersebelahan dengan anak syurga ketiga dan keempat

Punca rahim lemah

Melalui apa yang diberitahu doktor, Nur Sakinah beritahu yang rahimnya lemah dan pendek. Itu puncanya semua anak-anak dilahirkan pramatang.

Kalau diikutkan, sepatutnya kehamilan keempat ini saya perlu masuk wad pada kandungan 25 minggu tetapi tak sempat juga kerana jalan terbuka awal dari jangkaan doktor.

Memang setiap kali saya mengandung, kena betul-betul rehat dan tak boleh buat kerja berat. Namun dalam beringat itu pun, dah takdir Allah. Saya dan suami reda walaupun hakikatnya berat untuk dihadapi.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI