Usia bukan halangan. Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj kini bergelar mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh baginda di laman TikToknya, baginda berkongsi beberapa foto memegang kad pintar UIA yang tertera International Institute of Islamic Thought and Civilization universiti tersebut dengan senyuman yang cukup manis.
Ads
“Kembali ke sekolah, doakan saya!” titah baginda di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat meluahkan rasa teruja apabila mengetahui baginda menjadi salah seorang mahasiswa UIA malah memuji kegigihan baginda untuk terus mengejar ilmu.
Ads
Ads
Wargamaya juga turut menitipkan doakan agar segala urusan baginda dipermudahkan sepanjang pengajian kelak.
Bukan sekadar pelakon, tetapi seorang ibu tunggal yang selama ini berjuang dalam diam.
Ketabahan dan dedikasi Rita Rudaini Mokhtar, 49, akhirnya mendapat pengiktirafan apabila beliau dianugerahkan Pingat Jasa Baik (PJB) sempena ulang tahun keputeraan ke-82 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, dalam satu majlis penuh istiadat yang berlangsung di Istana Arau, semalam.
Anugerah tersebut diberikan sebagai penghormatan kepada sumbangannya dalam dunia seni tanah air selama hampir 28 tahun, termasuk usaha murni beliau dalam kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan.
Namun, di sebalik kejayaan itu, tersimpan kisah ketabahan seorang wanita yang membesarkan dua anak lelaki sendirian, tanpa pernah menjadikan kesusahan sebagai alasan untuk mengundur diri dari terus berkarya dan mendidik anak-anak menjadi insan berguna.
“Saya amat bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis atas penganugerahan ini. Ia adalah satu penghormatan besar dan saya anggap sebagai rezeki bukan hanya untuk diri saya, tetapi juga buat anak-anak serta semua yang sentiasa menyokong perjalanan seni saya,” tulisnya penuh rasa rendah diri menerusi perkongsian di Instagram.
Rita juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada barisan Exco Kerajaan Negeri Perlis yang terbabit dalam pencalonan dan pengiktirafan itu.
“Insya-Allah, akan ada banyak aktiviti bersama mereka nanti. Tidak terkecuali kepada semua pihak seperti penerbit, pengarah dan penggiat seni yang sentiasa menghargai bakat saya. Tidak dilupakan kepada semua rakan media dan peminat yang tanpa henti memberi sokongan. Dari dulu sampai sekarang,” katanya lagi.
Lebih menyentuh hati, Rita menyifatkan pengiktirafan itu bukan hanya untuk dirinya, tetapi buat seluruh warga seni yang terus berjuang dalam industri kreatif tanah air, serta sebagai satu penghormatan kepada negeri kelahirannya, Perlis Indera Kayangan.
“Alhamdulillah… 28 tahun saya dalam industri seni kreatif sedikit sebanyak dapat mengharumkan negeri kelahiran saya, Perlis Indera Kayangan… dan diiktiraf oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail,” kongsinya.
Rita turut menjunjung kasih kepada Tuanku Permaisuri Raja Perlis, Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid atas jemputan istimewa yang diberikan kepadanya dan rakan selebriti, Dr Ezani, untuk menjayakan persembahan khas ketika waktu santapan majlis berkenaan.
“Terima kasih Tuanku Permaisuri Raja Perlis Tuanku Tengku Fauziah yang menjemput Patik dan Dr Ezani berlakon di waktu santapan… Menjunjung kasih Tuanku untuk Pingat Jasa Baik (PJB) Perlis,” tambah Rita.
Dalam dunia seni yang sering kali menuntut kekuatan mental dan fizikal, perjalanan Rita sebagai seorang pelakon, ibu tunggal dan wanita berdikari bukanlah sesuatu yang mudah. Namun hari ini, segala usaha, air mata dan pengorbanan itu akhirnya diberi tempat yang selayaknya.
Pengiktirafan ini bukan sekadar sebutan pingat ia adalah simbol ketabahan seorang wanita bernama Rita Rudaini.
Anak-anak zaman sekarang sememangnya petah dan bijak berbicara. Namun kepetahan dan kebijakkan anak ketiga Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida, Ibraheem Adham Aliff Syukri atau Baem ini mengundang respon positif netizen.
Semalam ini di instagramnya, Datin Seri Nur Shahida memuat naik video Baem yang menyatakan hasrat untuk membayar duit van jenazah ibunya bila ibunya telah kembali ke rahmatullah nanti. Kelakar namun Baem sememangnya anak bijak. Ikhlas menunjukkan rasa sayang yang tidak terhingga pada ibunya.
Budak-budak zaman sekarang kalau berbicara langsung tak jaga hati mak yang duduk depan dia ni.
Tak tahu nak sedih ke nak gelak bila Baem dah sibuk cerita nanti bila mama mati Baem nak bayar duit van jenazah mama. Ammar tak payah bayar biar Baem yang bayar. Siap offer nak jaga yusoff!!???….
Kalau korang jadi saya korang nak sedih ke nak ketawa? Ke atau ada perasaan lain?
Terkedu dengan kata-kata Beam yang jujur namun percaya si kecil ini sudah pun menunjukkan keikhlasan hatinya malah mempamerkan rasa tanggungjawabnya biarpun masih kecil.
Baem Pandai Ambil Hati
Melalui perkongsiannya yang lain, Datin Seri Shahida sebelum ini juga turut menyifatkan Baem seorang anak yang pandai mengambil hatinya.
Paling pandai ambik hati. Mudah-mudahan sampai besar ya @baemadham_terlajaklaris sayang mama macam ni. Paling susah hati kalau mak dia merajuk. Saya ni sejenis yang tak pandai nak ambik hati, tak pandai nak memujuk apatah lagi memuji orang, walau happy pun simpan dalam hati. Bila ada anak yang pandai ambik hati ni berbunga-bunga je rasa.
Para pengikut Datin Seri Shahida di instagram juga memberikan respon yang positif malah memuji niat murni Baem ini.
Sebenarnya niat dia nak pikul tanggungjawab pada Datin cara anak-anak explain nak tunjukkan sayangnya dia kat datin. Beruntung datin ada anak-anak yang sentiasa sayangkan datin. Lagi pun datin didik anak-anak datin dengan baik dan sempurana. Moga datin dan keluarga sentiasa bahagia hingga ke jannah.”
“Bagus Baem.Sungguh-sungguh dia nak bayar urusan van jenazah mama dan nak jaga Yusof.”
“Kanak-kanak diusia macam ni kurang faham tentang perasaan tapi dorang belajar melalui tindakan. Bagus Baem ni dikelilingi orang yang baik-baik. Sebab tu dia cuba tunjuk kelakuan yang baik.”
“Anak-anak semua ikut kelakuan ibunya yang serba sederhana, cakap yang baik-baik, dengan diberi ketaatan solat 5 waktu. Alhamdulillah suka tengok datin @shahidadherbs.”
Semoga Baem terus menjadi anak yang bijak dan bertanggungjawab buat abang, kakak dan adiknya. Bukan hanya Baem anak yang bijak, malah pasangan VIP ini turut mempunyai tiga anak lain, Ammar Ahyyan, Qadejah El Zahra dan Yusof Al Qardawi yang kesemuanya comel, bijak malah mendengarkan kata-kata ibu dan bapanya.
Kredit: @shahidadherbs
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rotan murid, guru besar, guru diberi kuasa laksana hukuman. Hukuman rotan hanya boleh dilaksanakan oleh guru besar atau guru yang diberikan kuasa dan tidak boleh dikenakan ke atas murid perempuan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pelaksanaan hukuman itu juga tertakluk kepada garis panduan yang ketat seperti yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
Menurutnya, ia juga sama sekali tidak boleh dilaksanakan di khalayak ramai atau di tapak perhimpunan sekolah, seperti yang telah diperincikan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 berkaitan Kuasa Guru Merotan Murid.
“Pendidikan merupakan aspek terpenting dalam membina sebuah masyarakat yang harmoni dan berdaya maju.
“HUKUMAN ROTAN MERUPAKAN SALAH SATU BENTUK HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN TERHADAP MURID YANG MELAKUKAN KESALAHAN BERAT, TERMASUK KESALAHAN BULI.
“Namun, hukuman ini tidak bertujuan untuk mendera, sebaliknya bertindak sebagai kaedah pendidikan yang bersifat membimbing dan mendisiplinkan murid agar mereka dapat memahami implikasi perbuatan mereka,” katanya melalui jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman web Parlimen, pada Rabu.
Beliau menjawab soalan Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) yang bertanyakan sama ada kementerian bersedia membenarkan waris pelajar yang dibuli merotan pembuli dalam kalangan pelajar dalam perhimpunan pagi di sekolah.
Tambah Fadhlina, dalam menangani isu disiplin di sekolah, Kementerian Pendidikan (KPM) juga menekankan pendekatan yang lebih holistik dan berfokus kepada pendidikan nilai serta pembentukan sahsiah murid.
Jelasnya, ia termasuk program intervensi awal, bimbingan kaunseling, pengukuhan budaya kasih sayang dan hormat-menghormati dalam kalangan murid.
Melalui pendekatan itu, murid bukan sahaja dididik untuk memahami akibat perbuatan mereka, tetapi juga diasuh dengan adab dan akhlak yang baik seperti yang digariskan dalam Teras 2, 7 Nadi Keunggulan KPM yang memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak, dan integriti dalam kalangan murid
“Peruntukan perundangan sedia ada tidak memberi sebarang kuasa kepada ibu bapa atau orang awam untuk mengambil tindakan fizikal terhadap murid yang melakukan kesalahan.
“KPM berpandangan, pendekatan yang lebih berkesan adalah dengan memperkukuhkan komunikasi antara pihak sekolah dan ibu bapa bagi memastikan sebarang isu disiplin dapat ditangani dengan lebih berhemah dan berkesan,” ujar beliau.
Jelas Fadhlina, KPM sentiasa berusaha memastikan pelaksanaan disiplin di sekolah sejajar dengan dasar pendidikan yang menitikberatkan pembentukan akhlak dan integriti.
Hukuman rotan katanya, hanya boleh dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan dan oleh pihak yang diberi kuasa.
“KPM juga menegaskan bahawa pendekatan pendidikan yang bersifat membina, seperti bimbingan kaunseling dan pengukuhan nilai murni, merupakan langkah yang lebih efektif dalam membentuk peribadi murid yang berakhlak dan berintegriti,” katanya.
Mak ayah cepat marah pada anak tanpa sedar berpunca daripada tekanan, keletihan dan jangkaan tinggi. Fahami 4 punca utama ini supaya kita dapat mendidik dengan lebih tenang dan berkesan.